Assalamualaikum, saya Muhammad Wafiy nak berkongsi pengalaman saya semasa bercuti di negara Andorra la Vella. Negara ni terletak di antara negara Spain dan France. Ramai yang tidak tahu kewujudan negara ini sebab saiznya kecil.

Saya memilih untuk bercuti di negara ni sebab negara ni negara duty free macam Langkawi. Semua barang yang dijual di dalam negara ni tanpa cukai! Kaki shopping boleh tempah tiket cepat! Walaupun masih menggunakan mata wang euro namun harga tetap murah. Saya sempat beli chinos pants Zara dengan harga cuma 7.99 euro sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Makanan halal untuk kita orang islam memang susah nak cari. Saya boleh katakan 100% org Andorra adalah bukan islam kerana tiada satu pun masjid dan restoran makanan halal. Kami hanya makan pizza vegie dan roti. Negara Andorra ni dikelilingi oleh gunung-gunung berbatu dan anda boleh bermain ski apabila tiba musim sejuk.

Untuk ke sini, saya penerbangan dari London Gatwick ke Barcelona menaiki Monarch Airlines.

Dari lapangan terbang barcelona ke Andorra, saya menaiki shuttle bus. Shuttle bus boleh kita naik dari lapangan terbang terus ke Andorra. Kekerapan shuttle bus adalah sejam sekali. Shuttle bus yang terakhir pada pukul 8 malam dan yang paling awal pada pukul 10 pagi.

Tiket bas ke Andorra. Sehala berharga 33 euro. Boleh tempah online.

Antara permandangan menarik sepanjang perjalanan ke Anddora, Salah satu kita akan nampak Stadium RCD Espanyol.

Apabila sampai di sempadan antara Espana dan Andorra, walaupun berlainan negara kita tak perlu turun cop pasport. Macam lalu tol plus highway sahaja.

Apabila sampai di Andorra, ini satu-satunya stesen bas yang ada. Kita nak pergi hotel atau ke mana-mana tidak perlu naik taksi sebab semuanya walking distance. Boleh bayangkan betapa kecilnya negara ni.

Gambar di tengah bandar Andorra
Salah satu outlet famous di Andorra

Makan malam di salah satu restoran tradisional. Kami memilih pizza keju dan seafood paela. Paela merupakan makanan tradisional orang Sepanyol. Tak sempat snap gambar sebab lapar sangat. Hahah.

Berjalan kaki di luar kawasan bandar akan nampak gunung-gunung dan kawasan penempatan orang tempatan di sini.

Cable car untuk pergi main ski di atas gunung. Malangnya pada hari saya pergi kawasan untuk ski tutup sebab salji tak cukup. Haha

Baca juga: Travel Ke Latvia Temukan Aku Dengan Penjara Sadis Di Sebalik Apartment Mewah