Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat kenyataan yang mengesahkan beliau akan bertanding di PRU-14 untuk kerusi P004 Parlimen Langkawi di laman sosial Instagram miliknya @chedetofficial

Berita tersebut menerima komen positif daripada para pengikutnya yang rata-rata memberikan sokongan padu dan kepercayaan kepada beliau untuk memenangi kerusi tersebut. Penggunaan #PakatKalihBagiElok juga diterima dengan baik oleh para pengikutnya.

Pengumuman beliau sebagai calon di parlimen tersebut telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam di satu perjumpaan bersama rakyat parti tersebut di Langkawi.

Anda Mungkin Suka