Burger tepi jalan memiliki ‘vibes’ tersendiri dan rasa yang unik menjadikan ia pilihan ramai. Malah, ‘Ramly Burger’ merupakan pencetus revolusi burger jalanan di Malaysia.

Terbaharu, sebuah restoran Beef Bro yang terletak di Singapura baru sahaja melancarkan menu baharu. Apa yang menariknya adalah ia hadir dengan burger Ramly special seperti dijual di Malaysia.

Burger Ramly special tersebut hadir dengan tiga pilihan iaitu daging, ayam dan ikan. Harganya pula dijual bermula dari $4 (~RM12.48) dan boleh didapati di restoran Beef Bro di Century Square, Northpoint City dan Vivo City.

Perkhabaran ini pastinya berita baik buat rakyat Singapura terutama penggemar burger Ramly yang rindu untuk nikmati burger yang terkenal di Malaysia. Almaklumlah sejak pandemik melanda seluruh dunia, pintu sempadan negara kita masih belum terbuka untuk pelancong.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan burger Ramly pada pautan di bawah ini.

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Lengkap Dengan Perasa Maggie, Netizen Kagum Lihat Skil Mat Salih Ini Masak ‘Burger Ramly Special’

Selepas Nasi Lemak, YouTuber Ini Mahu Kembali Ke Malaysia Kerana Burger Ramly Pula