Nampaknya syarikat pengangkutan e-hailing Uber akan menjadi syarikat pertama di dunia yang menawarkan perkhidmatan sewa pengangkutan udara. Pastinya ini merupakan satu tawaran perkhidmatan yang bakal memberikan anda pengalaman baharu untuk ke destinasi dituju.

Melbourne merupakan salah satu daripada 3 bandar yang bakal menggunakan perkhidmatan ‘teksi udara’ di mana ujian pertama akan dilakukan pada 2020 dan pelancaran perkhidmatan ini dijangkakan pada tahun 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan ini akan menggunakan helikopter kecil yang menggunakan tenaga elektrik yang boleh naik dan mendarat secara menegak atau dikenali sebagai VTOL (vertical take off and landing).

Malah, Uber juga akan menubuhkan Uber Air untuk perkhidmatan tersebut dan menurut Penerbangan Sivil Australia (CASA), pihak mereka akan memastikan semua peraturan dipatuhi sebelum Uber Air dibenarkan beroperasi. Disebabkan Uber tidak lagi menyediakan perkhidmatan mereka di negara Asia Tenggara, mungkin Grab boleh ikut jejak Uber untuk sediakan servis teksi udara ini?

BACA: RM30,000 Sehala Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Balik Raya

Sumber