Sekiranya beberapa tahun dahulu Uber berjaya menjadi syarikat contoh kepada syarikat-syarikat startup di luar sana, kini tidak lagi. Isu-isu melibatkan CEO, pembayaran kepada pemandu serta kegagalan untuk di beberapa tempat antara yang membuatkan syarikat ini gagal untuk bersaing bersama beberapa syarikat lain.

Terbaru, berdasarkan laporan kewangan yang diumumkan syarikat Uber Technologies dilaporkan berjaya mengumpul sebanyak $17.3 bilion (RM67.61 bilion) sepanjang operasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1532246018900984357

Jika dilihat berdasarkan jumlah yang dikumpul jelas syarikat ini berpotensi untuk berkembang dengan lebih jauh. Tidak dilupakan juga kepercayaan yang diberikan oleh para pelabur.

Dalam pada itu, syarikat ini juga dikatakan telah menghabiskan sebanyak $10.7 bilion (RM41.82 bilion) sepanjang 9 tahun bagi kos operasi. Kegagalan untuk beroperasi di China berikutan persaingan bersama Didi Chuxing antara yang membuatkan syarikat ini terpaksa menanggung kerugian.  Jumlah kerugian yang dicatatkan ini telah menjadikan syarikat ini sebagai syarikat startup dengan kerugian tertinggi.

Disebalik kerugian yang ditanggung, Uber kini masih lagi berjaya mengaut jumlah jualan sebanyak $37 bilion (RM144.60 bilion) sepanjang operasi dimana kadar untung bersih dilaporkan sekitar $7.4 bilion (RM28.92 bilion).

gettyimages-545393960

Melihat kepada jumlah kerugian dan keuntungan yang diterima Uber, jelas CEO terbaru mereka iaitu Dara Khosrowshahi perlu menggalas tanggungjawab besar sekiranya syarikat ini berhasrat untuk menjadi pioneer di dalam industri ini.

Baca lagi: Kenali Khosrowshahi Dan Siri Kejayaan Beliau Sebelum Dilantik CEO Baru Uber