Selepas menghasilkan karya khas buat Supreme New York untuk mengutip derma memerangi COVID-19, artis Takashi Murakami baru-baru ini tampil pula dengan satu lagi koleksi kolaborasi bersama Uniqlo dan artis muda Billie Eilish.

Sebelum ini, Billie Eilish pernah menghasilkan koleksi khas bersama jenama fesyen Bershka. Namun, koleksi bersama Uniqlo ini ternyata lebih unik dan bakal menjadi rebutan kerana menerima sentuhan seni Takashi Murakami.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

View this post on Instagram

@uniqlo.ut @uniqlo @billieeilish colabo

A post shared by Takashi Murakami (@takashipom) on

Namun ini bukanlah kolaborasi pertama antara Billie dan Murakami. Murakami sebelum ini pernah menjadi pengarah untuk salah satu video muzik Billie, you should see me in a crown.

Bila koleksi ini akan berada di pasaran masih belum diumumkan oleh pihak Uniqlo tetapi kemungkinan besar pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Kami dapat jangka koleksi ini bakal sold out dalam kadar yang cepat seperti mana koleksi edisi khas Uniqlo x KAWS sebelum ini. Sekiranya anda terlepas membuat pembelian baju Supreme Covid-19 Relief, koleksi Billie x Murakami x Uniqlo ini pasti cukup untuk mengubat kedukaan anda.

Sebelum ini, koleksi Uniqlo x KAWS menimbulkan kekecohan ketika ia dilancarkan di Malaysia. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Hampir Ranap Pintu Butik, Uniqlo Malaysia Kecoh Lagi Kerana KAWS

Supreme Secara Mengejut Hasilkan Baju Box Logo Khas Untuk Perangi COVID-19

Uniqlo Kembali Dengan Koleksi Baju Melayu Selesa Untuk Lelaki

Anda Mungkin Suka