Jika di Malaysia mengguna atau mengedar ganja salah di sisi undang-undang, lain ceritanya dengan Thailand dimana negara ini telah meluluskan penggunaan ganja bagi tujuan penyelidikan dan perubatan sekitar penghujung tahun lalu.

Terbaru, sebuah universiti di Thailand telah membuka jurusan perubatan ganja khusus pengusaha ganja di negara tersebut. Difahamkan tujuan utama jurusan ini ditubuhkan bagi membantu para petani dan para mahasiswa di Thailand meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai marijuana. Selain itu, negara ini juga berusaha untuk menjadi pelopor pendidikan berkaitan marijuana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
students-walking-rangsit-university
Sumber: Asia Exchange

Menerusi kos pendek yang ditawarkan, para pelajar bakal mempelajari mengenai sejarah marijuana, teknologi penanaman marijuana serta kesan ganja bagi tujuan perubatan.

Berdasarkan jurusan yang ditawarkan, universiti ini sekaligus berjaya menjadi universiti pertama di dunia menawarkan jurusan berkaitan marijuana secara profesional.

medical_marijuana.0
Sumber: Vox

Untuk makluman anda, penggunaan ganja untuk tujuan perubatan telah lama dibenarkan beberapa negara seperti Columbia dan Kanada tetapi bagi negara Asia Tenggara, ganja tidak dibenarkan dan hukuman berat akan dikenakan jika berlaku penyalahgunaan dadah tersebut. Malah, penyeludup ganja boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia, Singapura dan Indonesia.