Hari ke-78 kembara Amerika.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kita di Malaysia, bila sebut saja USA, gambarannya semua hebat dan gah, asal ‘Made in USA’ saja bangga gila!

Hebat sangatkah USA ini?

Sepanjang pengembaraan saya pada kali ini di bumi uncle Sam yang indah lagi cantik, ada beberapa perkara yang mengejutkan saya, rupa-rupanya tidaklah hebat mana negara USA ni. Nak kata hidup senang, rata-rata marhaen terpaksa bekerja keras sampai tua untuk sara hidup.

Saya sangat hairan, setiap kali pergi ke pasaraya saya lihat kebanyakkan pekerjanya terdiri dari warga emas yang sepatutnya sudah bersara, saya yang tidak berpuas hati inginkan jawapan sempat menemu bual beberapa pekerja warga emas di sana :

“Aku terpaksa bekerja walaupun umur semakin lanjut usia, bukan satu, tapi dua kerja aku buat! Jika aku tidak bekerja, bagaimana aku mahu bayar cukai? Kamu tahu kan semua benda di USA ini dikenakan cukai? Tidak ada yang percuma di sini. Inilah USA, working for life! Keluh dia.”

Ya, ada benarnya kata-kata pakcik tu. Memang hampir semua benda di USA dikenakan cukai, dari sebesar-besar barang hinggalah sekecil-kecil barang. Dapat gaji 2800 dolar, tolak cukai 26%, tolak insuran kesihatan dan kenderaan setiap bulan, tolak itu dan ini, tinggal beberapa ratus dolar saja untuk belanja!

Sebab itu kebanyakkan marhaen terpaksa membuat 2-3 kerja untuk menampung kos sara hidup yang sangat gila mahalnya.

Inikah yang dikatakan negara maju? Oh tidak!

Kata seorang lagi warga emas : di USA ni, yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan kekal bekerja sampai mati!. Terdiam sekejap bila mendengar keluhan warga emas tersebut. Betulkah begitu? Wallahua’lam.

Jika di KL kita sering merungut kerana terpaksa membayar tol sana sini, tidak kurangnya di USA. Sepanjang pengalaman memandu di New Jersey dan New York city, dalam tempoh 40 minit memandu saya dah lalu 5 buah tol dengan kadar bayaran hampir 6 dolar. Kalau dikira pergi balik jumlahnya hampir 12 dolar. Kalau hari-hari pergi kerja boleh kira sendiri berapa jumlahnya.

Jadi apa sebenarnya fungsi cukai pendapatan yang sangat tinggi? Nak kata hospital percuma, tak juga. Semua kena bayar. Nak kata tiada tol, bersepah tol di bandaraya.

Baca: 10 Perbezaan Menarik Antara Malaysia vs USA Yang Saya Temui Sewaktu Travel

usa-1

Semasa pergi ke kawasan pedalaman di daerah Wesport, saya sempat berbual dengan seorang pemuda tempatan. Beliau memilih untuk bekerja di ladang ternakan.

Katanya jika di bandar semua gaji aku akan habis untuk bayar cukai. Di sini aku lebih tenang. Ayam, lembu dan kambing semua bela sendiri. Kamu nak tahu kenapa aku tak suka bayar cukai?

Mereka (kerajaan) habiskan hasil cukai hanya untuk kepentingan ketenteraan saja, lagi banyak kamu simpan hutang di bank, lagi sayang Amerika dekat kamu. Hmm… betulkah begitu? Wallahua’lam.

Lihat saja di New York city, jumlah gelendangan meningkat setiap hari. Mengikut kajian, New York city merupakan bandaraya yang mempunyai jumlah gelendangan antara yang tertinggi di dunia.

Tak percaya? Boleh datang lihat sendiri suasana di lorong-lorong selepas jam 10 malam. Menakutkan.

Tidak dinafikan peluang pekerjaan di sini sangat banyak dengan kadar gaji yang agak tinggi, tetapi adakah ianya sepadan dengan kos sara hidup? Jawapannya tidak! Memang tidak sepadan.

Cuma siapa yang pandai ambil peluang dia boleh berjaya di sini. Sama juga seperti di Malaysia, bersepah sana sini peluang. Siapa yang rajin berusaha, inshaAllah dia boleh berjaya. Jangan reka pelbagai alasan untuk mengatakan tidak!

Bagi saya samada USA atau Malaysia, kedua-duanya sama maju. Sama canggih, sama naik membangun, sama hebat darisegi perdagangan. Cuma 4 perkara ini yang menyebabkan USA berada setapak lebih maju dari kita :

1. Teknologi filem Hollywood yang super hebat, sekaligus mempengaruhi warga dunia yang USA sebuah negara yang hebat. Realitinya tidak begitu.

2. Rakyatnya sangat rajin dari segala segi, tidak seperti di Malaysia, kebanyakkannya malas berusaha, mudah selesa dengan apa yang tiada (kereta bank punya, rumah pun bank punya, apa yang kau ada?).

3. Rakyatnya sangat pentingkan masa. Lewat seminit dikira lewat! Tidak seperti di Malaysia, lewat 30 minit itu dikira biasa.

4. Rakyatnya sangat pentingkan kebersihan. Tidak seperti di Malaysia yang mana kebanyakkannya suka membuang sampah merata-rata, contoh lihat saja puntung rokok bersepah sana sini. Sudahlah membazir, dihisap rokok tempat awam, kemudian dibuang pula puntung merata-rata!

Saya percaya, kita masih belum terlambat, jika kita boleh ubah sikap kepada rajin berusaha, tepati masa dan pentingkan kebersihan, inshaAllah Malaysia akan menjadi sebuah negara yang jauh lebih maju dari USA. Percayalah..

Masihkah ada harapan? Ya, sudah tentu.

Nota: Tulisan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri mengembara di bumi Amerika semenjak dua bulan yang lalu, mungkin ianya tidak menggambarkan keseluruhan negara USA.

Baca lagi: 10 Tempat Menarik Mesti Dilawati Jika Anda Travel Ke San Francisco USA

Artikel di atas disumbangkan oleh Zaid Traveller. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group