Bulan ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan umat Islam berpusu-pusu untuk melakukan amal kebaikan serta menjalani ibadah.

Terbaharu, Sheila Rusly telah memuatnaik video beliau bersama keluarga besarnya menunaikan solat terawih secara berjemaah di pusat boling di Petaling Jaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian video tersebut, walaupun mereka berada di pusat boling, ia tidak menjadi alasan untuk tidak menunaikan solat terawih. Difahamkan, Sheila mengerjakan solat itu bersama suami, Azman Yahya atau Jinggo serta kru produksi dan pelakon drama Ratu Ten Pin yang menjalani penggambaran di situ.

Walaupun suasana di pusat boling itu kelihatan sibuk dengan pengunjung sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah yang dibuat berjalan lancar. Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

sheila1

sheila2

Rata-rata netizen memuji Sheila Rusly dan kru produksinya yang tetap beribadah walau dimana pun mereka berada. Akan tetapi, ada juga netizen yang berasa terhibur disebabkan ada footage orang bermain boling dan tercampak bola boling ke belakang. Apa pula pendapat anda akan video yang dikongsikan oleh Sheila ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah.

Imam Tidak Perasan Mikrofon Tertutup, Tindakan Pantas Pak Cik Ini Curi Tumpuan Netizen

Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa, Netizen Pertikai Pemilik Butik Fesyen Ini Peroleh Kebenaran Merentas Negeri

Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak