Keputusan muktamad yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjadikan semua premis makanan sebagai tempat bebas asap rokok mendapat respon pelbagai daripada netizen terutamanya perokok.

Dalam masa yang sama, pihak Kementerian masih lagi dalam perbincangan untuk tidak mengecualikan penggunaan vape dan shisha di semua premis makanan berikutan usaha kerajaan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya asap rokok, shisha mahupun vape.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
jpeg
Sumber: thenational

Kedua-dua bahan tersebut yang juga mempunyai nikotin sama seperti rokok turut dapat membahayakan kesihatan perokok pasif lebih-lebih lagi penggunaan vape yang mempunyai bateri dan pengecasan elektrik yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang.

Kepada orang ramai yang merokok, anda diberi peringatan supaya lebih berhati-hati untuk merokok di kawasan larangan supaya tidak dikenakan denda sebanyak RM10,000 dan denda sebanyak RM2,500 kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi larangan yang akan dikuatkuasakan nanti.

Larangan kawasan bebas merokok ini termasuklah restoran yang berhawa dingin, terbuka, warung dan gerai-gerai di sekitar tempat orang awam.

 

 

Baca lagi: Syarikat Di Jepun Beri Cuti 6 Hari Kepada Pekerja Yang Tidak Merokok