Siri Border Security: Australia’s Front Line merupakan siri television popular di Australia yang sudah bersiaran selama 14 musim di Seven Network.

Siri ini memaparkan tugas Australian Border Force (ABF) yang setiap hari berdepan pelbagai jenis ragam ‘pelancong’ yang tiba di Australia di mana setiap ‘pelancong’ ini ditahan kerana tidak mengikut undang-undang di Australia seperti membawa barangan terlarang atau ‘percutian yang meragukan’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak beberapa hari lalu, salah satu episod siri ini yang melibatkan pasangan dari Malaysia tular di Facebook. Seperti biasa, setiap individu yang tiba di Australia akan ditanya soalan-soalan standard oleh pihak ABF.

Namun, timbul keraguan daripada pasangan ini kerana mereka hadir tanpa itinerari dan apabila ditanya, mereka cuma menjawab mereka pergi ke Australia kerana mahu shopping dan honeymoon selepas 10 tahun berkahwin.

Pasangan itu kemudiannya dipisahkan untuk ditanya soalan secara berasingan. Keraguan perjalanan pasangan ini menjadi lebih jelas apabila mereka memberikan tarikh perkahwinan berbeza serta tidak tahu lokasi mana yang mereka akan pergi dan berapa lama mereka akan tinggal di Australia.

Antara butiran ‘pelik’ lain dalam kisah pasangan ini ialah aktiviti membeli belah di Mount Buller, lokasi ski di Australia sejauh 600KM menaiki Uber, perjalanan yang akan menelan belanja AUD800 (~RM2,400).

Selepas selesai siasatan, pasangan ini diarah pulang kerana motif kehadiran mereka yang meragukan. ABF mengesyaki pasangan ini sebenarnya mahu masuk ke Australia dan bekerja di sana secara haram.

Video tersebut mencetuskan perbezaan pendapat daripada netizen. Ada yang berasa bersimpati dengan nasib pasangan itu dan ada yang bersetuju dengan tindakan tegas ABF.

Bagi mereka yang simpati, mereka beranggapan tidak semua pelancong mempunyai itinerari lengkap di tempat yang mereka tuju kerana mahu melancong secara free and easy di sesebuah negara.

Faktor honeymoon selepas 10 tahun perkahwinan juga tidak boleh diragui kerana tidak semua pasangan mampu untuk pergi bercuti di awal perkahwinan. Soalan banyak yang ditanya juga boleh menyebabkan pasangan itu panik dan tidak dapat menjawab dengan betul. Lagi-lagi pasangan ini tidak fasih untuk berbahasa Inggeris.

Bagi yang setuju, kes seperti inilah yang menyukarkan rakyat Malaysia untuk pergi ke Australia secara sah. Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia memerlukan visa jika mahu melancong ke sana dan pihak berkuasa Australia begitu ketat dalam hal mengeluarkan visa ini.

Ini kerana rakyat Malaysia juga merupakan antara top 5 imigran paling ramai di Australia dan majoriti menyalahgunakan visa mereka kerana mahu bekerja secara haram di Australia terutamanya kerja petik buah dan perladangan. Pada tahun 2018 sahaja, dianggarkan 62,000 Rakyat Malaysia telah menetap secara haram serta tamat tempoh visa mereka di Australia.

Disebabkan itu pihak ABF akan mark lebih pelancong dari Malaysia kerana kes-kes ‘pelancong’ dari Malaysia sebelum ini. Begitulah cara kerajaan Australia yang tegas dalam mengawal kemasukan orang luar ke negara tersebut.

Ini juga boleh dijadikan pengajaran bersama buat kita; sentiasa tahu serba sedikit tempat yang kita bakal pergi dan pentingnya perancangan serta persediaan rapi terutamanya itinerari apabila kita pergi melancong. Semoga bermanfaat.

Sebenarnya kerajaan Australia ada membuka peluang pekerjaan secara sah setiap tahun antaranya peluang pekerjaan memetik buah. Klik pada pautan di bawah.

Australia Perlukan 7,000 Pekerja Petik Buah, Janjikan Ganjaran Sebanyak RM300,000

Banyak Membantu Komuniti Islam Dan Melayu, ‘Uncle Hashim’ Dianugerah Pingat Order of Australia

Tidak Lengkap Percutian Anda Ke Perth, Australia Jika Tidak Melawat 8 Lokasi Ini