Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai seorang pemandu wanita yang dirakam memarahi seorang lagi pemandu lain di jalan raya selepas membuat pusingan U.

Wanita berkenaan yang difahamkan merupakan seorang pensyarah mengeluarkan kata-kata kurang sopan selepas kereta yang dipandunya hampir dilanggar kereta individu yang membuat rakaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kurang 24 jam selepas video berkenaan tular, wanita tersebut Prof Madya Dr Bahariah Khalid menurut laporan Mstar dilaporkan telah membuat permohonan maaf di Instagram.

“Jika saya salah, saya minta maaf.

Jika saya betul, saya maafkan semua,” tulisnya di Instagram bahariahkhalid_.

maffffffffff

 

Beliau difahamkan merupakan salah seorang kakitangan di Universiti Putra Malaysia melalui satu kenyataan dikeluarkan institusi berkenaan pada semalam.

Institusi berkenaan juga dilaporkan memandang serius perkara berkenaan dan menjelaskan akan menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

Baca kembali perkongsian asal video berkenaan yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen sejak semalam melalui pautan di bawah. 

Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Keadaan Sebuah Lamborghini ‘Parking’ Atas Pembahagi Jalan Jadi Perbincangan Netizen

Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen

Sumber