Lama sebelum kehadiran Apple Music, Spotify dan JOOX aplikasi Winamp antara yang menjadi pilihan orang ramai untuk mendengar lagu dalam format MP3.

Aplikasi ini nampaknya semakin ditelan zaman setelah orang ramai memilih untuk mendengar dengan aplikasi berbayar untuk mendengar muzik secara sah tanpa perlu memuat turun secara haram.

Terbaru, Winamp telah mengumumkan bakal hadir dengan versi terbaru yang lebih fresh. Selain itu, Winamp bakal turut menawarkan lebih banyak fungsi buat para pengguna serta turut menyokong lebih banyak format audio.

post-11-1082019367

Meskipun semakin bilangan penggunanya semakin berkurang, Winamp masih lagi menjadi lagenda dan menyimpan memori yang bermakna buat orang ramai. Antara fungsinya yang membuatkan orang ramai tertarik adalah equalizer dan Winamp Skin yang unik.

Berita ini pastinya membuatkan mereka yang lahir di zaman 80-an dan 90-an teruja selain daripada cadangan terbaru EA untuk menghasilkan permainan Command & Conquer versi terbaru.

Baca lagi: 2 Dekad Menjadi Pilihan Pengguna, Format ‘MP3’ Kini Hanya Tinggal Kenangan

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →