Seperti syarikat lain, Apple juga tidak mahu ketinggalan di dalam mengeluarkan teknologi yang futuristik dan inovatif. Terbaru, dikhabarkan Apple iPhone generasi seterusnya yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan bakal hadir dengan teknologi ‘wireless charging‘ atau pengecasan tanpa wayar.

Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila Syarikat Hon Hai Precision Industry mengesahkan mereka sedang berusaha untuk menjayakan teknologi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

wireless-apple-iphone-concept-dock

Wireless charging yang sudah hadir sedikit awal buat model telefon Android ini dikatakan bakal diberi sentuhan semula dimana bakal memudahkan pengguna iPhone untuk mengecas telefon dengan lebih mudah.

Kami harapkan, teknologi wireless charging yang disertakan apple bakal disertakan dengan ‘fast charging‘ yang membolehkan iPhone dapat dicas kurang daripada 1 jam untuk satu pengecasahan penuh.

maxresdefault

Melihat kepada ura-ura awal mengenai 10th anniversary iPhone, kami jangkakan iPhone bakal mendapat sambutan yang hangat sekaligus bakal melonjakkan penjualan produk Apple iPhone meskipun dijual pada harga yang ‘premium’.

Baca lagi: Teknologi Pada iPhone Terbaru Mungkin Bakal Menangguhkan Niat Anda Mendapatkan iPhone 7