Industri gaming pada telefon pintar semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Malah, pengenalan game yang dipertandingkan pada peringkat e-sukan antarabangsa merancakkan lagi industri ini.

Bersempena dengan peningkatan pengguna yang mula memfokuskan kepada permainan telefon pintar, Xiaomi menerusi siri Black Shark telah memperkenalkan model gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 2.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Black-Shark-2-1280×720
Sumber: pocketnow

Hadir dengan gabungan warna hijau dan hitam, Xiaomi Black Shark berjaya menawarkan spesifikasi yang hebat dan berbaloi dimiliki khususnya buat para gamer telefon pintar.

Dari segi spesifikasi Xiaomi Black Shark 2 hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED. Penawaran skrin tanpa sebarang takuk sekaligus memberikan pengalaman bermain game yang lebih selesa buat para pengguna.

Processor yang digunakan pada Xiaomi Black Shark 2 adalah Snapdragon 855 dan dibantu dengan RAM 12 GB serta GPU Adreno 640. Sokongan QuickCharge 4.0 bagi bateri berkapasiti 4,000mAh pastinya mempercepatkan tempoh pengecasan.

Black-Shark-2-1-1280×640
Sumber: Mighty Gadget

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, model ini turut memberi penekanan pada bahagian kamera dengan penyertaan dwi-kamera 48-megapixel dan 12-megapixel manakala kamera hadapan dengan 20-megapixel. Model ini turut ditawarkan bersama beberapa aksesori khas khususnya untuk bermain game.

Setakat ini masih belum diketahui lagi harga yang bakal ditawarkan pada model ditawarkan Xiaomi ini. Melihat kepada model-model sebelum ini, dijangkakan model ini bakal dijual dengan harga yang berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Sama-sama kita nantikan pelancaran model ini pada bulan April ini.

Baca lagi: Xiaomi Black Shark Boleh Didapatkan Dengan Harga RM1,599

Sumber