Pastinya fenomena bubble tea makin hangat dilihat daripada percambahan kedai-kedai yang menjual bubble tea tumbuh bak cendawan. Berikutan itu, terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan sama ada minuman tersebut halal atau tidak.

Ini berita baik buat anda di luar sana untuk minum bubble tea jenama Xing Fu Tang tanpa rasa was-was lagi. Xing Fu Tang kini diperakui halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan dalam proses terakhir untuk mendapatkan sijil halal yang diperakui oleh JAKIM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pensijilan halal daripada MUI adalah antara badan Halal yang diterima oleh JAKIM. Ini menunjukkan bahawa Xing Fu Tang mengambil perkara ini serius untuk memastikan pelanggannya dapat menikmati minuman bubble tea jenamanya. Malah, pastinya dengan memiliki sijil halal ini dapat membuktikan bahan-bahan yang digunakan mematuhi syariah.

Buat anda yang sebelum ini was-was, kini kebimbangan anda mungkin hilang. Akan tetapi, jangan minum secara berlebihan pula untuk menjaga kesihatan anda.

Baca lagi: Asal Usul ‘Teh Boba’ Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia