Sudah sejumlah syarikat telekomunikasi menawarkan rangkaian 5G untuk pengguna tempatan. Selaras dengan adapatasi 5G yang disarankan oleh kerajaan, XOX Mobile kini turut mengikuti jejak langkah syarikat telekomunikasi lain.

Sehubungan itu, XOX Mobile kini menyatakan mereka telah memulakan ujian rangkaian 5G bersama sejumlah pelanggan terpilih mereka. Difahamkan program ujian ini akan bermula pada hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di peringkat awal ini, pelanggan terpilih sahaja yang akan dapat menikmati akses kepada rangkaian 5G dengan kelajuan sepantas 1Gbps. Namun begitu, ia masih bergantung kepads lokasi, peranti yang digunakan pengguna dan juga faktor-faktor lain.

XOX Mobile merupakan syarikat penyedia perkhidmatan terbaharu yang menyertai penawaran ujian rangkaian 5G kepada para pelanggan mereka. Bagaimanapun, tidak dinyatakan pula pelan-pelan yang tertakluk di bawah ujian rangkaian 5G tersebut.

Jika anda menggunakan perkhdimatan XOX Mobile, bolehlah semak sama anda telah menerima akses awal ke 5G atau sebaliknya. Perlu diingatkan, fasa awal ini hanya ditawarkan akses kepada sejumlah pengguna terpilih sahaja.

Sumber