Pengasas The Vocket sedang berada di Dublin, Ireland bagi mengikuti konferens teknologi terbesar di dunia, Web Summit 2015. Salah satu perkongsian beliau yang mendapat perhatian di Facebook ialah tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang menyertai acara tersebut.

“CEO termuda di Web Summit, menyelesaikan masalah orang kurang upaya untuk mendapatkan pelbagai servis.” tulis Tuan Fazreen, pengasas The Vocket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Facebook
Facebook

Kanak-kanak berambut merah ini bernama Alexander Knoll dari Idaho, Amerika Syarikat telah membangunkan sebuah aplikasi yang dinamakan Ability App untuk membantu mereka yang kurang upaya mengemudi ruangan awam seperti tempat membeli-belah, tempat makan, pengangkutan, pekerjaan dan aspek-aspek lain di dalam kehidupan.

Knoll mendapat inspirasi selepas melihat seorang lelaki berkerusi roda sedang berusaha untuk membuka pintu kedai alatan sukan yang amat berat. Di pintu kedai itu tiada butang untuk membuka pintu secara automatik.

Semasa lelaki itu sedang mencuba membuka pintu itu, Knoll tertanya-tanya jika terdapat sebuah aplikasi yang boleh memberitahu lelaki itu sebelum dia meninggalkan rumahnya tentang kedai alatan sukan yang mempunyai ciri-ciri mesra OKU di sekitar kawasannya.

Selepas melakukan beberapa kajian, Knoll mendapati tiada aplikasi seumpamanya. Maka, dia mengambil langkah proaktif untuk mencipta sendiri aplikasi itu agar dapat membantu orang-orang kuat usaha ini untuk mencari lokasi-lokasi yang memenuhi keperluan mereka.

ability app 3

Matlamat Knoll adalah untuk mewujudkan aplikasi yang berkesan dengan pangkalan data maklumat selamat dan tepat yang boleh membuat kehidupan orang-orang kurang upaya ini menjadi lebih mudah.

Maka, idea aplikasi Ability App ini dihantar ke pertandingan ciptaan pelajar bukan berasaskan keuntungan, Invent Idaho dan Knoll telah memenangi kategori Best of Show. Kemudian Knoll menghantar pula ideanya ke I Cubed dan menjadi National Grand Champion.

Pada Ogos lalu, Knoll telah mempersembahkan Ability App kepada sekumpulan usahawan dan pakar teknologi di Think Big Festival di Coeur d’Alene.

Alex telah dijemput untuk bekerjasama dengan Senndex untuk membangunkan aplikasi dan mereka mengumumkan perkongsian itu pada Think Big Festival. Alex turut bertemu dengan para profesional industri untuk menetapkan kos pembinaan Abiliti App, iaitu kira-kira $ 25,000.

Ibu bapanya, Brian Knoll dan Anne Knoll masih di dalam proses mewujudkan organisasi bukan keuntungan Ability App, di mana Alex akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif. Mereka amat berbangga dengan Alex.

“Dia sentiasa mempunyai empati yang besar terhadap orang lain,” kata Brian. “Jelas sekali, idea, manis dan empati seperti mana sejak ia lahir, kini berkembang menjadi peluang yang luar biasa ini.”

Pada September pula, Knoll memakai sut perniagaan dan bercakap di hadapan pelajar sains komputer dan fakulti Jabatan Sains Komputer di Universiti of Idaho, Moscow, Idaho.

I had a great time speaking to the University of Idaho Computer Science Department today in Moscow, Idaho. Thank you to…

Posted by Ability App on Monday, September 14, 2015

Kini, Knoll dan kedua ibu bapanya berada di Web Summit 2015, Dublin, Ireland yang turut dikunjungi lebih 30,000 orang dari seluruh dunia yang memainkan peranan penting dalam industri teknologi.

Facebook
Facebook

Bagi merealitikan Ability App, Knoll yang menjadikan Elon Musk, CEO Tesla dan SpaceX sebagai idola kerana mahu menjadi seorang pereka kereta kelak memerlukan dana bagi membangunkan aplikasi yang akan menjadikan dunia ini menjadi lebih baik untuk orang-orang istimewa.

Itulah antara sebab Knoll sanggup terbang ke Dublin dengan harapan akan berpeluang bertemu dan bercakap dengan pelabur yang berpotensi di Web Summit. Beliau akan mempersembahkan Ability App untuk satu hari dan mempunyai dua hari untuk bertemu dengan sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengannya.

Sebelum itu, Knoll pernah bertemu dengan beberapa orang industri teknologi yang telah memberikannya nasihat atau berjanji untuk membantu merealitikan Ability App.

Antaranya ialah pengarah penyelidikan dan pembangunan Chaotic Moon Studios, Marc Boudria yang memberi pandangan tentang bagaimana untuk meningkatkan pengalaman aplikasi pengguna; dan penolong pengarah polisi dan analisis, Christine Fox di Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory.

Baca: 5 Sebab Apple Beli Startup VocalIQ

Baca: Berjaya Jual Startup Pada Harga Berjuta-juta Tetapi Dia Tidak Dapat Apa-apa. Mengapa?

Baca: Startup Oleh Bekas Banduan Ini Bernilai RM12 Juta

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram