Nota Editor: Fakta menarik tentang Finland ini telah dikongsikan oleh Azmira Amran, seorang pelajar University of Oulu, Finland dalam jurusan International Master Programme in Education and Globalisation. Ikuti perkongsian menarik beliau di bawah.

Sedikit info rojak mengenai Finland

1. Cara ejaan yang betul adalah Finland, bukan Findland, Finnland mahupun Fineland. Rakyat Finland dipanggil Finn atau Finnish people. Bahasa rasmi di Finland ialah Finnish dan Swedish.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Dalam bahasa Finnish, nama bagi negara ini ialah Suomi. Bahasa Finnish pula dipanggil Suomea. Nama bagi Malaysia pula ialah Malesia dan Bahasa Malaysia ialah Malajia (bunyi: Malayia).

finland-5

3. Huruf yang digunakan dalam Bahasa Finnish adalah sama seperti huruf Roman. Kecuali ada tambahan huruf ä (bunyi seperti sebut Black), ö (bunyi seperti huruf e dalam Emak). Huruf J berbunyi Y manakala huruf Y berbunyi U muncung (seperti French U atau sebutan New).

4. Bahasa Finnish adalah antara bahasa yang paling susah dalam dunia untuk dipelajari. Ia juga tidak mempunyai susur galur dari bahasa-bahasa lain.

finland-6

5. Ibu negara Finland ialah Helsinki. Penduduk Finland berpopulasi sebanyak 5juta. Oulu ialah sebuah bandar di bahagian Northern Ostrobothnia, 2 jam dari Kutub Utara.

6. Aurora Borealis adalah pemandangan yang agak common pada hujung tahun, terutamanya pada masa musim sejuk. Siapa yang pernah tgk Frozen, mesti pernah nampak Aurora dalam filem tersebut.

Baca: Lihat Apa Arkitek Ini Hasilkan Setelah Mengembara Solo Selama 5 Bulan

finland-2

7. Cuaca pada musim sejuk adalah agak ekstrim. Tahun lepas, cuaca paling sejuk direkod di luar tingkap rumah saya ialah -26C. Kening, hidung dan pipi berais adalah pemandangan biasa pada musim sejuk.

Matahari juga tidak kelihatan pada musim sejuk. Hari akan kelihatan seperti waktu malam pada setiap masa. Matahari ‘terbit’ lebih kurang pada pukul 11 pagi dan terbenam pada pukul 2 petang. Pada waktu ini, matahari cuma akan berada di ufuk, maka akan kelihatan seperti pukul 7:30malam di Malaysia.

finland-3

8. Pendidikan di Finland adalah percuma. Murid sekolah juga diberi makanan bertaraf restoran secara percuma untuk mengelakkan ibu bapa dari pulang ke rumah pada waktu tengah hari untuk memasak. Di bahagian pedalaman, pengangkutan ke sekolah juga adalah percuma.

9. Murid-murid di sini amatlah patuh pada peraturan. Guru-guru cuma perlu beritahu kepada murid jika perlakuan mereka melampaui batas. Murid tersebut akan mendengar teguran guru tersebut.

finland

10. Pakaian di sekolah adalah bebas. Ia juga bukanlah perkara yang asing bagi murid untuk ke sekolah dengan berambut ungu atau hijau. Secara asasnya, orang di sini amat patuh pada peraturan walaupun kelihatan ganas belaka dengan rambut berwarna-warni.

Guru-guru juga bebas berpakaian. Lihat sahaja gambar sekumpulan cikgu di dalam gambar ini. Ada yang berdread lock dan kesemuanya memakai jeans. Pemakaian seorang guru tidak melambangkan tahap professionalisme mereka.

Guru-guru di Finland sekurang-kurangnya harus memiliki Master untuk menjadi guru sekolah. Mereka amat berdedikasi dan dipercayai, maka tiada nazir diperlukan untuk memantau guru.

Baca lagi: 10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Sewaktu Anda Merancang Untuk Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram