Kalau dulu selalu je angan-angan nak travel ke luar negara. Tapi tak ada duit. Nak pergi Genting pun tak mampu apatah nak pergi luar negara.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Saya nak cerita pengalaman saya melancong bermula pada tahun 2013 sampai sekarang masih mencari peluang untuk sampai ke seluruh negara.

Ada rezeki lebih, pertama kali keluar melancong terus pergi Eropah selama sebulan. Tanpa pengalaman, saya travel seorang tapi menumpang keluarga kawan saya di Ireland.

Ada sedikit tips untuk korang yang nak melancong seorang diri atau berdua dengan kawan!

1. Cuba cari kenalan yang belajar di luar negara

Boleh tumpang rumah dorang. Saya jumpa dengan kawan saya di airport Amsterdam. Kami berjanji untuk jumpa di airport tetapi saya lupa nak tanya nanti nak jumpa dekat mana.

Sampai je airport Schiphol tu terkejut sebab airport dia besar sangat! Ha sudah, wifi ta ada. Semua lock dengan password. Tawakal, jalan-jalan and pusing-pusing akhirnya jumpa jugak kawan saya tu.

Kemudian dari situ kami travel berdua guna Eurail pusing-pusing Itali, kemudian Swiss lepas tu balik Edinburgh.

2. Be careful of the pickpockets

Jangan cepat kesian dekat budak-budak yang kononnya Muslim di Paris tu. Dorang guna agama untuk dekat dengan kita kemudian buat kerja pickpocket dia tu, sangat-sangat cepat ok. Saya pernah kena tapi nasib baik sempat tangkap.

3. Install local language apps just incase!

Kalau melancong ke negara yang tidak guna English kena prepare awal-awal tau perkataan asas.

4. Isu agama

Kalau bertudung ni, sebenarnya memang akan selalu ada isu. Tapi yang bagusnya, kadang-kadang orang tak pandang pun, macam tak wujud terus kita ni.

Tapi kalau ada yang anti Islam, memang dia maki kita rileks je. Pernah kami cuba ambil wudhu’ di tandas airport Paris, cleaner dia halau terus kot. Lepas tu kalau kita nak tanya apa-apa orang dia akan pura-pura tak paham English. Memang mencabar!

5. Kena bersedia mental dan fizikal

Tidur dekat stesen keretapi tu biasa lah. Tapi tidur pun berjaga-jaga. Sebab kami perempuan kan, bimbang juga.

Dalam keretapi pun ada sexual harassment tapi kami berjaya selamat kan diri. Tak ada orang nak tolong ok. Tapi Allah permudahkan semua.

6. Sabar tu penting!

Kalau tiba-tiba ATM tak boleh keluarkan duit sebab berbeza zon masa, terlepas bas, terlepas keretapi, jangan cepat melatah. Sebab secara tak langsung korang akan terjebak ke dalam ‘unplanned trip’ and explore.

Baca: 9 Perkara Yang Saya Pelajari Sewaktu Travel Solo Dan Merubah Pandangan Tentang Hidup

7. Try to communicate with the locals

Kalau pergi ke mana-mana kedai, cuba jadi peramah, tanya khabar dia, ucap yang baik-baik dekat dorang. Bennda macam tu akan reflect balik dekat kita nanti orang pun akan ceriakan hari kita dengan benda-benda baik. Smile & Say Hello!

8. Cuba bersikap terbuka

Apabila travel ke negara yang budayanya berlainan dengan kita ni, agak mencabar sebenarnya. Ada yang pernah tanya saya pasal Islam, tanya apa yang Al Quran tulis, ada yang perlekeh sebab pakai tudung so I can’t enjoy my life and etc.

Listen to the opinions you don’t agree with, and smile. Kita pun tak boleh judge gaya hidup dorang. Ini lah pembelajaran yang kita dapat melalui mengembara.

9. Slow Down

Jangan plan 6 negara 6 minggu untuk travel. All the good stuff happens when you really take the time to explore. I can honestly say that NONE of my best travel experiences happened within the first few days of arriving somewhere. Spend more time in fewer places for maximum enjoyment.

10. Take a lot of photos!

Jangan lupa. Saya share ya gambar-gambar travel ni. Maaf kalau ayat tidak tersusun, tak pandai sangat tapi nak share.

Kalau dulu tak ada pengalaman travel banyak duit habis. Sekarang dah pandai uruskan dah. Kalau dulu kerja habiskan duit dengan travel, sekarang tengah cuba dapatkan balik duit tu dengan jadi freelancer. Lepas tu baru kita sambung travel balik ke negara lain!

Have a good day ahead everyone! Siapa tahu, satu hari nanti kita terserempak di mana-mana negara kan?

Sementara tu, boleh layan gambar-gambar yang saya kongsikan ini sambil berangan. Mana tahu satu hai nanti korang pula dapat ke sini.

cara-travel-solo-1

View of Eiffel Tower from Hop On Hop Off bus.

cara-travel-solo-2

Paris, France

cara-travel-solo-3

Academie Nationale De Musique. Paris Opera.

cara-travel-solo-4

The most exciting top of europe. Jungfraujoch. Europe highest lying railway station. Switzerland.

cara-travel-solo-5

Ni belum sampai lg Top Of Europe tu tapi dia akan stop sekejap dekat sini just in case ada yang nak makan/ main salji an etc. Nanti catch up balik dgn next train.

cara-travel-solo-6

Jungfrau, Switzerland.

paris

Sejuk gila ok dekat sini. Silap pergi masa musim sejuk. Hehe.

cara-travel-solo-8

Ni je kenangan yang ada kena scam dekat Milan, Italy. Ada sorang lelaki ni bagi tawaran nak bagi makanan burung percuma untuk saya boleh ambil gambar. TAPI cara dia tawarkan tu macam paksa dan ikut kita, so I was like ok lah I give it a try. Lepas siap bergambar ni, dia paksa kita bagi dia 10 EURO. Takut punya pasal, bagi jugak tapi tak cukup pun rasanya nasib baik tak ada duit kecil.

cara-travel-solo-9

Perth

cara-travel-solo-10

Ni dekat Zoo Perth yang ada kanggaroo tu tapi takut nak ambil gambar dengan kangaroo hehe.

cara-travel-solo-11

The famous Churros dekat Perth.

cara-travel-solo-12

Maldives. Cantik kan boarding pass dia? Only in Maldives hehe

cara-travel-solo-13

Jungfrau. Kami pakaikan shawl dekat dia, takut dia sejuk.

cara-travel-solo-14

Ni view dekat London. Masa ni just candid sebab hop on hop off bus tengah stop.

cara-travel-solo-15

Famous Nuttela Donut dekat Istanbul. Tapi keras hee.

cara-travel-solo-16

Subhanallah, gua-gua yang terbentuk ni adalah faktor daripada cuaca dan muka bumi kawasan ni kalau tak silap orang tempatan ada cerita haritu. Maaf kalau salah. Cantik sangat memang teruja dapat tengok depan-depan.

cara-travel-solo-17

Red Land dekat Cappadocia.

cara-travel-solo-18

Alang-alang dah sampai Istanbul,rugi kalau tak singgah jiran nya ni ha. Athens.

cara-travel-solo-19

Santorini. Sini susah nak cari makanan halal.

cara-travel-solo-20

Santorini.

cara-travel-solo-21

Santorini. Laut dia macam lukisan.

cara-travel-solo-22

Tercandid pakcik ni. Hehe.

cara-travel-solo-23

Santorini. Rupanya memang kerajaan dia tetapkan undang-undang kena buat atap warna biru ok.

cara-travel-solo-24

Salah satu pantai di Santorini. Red Beach.

cara-travel-solo-25

Istanbul.

cara-travel-solo-27

Cappadocia.

cara-travel-solo-29

Milan.

cara-travel-solo-30

Ni dekat Plaka, Athens.

cara-travel-solo-31

Lombok.

cara-travel-solo-32

Maldives!

cara-travel-solo-33

Sydney

cara-travel-solo-34

Opera House, Sydney. Korang tau tak yang Opera House ni diperbuat daripada tile seramik yang korang guna dekat rumah tu? Yes. bayangkan dengan hanya tile seramik tu boleh buat satu bangunan yang menarik dan terkenal.

Baca lagi: 12 Sebab Kenapa Keluar Mengembara Mampu Jadikan Anda Insan Lebih Hebat

Artikel di atas disumbangkan oleh Pejey Hsm. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group