Sewaktu kunjungan singkat ke Tokyo pada awal tahun ini, saya sempat buat kajian lokasi menarik manakah yang boleh saya kunjungi di luar Tokyo dalam masa satu hari. Atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘day trip’. Pergi dan balik pada hari yang sama.

Saya kongsikan di sini untuk rujukan buat anda yang akan ke Tokyo. Sebenarnya senang untuk saya rujuk semula juga di masa depan jika berkunjung ke Tokyo lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Hakone

Tarikan utama:  Fuji-Hakone-Izu National Park di Lake Ashino, kolam air panas, dan pemandangan Gunung Fuji. Rujuk di japan-talk.com untuk aktiviti penuh di sini.

Pengangkutan: Rujuk di hakonenavi.jp.

2. Odawara

Tarikan utama :  Istana Odawara. Odawara adalah pintu masuk ke Fuji Hakone Izu National Park. Anda boleh singgah dan luangkan masa 1 jam di sini sewaktu dalam perjalanan ke Hakone.

Pengangkutan: japan-guide.com.

3. Kamakura

Tarikan utama:  Kamakura seperti Kuil Hasedera, Kuil Engakuji, Kuil Tsurugaoka Hachimangu, dan patung Great Buddha of Kotokuin.

Pengangkutan: Info lanjut di japan-guide.com.

4. Enoshima

Enoshima merupakan sebuah pulau kecil yang dihubungkan dengan tanah besar oleh jambatan sepanjang 600 meter.

Tarikan utama: Kuil, shrine, sebuah gua dan akuarium. Yang paling popular adalah kompleks Enoshima Shrine yang didirikan khas bagi mengenang dewi Benzaiten yang membawa nasib baik, kekayaan, muzik dan puisi. Penduduk di sini juga percaya Venzaiten adalah dewi yang mencipta pulau ini. Rujuk di japan-talk.com.

Pengangkutan: Rujuk di Enoshima-Kamakura Freepass dan Enoshima 1-Day Passport untuk penjimatan.

5. Yokohama

Tarikan utama: Minato Mirai, China Town, Muzium Ramen dan kawasan kediaman yang pernah dihuni oleh pedagang asing di sini. Bagi pencinta alam, anda boleh ke Sankeien Garden terutama di musim luruh dan musim bunga.

Pengangkutan: Rujuk di Yokohamajapan.com.

6. Kawasaki

Bila baca nama tempat ini terus teringat motorsikal jenama Kawasaki. Haha. Rupanya tak jauh dari Tokyo dan anda boleh naik keretapi dari Central Tokyo.

Tarikan utama: Kawasaki Daishi Temple, Muzium Japan open-air Folk House, dan Chinese Garden. Gerai-gerai cenderahati di sepanjang laluan ke ke Kawasaki Daishi Temple juga menarik untuk anda terokai.

Pengangkutan: Rujuk di travelkawasaki.com.

7. Nikko

Tarikan utama: Nikko National Park, Toshogu Shrine, dan moseleum of Tokugawa Ieyasu yang merupakan tapak warisan sejarah UNESCO, dan Lake Chuzenji yang menyediakan pemandangan menarik di musim bunga dan musim luruh.

Pengangkutan: Nikko terletak 125km dari Tokyo. Rujuk di japan-guide.com untuk cara ke sana.

8. Kawagoe

Tarikan utama: Kawagoe Castle, Kitain Temple yang menempatkan tinggalan dari zaman Edo, dan lebih 500 patung Gohyaku Rakan yang ditempatkan di sini.

Pengangkutan: Hanya 30 minit dari pusat bandar Tokyo. Info lanjut di www.koedo.or.jp.

9. Chichibu

Tarikan utama: Bunga shibazakura (pink moss) di Hitsujiyama Park pada musim bunga antara bulan April dan Mei, Chichibu-Tama-Kai National Park, Chichibu Shrine.

Pengangkutan: Terletak 2 jam dari Tokyo, info lanjut di japanvisitor.com/chichibu-saitama-prefecture.

Baca: Backpacker Dedah Lubuk Barang ‘Pre-Love’ Dan Lokasi Pakai Kimono Percuma Di Jepun

10. Izu Peninsula – Atami

Tarikan utama: Atami Castle, kolam air panas (onsen) dan Kinomiya Shrine.

Pengangkutan: Rujuk di Japan-guide.com.

11. Gunung Fuji (Shizuoka Prefecture)

Ada banyak lokasi menarik untuk anda lohat Gunung Fuji di Shizuoka Prefecture. Ditambah Gunung Fuji telah diiktiraf sebagai Warisan Semulajadi UNESCO, ini sekaligus menjadikan Shizuoka Prefecture semakin terkenal di kalangan pelancong.

Tarikan utama: Gunung Fuji, kolam air panas (onsen) di tepi laut, kuil dan shrines,  dan taman tema. Info lanjut tentang aktiviti di sekitar Gunung Fuji boleh didapati di pref.shizuoka.jp.

Pengangkutan: Rujuk di jnto.go.jp/shizuoka.

12. Tokyo Disneyland

Ye, taman tema ini sebenarnya terletak di sebelah Tokyo iaitu di Chiba Prefecture, dan bukannya di dalam Tokyo.

Pengangkutan: Rujuk di Triplelight.com.

13. Kawaguchiko

Aktiviti menarik: Pemandangan Gunung Fuji, pemandangan di sekitar tasik yang menarik, festival Shibarazuka dengan pemandangan bunga pink bersama Gunung Fuji di bulan April dan Mei, Yamanashi Gem Museum, perkampungan tradisional Saiko Iyashino-Sato Nenba, dan Chureito Pagoda. Info lengkap berbagai aktiviti di sini boleh rujuk di trip-n-travel.com.

Pengangkutan: Rujuk di japan-guide.com.

Setiap lokasi yang disenaraikan di atas boleh anda kunjungi dalam masa sehari ke 2 hari, sesuai buat mereka yang hanya ada masa beberapa hari di Tokyo tetapi masih ingin lihat budaya dan sejarah Jepun. Tinggal pilih sahaja mana satu yang menarik dan kena dengan citarasa anda.

Akhir kata, seronok berkunjung ke Jepun. Dapat lihat dan belajar bagaimana mereka maju tanpa meminggirkan budaya sendiri.

Baca lagi: 3 Jenis Pass Pengangkutan Awam Untuk Anda Berjimat Sewaktu Di Tokyo, Jepun