Ini adalah perkongsian ke tempat yang overated bagi penduduk Malaysia. Tetapi saya ingin juga berkongsi, mungkin ada yang sudah tahu dan sedia maklum. Mungkin juga ini adalah ilmu baharu yang boleh ditambah nilai dalam diri.

Saya point out 40 highlight / checklist penting sepanjang travel solo ke sini seperti mana berikut;

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MATAWANG
1. Pertukaran matawang lebih menguntungkan ditukar di Malaysia terlebih dahulu jika dibandingkan ditukar di Hatyai mahupun Songkhla Thailand. Currency semasa bertarikh 3/9/17 RM1 = 7.76 Baht

PENGANGKUTAN KE HATYAI
2. Jika anda dari utara, boleh menaiki semua jenis pengangkutan awam. Sebagai contoh, Penang – Hatyai RM35 (Terminal Bas Sungai Nibong) atau lagi murah dengan menaiki KTM ke Hatyai (ini saya tidak pasti exact harganya).

3. Untuk pembelian tiket bas, anda boleh terus menempah melalui online ke laman sesawang easybook / ticket bus online untuk pembelian.

4. Jangan terkejut kalau tiket bas yang anda beli itu bukanlah bas yang sebenar tetapi adalah minivan.

5. Sewaktu perjalanan anda ke Hatyai, akan ada satu hentian rehat di mana minivan akan menurunkan anda semua dan perlu membayar RM8 untuk urusan passport. Saya rasa ini adalah di antara yang mahal. Mungkin ada yang kena bayar RM2 sahaja. Terpulang pada pertuahan masing-masing.

tip-travel-ke-thailand-1

tip-travel-ke-thailand-3

tip-travel-ke-thailand-5

tip-travel-ke-thailand-6

tip-travel-ke-thailand-7

SIMKAD
6. Anda boleh membeli simkad AIS di hentian rehat tersebut dengan harga RM15, seminggu unlimited internet. Murah dan berbaloi jika dibandingkan di Thailand, anda perlu membayar 300 baht untuk simkad dan internet tersebut.

IMIGRESEN
7. Akan ada dua (2) imigresen yang perlu anda lepasi. Pertama imigresen Malaysia. Kedua imigresen Thailand. Anda tidak perlu bayar apa-apa sebab anda dah bayar kepada driver minivan tadi untuk urusan passport.

8. Bagi yang menaiki kereta secara sendirian mahupun keluarga, anda perlu membayar insurans perjalanan RM16 sewaktu di immigration. Ini berdasarkan apa yang saya maklum, untuk lebih lanjut saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman tentang ini.

9. Lazimnya, urusan imigresen untuk melepasi Thailand perlu beratur panjang, tapi urusan immigration Malaysia tidak selama itu.

10. Anda akan diberikan borang imigresen untuk diisi. Lazimnya di imigresen Thailand, Hatyai adalah tidak menjadi kewajipan bagi anda untuk menulis tempat yang anda akan bermalam. Jadi tak perlu risau sekiranya bahagian itu dikosongkan. Anda hanya perlu menjawab secara lisan sekiranya ditanya oleh pegawai immigration Thailand.

11. Tetapi keterangan ini adalah subjektif. Tergantung pada luck anda ketika disoal di immigration kelak. Nasihat saya, boleh book penginapan sekurang-kurangnya satu (1) malam untuk lebih selamat.

PENGINAPAN
12. Seperti kebiasaan anda boleh terus menempah melalui agoda, booking, hostelworld, trivago atau apa-apa medium lain untuk membandingkan harga-harga yang murah.

13. Pilihan lain adalah dengan menggunakan kaedah check in on the spot ketika berada di Hatyai, Thailand.

14. Cadangan saya, bagi sesiapa yang berhasrat untuk travel secara solo anda boleh menempah di Hostelworld untuk penginapan sekitar RM23-RM50 satu malam.

15. Aplikasi Hostelworld ini boleh dimuat turun di handphone masing-masing.

16. Antara cadangan saya kepada traveller solo, anda boleh menempah hostel yang disenaraikan di bawah sebagai pilihan yang terbaik berdasarkan rating, lokasi, kebersihan, nilai dan staff yang positif seperti berikut:
• HUB HATYAI HOSTEL (RM50)
• HATYAI BACKPACKER HOSTEL (RM23)
• WE HATYAI (RM34)
• THE HIVE HOSTEL HATYAI (RM40)

Baca: Itinerari Kembara Cara Bajet Dari Utara Ke Selatan Thailand Selama 11 Hari

tip-travel-ke-thailand-8

tip-travel-ke-thailand-9

tip-travel-ke-thailand-10

tip-travel-ke-thailand-11

tip-travel-ke-thailand-12

LOKASI TARIKAN
(HATYAI)
17. Antara tempat menarik yang boleh dijelajah di Hatyai dengan walking distance adalah seperti;
• Explore Lee Garden Plaza Centrepoint and Surround
• Kimyong Market. Kim Yong Market
• Greenway Market
• HatYai Municipal Park

18 – Bagi yang berhasrat untuk ke Klong Hae Floating Market anda perlu menaiki tuk tuk / minivan atau moTO TAXI. Boleh pilih antara satu dari medium pengangkutan untuk ke sana. Jaraknya dari bandar sekitar 50KM.

19. Ini berdasarkan pemerhatian saya dari Hatyai City ke Klong Hae Floating Market.
• tuk tuk (400-500 baht/ seorang)
• minivan (300-400 baht seorang)
• moto taxi (150-300 baht seorang)

20. Perlu diingatkan, floating market hanya bukak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula jam 3:00 petang sehingga 9:00 malam.

Manakala di SONGKHLA
21. Anda boleh pergi ke tempat berikut;
• Songkhla Golden Sleeping Buddha
• Samila Beach

PENGANGKUTAN KE SONGKHLA
22. Jika anda dari Hatyai, anda hanya perlu mencari Clock Tower Hatyai. Di situ, akan ada minivan yang akan beratur tunggu penumpang yang tengah beratur.

23. Boleh terus naik minivan tersebut dan membayar 34 Baht sahaja untuk ke Songkhla. Jaraknya 50KM dengan perjalanan lebih kurang 40 minit.

24. Anda tidak perlu membayar duit langsung kepada pemandu. Hanya perlu duduk sahaja di dalam minivan tersebut dan menunggu bakul duit yang akan diagihkan kepada anda dari hadapan. Masukkan duit secukupnya 34 Baht ke dalam bakul duit tersebut.

25. Jika tidak mempunyai baki, anda boleh menunggu penumpang yang lain bayar terlebih dahulu dan anda sendiri boleh ambik baki duit anda di dalam bakul tersebut.

26. Setibanya anda di Songkhla, anda boleh menaiki moto taxi dengan bayaran sekitar 25 Baht – 30 Baht setiap perjalanan. Anda boleh menaiki moto taxi untuk ke Samila Beach.

27. Anda boleh menaiki kuda dengan harga 300 baht seorang. Air kelapa di Samila Beach sangat sedap, boleh cuba dengan 20 Baht secawan.

28. Saya tidak cadangkan anda untuk membeli cenderahati di Samila Beach (bagi yang berjimat) anda boleh beli cenderahati itu di perkarangan Lee Garden Hatyai.

29. Dari Samila Beach, anda boleh berjalan kaki sahaja ke Tangkuan Hills untuk melihat pemandangan dari atas Songkhla. Tangkuan Hills terletak hanya 700 meter sahaja dari Samila Beach.

30. Ada dua (2) pilihan untuk anda samada memilih hiking atau menaiki lift dan kereta api yang telah tersedia dengan bayaran 30 Baht (Dewasa) dan 20 Baht (Kanak-Kanak).

31. Dari Tangkuan Hills, anda boleh berjalan kaki sejauh 1 KM ke National Museum Songkhla atau membayar 20 Baht kepada moto taxi untuk ke sana.

32. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam National Museum Songkhla. Percuma.

33. Dari Songkla ke Hatyai, anda hanya perlu berjalan kaki sejauh 1KM ke station bas Songkhla yang terletak tidak jauh dari National Museum Songkhla atau menaiki moto taxi dengan bayaran sekitar 20-30 Baht.

tip-travel-ke-thailand-13

tip-travel-ke-thailand-14

tip-travel-ke-thailand-15

tip-travel-ke-thailand-16

MAKANAN / MINUMAN
34. Anda boleh merasai beberapa makanan wajib ketika berada di Hatyai Thailand seperti berikut;
• Aiskrim Kelapa 30-50 Baht
• Tomyam Pot Tek (Seafood) 100 Baht
• Pulut Mangga 50 Baht
• Pad Thai 50 Baht
• Chok Dee Dimsum
• Udang (Night Market) 250-300 Baht Seekor

MASSAGE (URUT)
35. Harga standard bagi massage adalah seperti berikut:
• Foot Massage 200-250 Baht
• Body Oil Massage 250-400 Baht
• Body Thai Massage 200-300 Baht
• Face Massage 200-250 Baht

Lain-lain
36. Anda boleh merasai makanan Thailand di Asean Market yang bukak hanya pada waktu malam sahaja. Ini seakan bazar malam untuk pelancong.

37. Anda perlu sediakan International Adapter sewaktu berada di Hatyai atau di mana-mana sekitar Thailand. Ini kerana, negara itu menggunakan dua soket. Anda juga boleh membeli soket tersebut ketika berada di sana.

38. Medium pengangkutan di Hatyai adalah minivan, taxi dan moto taxi.

39. Untuk mengenalpasti moto taxi, pemandu tersebut memakai jaket kuning (kalau tak silap).

40. Harga moto taxi untuk pergerakan sekitar Hatyai adalah 40 Baht.

Moga memberi manfaat.

Baca lagi: 8 ‘Pantang Larang’ Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Thailand