Antara jenis-jenis perspektif yang perlu diambil kira semasa memberi pendapat terutama di Facebook.

Sebab ramai orang kita suka memberi pendapat di Facebook, saya rasa saya patut tulis mengenai ini sebab saya selalu rasa pelik bila baca komen yang pseudo-intellect, atau yang jenis marah-marah mencarut-carut, dan tak kurang juga komen yang missed the point.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya tertanya-tanya diorang ni kenapa sampai gaduh-gaduh camni. Lepas tu baru saya perasan, seorang cakap pasal seekor itik, seorang cakap pasal kaki itik, seorang lagi cakap pasal paruh itik – walaupun semua bercakap pasal itik (dan semua orang nak menang).

Sebelum memberi pendapat, perlu untuk kita mengetahui di mana stand kita. Iaitu, dalam bahasa ringkasnya, kalau nak ambil bas ke KL, tunggulah di bus stop yang betul.

Jangan tunggu di bus stop untuk bas ke Johor, memang tak sampai la ke KL. (Dalam konteks akademik, ilmu ini dinamakan epistemology. Sila rujuk Plato, Kant dan bapa-bapa philosopher yang banyak membincangkan isu ini, tapi dalam perbincangan ni, saya tulis versi untuk semua orang)

Jadi, perlu faham mengenai perspektif dan realiti. Okay kita ambil contoh ‘hantu’ sebagai konteks, supaya senang kita faham:

1. Pragmatic view

Kebanyakan orang yang tunggu bas di bawah bus stop ‘pragmatic’ ni, halatujunya lebih kepada benda yang praktikal.

Ramai yang mungkin rasa orang ini seperti lalang sebab dia tak sokong mana-mana pihak, tetapi dia cuma akan sokong benda yang dia rasa praktikal dan mempunyai faedah yang lebih banyak.

Contohnya, “saya tak kisah kat Malaysia ni ada hantu jerangkung ke apa, asalkan saya boleh balik rumah, sampai dengan selamat” atau “saya sokong kita tubuhkan ghostbuster untuk tangkap hantu pontianak yang mengganggu kampung kita” atau “kenapa nak tangkap hantu jika lebih selamat duduk di rumah diam-diam?”.

Jadi, pragmatist akan approach apa-apa isu berdasarkan langkah-langkah yang dia rasa baik atau buruk tanpa mengira parti. Eh.

Baca: 7 Pantang Larang Yang Sering Dilanggar Oleh Wanita, Kaki Media Sosial

tip-menulis-di-media-sosial-1

2. Skeptic view

Kebanyakan orang yang tunggu bawah bus stop skeptic ni mempunyai halatuju bahawa selagi tak ada bukti, dia tak percaya.

Contohnya, dia akan beri pendapat-pendapat seperti ini: “ada bukti ke yang mengatakan hantu tu wujud?” Atau “ada bukti ke yang mengatakan kita boleh tangkap hantu?”

Atau “selagi takde rakaman hantu, saya takkan percaya kewujudan hantu”. Jadi boleh dilihat di sini, bahawa skeptic mempunyai pendirian yang ‘jangan percaya selagi tak ada bukti’.

3. Phenomenalistic view

Orang yang tunggu bawah bus stop phenomenology ni selalunya memberi pendapat mengenai persepsi dia mengenai sesuatu isu.

Jadi dia akan memberi pendapat mengenai sesuatu seperti ianya adalah sebuah fenomena. Jadi dia akan beri pendapat-pendapat seperti ini; “kenapa dekat negara orang putih takde hantu? Kenapa negara asia je ada hantu. Ini kerana bila orang percaya hantu, maka wujudlah hantu” atau “saya pernah nampak hantu. Dia kelihatan seperti cadar, bunyinya menakutkan, kulitnya pucat”.

Jadi boleh nampak tak perspektif ni lebih membincangkan isu itu melalui persepsi atau melalui description apa yang sedang berlaku.

Menariknya sebab lebih banyak cerita akan timbul dari orang-orang yang berkecenderungan phenomenology ni.

tip-menulis-di-media-sosial-3

4. Empirical view

Orang yang tunggu bawah bus stop empirical ini selalunya membincangkan apa-apa isu melalui bukti. Dia suka memberi contoh yang banyak bila memberi pendapat.

Contoh ini pula didapati dari pengalaman, kajian atau pemerhatian dunia sekeliling. Jadi dia akan beri pendapat-pendapat yang disertakan bukti seperti ini; “Di kampung saya ada seekor pontianak. Tiap-tiap malam jumaat dari Disember lepas dia akan tunggu dekat pokok pisang dekat dengan gerai Mak Jah”.

Atau “Masa saya kecil dulu, di kamgung saya ada toyol. Bila kami tangkap toyol tersebut, rupanya ia kepunyaan Pak Ali, yang tiba-tiba renovate rumah sejak isu toyol ni naik”.

Baca: Tip Menggunakan Media Sosial Yang Betul Apabila Berkomunikasi Dengan Orang Atasan

5. Uneducated Malaysian view

Orang yang tunggu bawah bus stop ni selalunya membincangkan apa-apa isu melalui emosi, penggunaan bahasa carutan, dan selalunya orang tak faham dia tulis apa, kalau faham pun selalunya argument dia terbabas jauh dari isu.

Pendapat-pendapat yang diberi selalunya mempunyai nada marah dan berbunyi begini;

“Tu lah dia Melayu bodoh, hantu pun nak percaya. Solat tak mahu!” (???) atau “Siapa yang tak percaya kampung aku ada hantu, mak kau hijau!!!” (???)

Atau “Kau bincang-bincang ni pun kau dapat apa? Kau tu dah la jual burger je. Baik lagi ko join MLM aku, dapat duit lagi bagus!” (???).

Jangan tersilap dengan profession dia walaupun nama view ni ‘uneducated Malaysian view’ , kerana ramai yang mempunyai duit yang banyak, ijazah yang berjela dan pekerjaan yang bagus.

Setakat ni ahli falsafah belum bincang banyak mengenai view ni, jadi saya pun tak berani nak tulis banyak-banyak pasal ni. Cuma lagi parah kan kalau anak-anak nampak ibu bapa sendiri tulis komen-komen macam ni kat Facebook?

Jadi dalam memberi pendapat dan membuat argument, ada banyak perspektif yang perlu diambil kira.

Jangan laju sangat terjah dan komen sebab mungkin boleh tersalah faham, nanti jadilah isu bincang kaki itik tapi jawab pasal paruh itik.

Dalam bidang epistemology ada banyak lagi perspektif. Yang ditulis ni sikit je, tapi tu pun dah berpinau mata nak baca kan.

Bagus untuk tahu jenis-jenis perspektif ni sebab dia membuat argument kita lebih kukuh, tak kira la argue pasal apa pun.

So sebelum beri pendapat, stop sesaat, dan pikir kat mana stand kita, kat mana stand orang tu. Baru la argue benda yang sama. Kan?

Baca lagi: 20 Tip Menulis Status Dan Bersosial Di Media Sosial