Nota Editor: 5 tips berikut adalah daripada perkongsian Dr Hafez Iftiqar Termizi, seorang doktor yang suka mengembara di kawasan-kawasan pedalaman. Beliau telah praktiskan tips ini sejak 5 tahun lalu di Australia yang banyak menawarkan lokasi menarik di kawasan pedalaman (outback) mereka.

Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat para traveller terutama bagi yang gemar menjelajah dan meneroka kawasan pedalaman yang tidak begitu dikunjungi ramai.

Kata orang ‘road less travelled are much more interesting’. Tapi sebelum pergi, persediaan sewajarnya juga perlu diambil kira agar pengembaraan anda tidak terganggu kerana masalah kesihatan.

tip-travel-tempat-tinggi-1

Saya selalu mengembara ke mana-mana dengan ubat-ubatan dan peralatan perubatan asas seperti stethoscope.

Bagi saya, sebagai pengamal perubatan, menjadi tanggungjawab sosial untuk saya membantu sesiapa yang memerlukan. Lebih-lebih lagi saya selalu mengembara ke kawasan-kawasan pedalaman.

Malam itu tempat penginapan kami di Lobuche jadi kelam-kabut. Lobuche terletak 4930 m dari paras laut. Lobuche merupakan desa kecil yang akan dilalui bagi sesiapa yang melakukan pendakian ke Everest Basecamp.

Kami di situ di awal musim mendaki, jadi masih belum ramai pelancong asing. Di luar, salji kadang-kadang turun menyebabkan suhu terutamanya pada waktu malam boleh jatuh bawah dari 0 darjah celcius.

Saya dan isteri juga terpaksa meredah ribut salji pada ketinggian 5420 m dari paras laut semasa melalui Chola Pass untuk ke Lobuche.

Suasana kelam kabut itu terjadi disebabkan 2 orang lelaki mat saleh memaksa Sherpa mereka menghantar seorang daripada rakan mereka turun ke desa yang lebih bawah di tengah-tengah gelap malam.

Sherpa itu kurang fasih berbahasa Inggeris dan saya lihat dia kelihatan berbelah-bahagi untuk menuruti kehendak 2 lelaki mat saleh itu. Melihat Sherpa mereka yang seolah-olah ‘blur’ , 2 lelaki itu semakin meninggikan suara.

Baca: Mohon Jangan Buat 10 Perkara Ini Semasa Anda Sedang Travel

Asas tindakan mereka ialah kerana mereka bimbang rakan mereka mengalami simptom-simptom ‘altitude sickness.’

Melihat keadaan yang agak kurang terkawal, saya mengambil keputusan untuk masuk campur. Saya memperkenalkan diri saya sebagai seorang doktor.

Keputusan penting untuk dibuat pada malam itu ialah sama ada wajar untuk membawa mat saleh yang seorang itu turun atau tidak. Saya bertanyakan beberapa soalan.

Daripada jawapan, simptom-simptom ‘altitude sickness’ yang dialami ialah pening kepala dan kurang bertenaga. Pokoknya, masih ‘mild.

Dia baru sahaja menghabiskan sepinggan dhal bhat (makanan tradisional Nepal) sebelum kekecohan itu terjadi. Dia tidak mempunyai masalah dengan pernafasan.

tip-travel-tempat-tinggi-3

Tidak keliru dan dapat menjawab soalan-soalan saya dengan baik. Saya  masih mengingati dengan jelas kata-kata saya kepada beliau ketika itu,

“Malam ini, agak tipis kemungkinan awak untuk mati disebabkan ‘altitude sickness’, tetapi kalau tergesa-gesa membuat keputusan untuk redah gelap dan sejuk malam, kemungkinan mati disebabkan ‘hypothermia’ kerana suhu di bawah 0 dan jatuh gaung tersangatlah besar.”

Mereka mendengar nasihat saya. Saya menasihati mereka untuk tinggal di Lobuche dan tidak meneruskan perjalanan ke Everest Basecamp bagi membolehkan badan membiasakan diri dengan ketinggian di situ.

Tetapi masalah dengan pendaki-pendaki ini ialah semangat tanpa mengira risiko. Esok pagi, tanpa menghiraukan nasihat, 3 pendaki ini bergerak ke Everest Basecamp.

Dan sepeti yang dijangka, ‘altitude sickness’ mat saleh yang seorang itu menjadi makin teruk sehingga perlu dikeluarkan dari kawasan pergunungan dengan helikopter.

Baca: Tip Membawa Anak Kecil Bercuti Ke Pulau

tip-travel-tempat-tinggi-4

tip-travel-tempat-tinggi-5

Di suatu masa yang lain, semasa mendaki Gunung Rinjani di Lombok, saya dan isteri memberikan ventolin bagi merawat asthma yang selalu menyerang anak kepada pemandu pendakian kami.

Menurut beliau, apabila anaknya mendapat serangan asthma, dia akan biarkan sahaja sehingga surut kerana tidak mempunyai duit untuk membeli ubat atau membawa anak beliau ke rumah sakit yang berhampiran.

Sewaktu mengembara ke kawasan-kawasan pedalaman dan tempat-tempat tinggi, saya fikir tips-tips ini sangat berguna:

1. Bawa ubat-ubatan asas dan labelkan menurut kegunaan.

tip-travel-tempat-tinggi-8

Saya dapati antibiotik seperti norfloxacin dan ciprofloxacin serta serbuk rehidrasi sangat berguna untuk cirit-birit.

Ubat sembelit seperti coloxyl & senna sangat penting untuk memastikan kelancaran usus. Jika tidak membuang air selama beberapa hari boleh menyebabkan loya dan tidak lalu makan.

Ventolin penting terutama yang ada sejarah asthma kerana sejuk boleh menyebabkan serangan asthma.

Antihistamine boleh digunakan kalau seluruh badan menjadi gatal-gatal disebabkan terdedah dengan kesejukan.

‘Lip balm’ dan ‘moisturiser’ penting bagi mengelakkan kulit merekah akibat persekitaran yang kering dan sejuk.

Gel anti-inflammatory seperti Voltaren dan panadol penting untuk sakit-sakit sendi.

2. Pastikan badan mendapat air yang cukup.

tip-travel-tempat-tinggi-7

Bagi kawasan yang sumber airnya ialah sungai, chlorine tablet boleh digunakan untuk merawat air sebelum diminum.

3. ‘Acclimatization’ – membiarkan badan menyesuaikan diri dengan ketinggian tertentu sebelum mendaki ke ketinggian yang lebih atas sangat penting.

‘Altitude sickness’ yang boleh membawa kepada ‘High Altitude Pulmonary Edema’ (HAPE) atau ‘High Altitude Cerebral Edema’ (HACE) boleh membunuh.

Jangan biarkan semangat mengatasi pertimbangan. Jika masih pening-pening kepala, jangan sesekali memaksa diri untuk meneruskan pendakian. Acclimatize terlebih dahulu!

4. Travel Insurance

tip-travel-tempat-tinggi-2

Ambil ‘travel insurance’ yang merangkumi ‘helicopter evacuation’ terutama pendakian atau ‘hiking’ anda memakan masa berhari-hari.

Untuk melakukan ‘emergency evacuation’ tanpa dibiayai insurans tersangatlah mahal.

5. Buat kajian dan persediaan

Tahu destinasi yang anda tujui dan bahaya-bahaya yang kemungkinan anda hadapi di situ.

Semoga kita boleh mengembara dengan penuh cakna dan bersedia.

Baca lagi: 18 Perkara Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Sewaktu Travel Solo

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram