Nota Editor: Bagi setiap traveller, saat menunggu tarikh keberangkatan pastinya saat yang paling mengujakan. Selain daripada itu, pastinya sesiapa saja yang bakal travel berharap trip mereka akan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.

Tapi akan daya. Tak semua yang diharap menjadi seperti yang dirancang. Itulah yang berlaku kepada Cik Rafidah Shaharun.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Beliau merancang untuk travel ke beberapa negara di Eropah sejak 6 bulan yang lalu. Namun trip beliau ke sana hanya beberapa hari sahaja dan terpaksa dibatalkan.

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

sakit-masa-travel-4

18.12.2015(Paris)

Setelah hampir 6 bulan membuat persediaan tanggal 18.12.2015 jam 7.45 pagi waktu Paris aku selamat menjejakkan kaki di bumi Paris, Perancis. Bergerak solo membuatkan aku agak takut dan was -was.

Tidak lekang zikir ‘hasbunallahha wa nikmal wakeel’ di bibir sepanjang penerbangan.

Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki di beberapa tempat menarik di Paris antaranya Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Louvre Museum dan lain-lain.

Pagi 19.12.2015 (London)

Usai meletakkan beg di hostel aku bergerak ke Malaysian hall untuk berjumpa rakan fb ku dan sahabat semasa di universiti dulu. Hari pertama di London hanya melewati sekitar Killburn Park dan Oxford Street.

Pagi 20.12.2015

Hari ke dua di London kaki kiri mula membengkak. Langsung tidak boleh menjejakkan kaki. Digagahkan jua untuk bangun mengambil wudhuk dan bersiap untuk ke Bicester Village.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja berehat di dorm tetapi mengenangkan tiket beharga £27 digagahkan juga. Dengan jalan terhencut-hencut bejaya juga habis semua store di BV dijejaki.

21.12.2015

Hari ke tiga di bumi London langsung tidak ke mana-mana kerana kaki terlalu sakit. Mengambil teksi ke Victoria Coach Station. Bas ke Brussels bertolak jam 10.30 malam.

22.12.2015 jam 6.30 pagi tiba di Brussels.

Sesat mencari rumah host seperti ayam dan itik bertanya dengan orang tempatan. Mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. French menjadi bahasa ibunda mereka.

Alhamdulillah seorang lelaki menghulurkan bantuan sudi untuk menhantar ke rumah host. Beliau seorang Muslim anggota tabligh. Aku hanya mampu berehat di rumah host. Tidak mampu ke mana-mana.

23.12.2015 harus berangkat ke Airport Brussels.

Hati mula risau kaki tidak kebah juga. Masih sakit dan masih membengkak. Dalam perjalanan singgah di farmasi. Hanya di sarankan membeli sejenis gel. Ku turutkan.

Kaki terus melangkah dengan kesakitan yang ditahan. Syukur ternampak sebuah klinik. Tanpa berfikir panjang aku terus masuk untuk dapatkan rawatan. Doktor juga hairan tanpa jatuh kaki bisa membengkak dengan tiba-tiba.

Doktor beranggapan mungkin radang otot. Aku minta satu injection tahan sakit untuk meneruskan perjalanan ke Prague. Beliau melahirkan rasa kekagumannya terhadap travel trip solo aku di bumi Europe ini.

Aku meneruskan perjalanan dengan penerbgan ke Prague hanya mengambil masa dua jam. Malam itu hanya mampu bermalam di Airport Prague. Keesokkan hari rakan FB ku akan ‘join’ aku untuk ke destinasi-destinasi seterusnya.

Dalam hati merintih, kasihannya beliau harus bersamaku yang tidak mampu untuk menyelusuri bangunan-bangunan indah di Prague, Vienna Budapest dan akhirnya di Istanbul.

Aku tertidur dalam kerisauan yang panjang itu.

24.12.2015 tanggungjawab kepada sang Khalid harus ditunaikan.

Usai solat aku terus menunggu di atas kerusi di hujung Airport. Syukur sekitar jam 12 tengahari hari wajah Annae kelihatan. Tanpa berlengah teksi di tahan dan Military Hospital di Prague ditujui.

Nasib handphone ku telah ku download dengan aplikasi ‘google translate offline’. Kami berkomunikasi dengan applikasi ini. Ujian Ultrasound dan x-ray telah dilakukan ke atas ku.

Tetapi doktor tidak dapat mengesan punca kaki ku yang membengkak dan sakit. Mungkin juga batasan bahasa menyebabkan aku tidak faham dikebanyakkan pertuturan doktor di hospital itu.

Bahasa Inggeris mereka teramat terhad. Aku membeli sepasang tongkat dan meminta diberikan satu injection untuk mengurangkan sakit.

Doktor memaklumkan bahawa aku harus mencucuk sendiri dengan jarum yang telah diberikan. Beliau akan berikan prescription dan harus membelinya di farmasi. Aku hanya menurut.

Girang hatiku sebab kurang sikit beban kaki ni bila ada tongkat. Tapi hati sedikit gundah melihat 10 batang jarum dalam sekotak yang di prescribe oleh doktor. Allahurabbi. Kami berangkat ke rumah host.

Baca: 8 Tip Penting Yang Wajar Diambil Tahu Bagi Yang Ingin Travel Solo Kali Pertama

sakit-masa-travel-5

25.12.2015 pagi Krismas yang sejuk di bumi Prague.

Aku melihat kaki ku sedikit positif. Bengkak dan sakit di kaki agak kurang. Aku gembira bukan kepalang. Janji dibuat untuk bersiar di sekitar kota Prague bersama Anne.

Sayang hanya sempat ke Old Town dan Astronomical Clock, kaki mula membengkak dan sakit. Aku membuat keputusan untuk berehat dan menunggu Anne di terminal bas sahaja.

Sementelah kami akan ke Vienna dengan bas pada malamnya. Anne pula aku tegaskan untuk terus menerokai kota Prague kerana hari masih awal.

Ketika menunggu berseorang di terminal bas Prague aku bertegur sapa dengan 5 orang pelajar Malaysia yang kebetulan bercuti di Prague. Kebetulan mereka juga akan ke Budapest sama tarikh dengan kami.

Anne tiba sekitar jam 6.30 ptg. Bas bertolak tepat pukul 11.55mlm.

26.12.2015 jam 4.30 kami tiba di Vienna.

Kaki terasa lebih sakit. Allahuakhbar. Keputusan dibuat untuk menahan teksi dan mencari hotel. Plan asal yang direncanakan dari Malaysia kami sepatutnya menyelusuri kota Vienna seharian.

Tetapi perancangan Allah itu mengatasi segalanya. Kami menahan sebuah teksi yang mana pemandunya seorang lelaki Turki yang telah berhijrah ke Vienna.

Beliau lah yang banyak membantu kami mencari hotel setelah hampir sejam baru kami berjumpa hotel yang agak berpatutan dan sudi menerima tetamu yang tidak menempah menerusi online.

Dari gerak tangan pemandu teksi tu, aku dapat mengagak bahawa beliau bukan tidak mahu menumpangkan kami untuk seketika di rumahnya, tetapi rumahnya kecil dan dihuni oleh keluarganya yang besar.

Aku faham keadaan beliau dan mengucapkan terima kasih. Aku berehat di hotel sementara Anne keluar setelah melelapkan mata seketika. Kami harus mendaftar keluar pukul 3.45ptg.

Atas budi bicara receptionist hotel tersebut membenarkan kami menunggu di lobi sehingga jam 6 petang. Bas ke Budapest akan bertolak jam 7.30mlm.

Jam 11.30 malam kami tiba di Budapest. Plan asalnya hendak lepak di terminal bas sehingga keesokkan harinya keana esok baru boleh check in rumah host.

Tetapi disebabkan kesihatan dan aku putuskan hendak pulang segera ke Malaysia. Ya aku harus pulang ke Malaysia segera, tiket dibeli menerusi skyscanner pada pagi 29.12.2015.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Malam itu kami ke hospital sekali lagi untuk mendapatkan surat doktor bagi menyatakan yang aku ‘fit‘ untuk pulang ke Malaysia.

2 hospital di Budapest kami kunjungi tetapi kedua-dua menghalau kami. Aku buntu. Anne mencadangkan kami terus ke rumah host. Nasib baik host memang berada di rumah dan tidak kesah membenarkan kami menginap lebih awal dari sepatutnya.

27.12.2015

Anne sempat berhubung dengan salah seorang pelajar Malaysia yang kami jumpa semasa di terminal bas Prague. Janji dibuat dan Anne keluar bersiar-siar sekitar bandar Budapest bersama mereka. Aku hanya berehat di rumah host.

Sementara itu ibu bapa serta adik bradikku di Malaysia tidak henti-henti berdoa dan melakukan solat hajat untuk ku. Allahurabbi meruntun hatiku.

28.12.2015

Usai solat subuh aku membelek-belek laman web Eitihad untuk mendapatkan maklumat bagi penggunaan kerusi roda. Penerbangan balik ku ke Malaysia dengan Eitihad.

Panik apabila mendapati permintaan untuk menggunakan kerusi roda perlu menerusi borang yang ditandatangani oleh doktor. Ah sudah, bala ni. Aku meminta Anne bersiap dan kami harus ke hospital di Budapest pagi itu juga.

Aku menghubungi host kerana kelihatannya beliau tiada di rumah. Ya host telah ke pejabat. Atas bantuan beliau Military Hospital Budapest kami terjah. Kami diminta ke bahagian kecemasan.

Kaki ku heret je jabatan kecemasan. Sekali lagi peristiwa kami dihalau terjadi. Aku menangis di situ tetapi mereka tetap tidak mengendahkan.

sakit-masa-travel-2

Setelah 3 hospital tak terima. Tak faham aku hospital kat Budapest ni. Sepatah haram tak tahu English. End up dia reject semua yang bukan bangsa dia. Nasib berjumpa dengan seorang wanita dan anknya yg berasal dari Yemen.

Mereka juga tidak diterima di hospital tersebut. Mereka menghulurkan pertolongan dengan menelefon ke Kedutaan Malaysia. Bercakap dengan staff kedutaan sambil teresak-esak menangis.

Aku membuat keputusan untuk terus ke kedutaan. Sekali lagi keluarga Yemen ni menghulurkan pertolongan dengan menghantar ke kedutaan.

Di kedutaan disambut oleh setiausaha ke dua En.Rahim dan staf wanita yang sangat membantu. Mereka memaklumkan bahawa memang sifatnya begitu di Budapest. Mereka juga memaklumkan bahawa telah memaklumkan airport Budapest dan syarikat penerbangan.

Keputusan dibuat dan kedutaan Malaysia harus kami kunjungi. Tidak semena-mena aku melihat Anne bercakap-cakap dengan 3 orang wanita yang berwajah Arab. Salah seorangnya sudah berumur dan memakai hijab.

Allhuakhbar! Salah seorang dari meraka membenarkan telefon bimbitnya digunakan. Kami menghubungi kedutaan Malaysia dan kedutaan mengalu-alukan kedatangan kami.

Sekali lagi wanita arab itu menghulurkan pertolongan untuk menghantar kami ke kedutaan. Allah Maha Besar! Aku menangis terharu. Rupanya mereka juga telah dihalau oleh hospital tersebut.

Sampai di kedutaan, pihak kedutaan telah menelefon pihak Airport dan Eitihad untuk keperluan menggunakan kerusi roda. Petang itu kami terus ke airport Budapest kerana penerbangan ku pulang ke Malaysia pagi 29.12.2015

29.12.2015

Penerbangan ke Brussels jam 6.30 pagi dan seterusnya ke Abu Dhabi

30.12.2015

Tepat jam 9.00 malam aku selamat tiba di KLIA disambut dengan linangan air mata oleh ibu dan ayah.

Aku di rawat di KPJ Seremban di bawah pantauan Prof Dr. Wan Hazmy Che Hon. Aku diagnose mengidap kerosakan di saraf dan selaput tapak kaki. Nama perubatan tak ingat la pulak. Panjang bebeno.

sakit-masa-travel-1

Ini tips yang aku nak kongsikan

1. Pastikan memakai kasut yang sesuai. Kalau beli kasut baru bawak la try pakai tiga empat kali.

2. Buat persedian rapi. Print maklumat kedutaan Malaysia yang terdekat dengan kota yang hendak dilawati

3. Pastikan credit card dibawa ke mana sahaja. Bukan apa jika ada apa-apa senang dari segi kewangan

4. Sila beli travel insuran. Ini amat penting. Berkemungkinan kita harus dahulukan duit kita, tetapi kita boleh claim sesudah sampai di Malaysia nanti.

5. Mohon restu ibu ayah. Sentiasa update perkembangan kita di mana jua berada.

6. Jaga solat dan sebelum berangkat sentiasa lah mohon perlindungan dan kesihatan dari Allah.

Bagi pihak Vocket, saya mendoakan semoga Cik Rafidah segera sembuh dan impian beliau untuk travel di Eropah satu hari nanti menjadi kenyataan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Baca lagi: 18 Perkara Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Sewaktu Travel Solo

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka