Sebenarnya, tak susah untuk menjadi seorang yang berjaya. Tetapi, untuk menjadi seorang yang berjaya dengan luar biasa itulah yang susah.

Namun kita semua berharap untuk mencapai kejayaan yang luar biasa bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sayangnya, tiada magik untuk berjaya dengan mudah. Tapi terdapat beberapa kualiti yang ramai orang berjaya selalu kongsikan terutamanya dari mereka yang sering memberi impak kepada kehidupan ramai orang.

Adakah anda bakal tergolong dalam golongan yang bakal berjaya dengan luar biasa?

Mari lihat senarai di bawah.

BACA: 8 Langkah Penting Untuk Membina Hubungan Baik Dengan Bakal Pelanggan

1. Anda gembira apabila melihat orang lain berjaya

funny-teamwork-28

Tim bisnes yang berjaya adalah kerana ahlinya yang paling berbakat sanggup berkorban demi memastikan ahli yang lain gembira.

Tim yang hebat terdiri daripada pekerja yang saling membantu satu sama lain, tahu peranan mereka dalam pasukan, mengetepikan hal peribadi, dan menghargai kejayaan pasukan.

2. Anda sering mencari pengalaman baru

Novelty seeking atau sentiasa mencari sesuatu yang baru. Sikap ini sering ada pada mereka yang cepat bosan dan sentiasa mengejar benda baru yang tidak pasti lagi keberkesanannya. Ia seperti terjun daripada kapal terbang tanpa membawa payung terjun.

skydivingblog

Tetapi, menurut seorang psychiatrist Dr. Robert Cloninger, katanya,

“Sentiasa mencari sesuatu yang baru adalah satu ciri-ciri yang membuatkan anda sihat dan gembira serta menggalakkan pertumbuhan keperibadian selaras dengan umur anda. Jika anda menggabungkan elemen pengembaraan dan rasa ingin tahu beserta dengan kegigihan dan rasa bahawa apa yang anda lakukan ini bukan semata-mata untuk anda, maka anda akan mendapat kreativiti yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya”

Sambungnya lagi,

“Anda mempunyai kebolehan berimaginasi yang tinggi untuk melihat apa yang bakal berlaku pada masa hadapan sekiranya anda mencuba sesuatu yang baru”

Oleh itu, cubalah menuju ke hadapan. Cuba dalami dan hayati keinginan anda untuk mencari sesuatu yang baru. Anda akan menjadi lebih sihat, anda akan mempunyai lebih ramai kawan, dan anda akan menjadi lebih berpuas hati dengan kehidupan.

3. Anda tidak fikir tentang work life balance , anda hanya berfikir tentang life.

Sukar untuk membahagikan sempadan kerja dan kehidupan seharian.

Mengapa begitu?

hd-tips-worklife

Kerana bisnes anda adalah hidup anda, ianya sama juga seperti kehidupan anda adalah bisnes anda. Jadi tiada pemisah antara keduanya kerana keduanya melengkapi hidup anda.

Orang yang berjaya dengan luar biasa akan mencari jalan untuk melibatkan keluarga, hobi, minat, keinginan, dan nilai-nilai peribadi ke dalam kehidupan harian bisnesnya, bukan dengan memisahkan perkara-perkara tadi dengan kerja.

Kalau anda tidak dapat melakukannya, anda bukannya menikmati hidup. Anda cuma bekerja untuk hidup.

4. Anda mempunyai empati yang tinggi.

Empati ialah kebolehan untuk memahami atau menyelami perasaan atau emosi orang lain.

Sekiranya anda mencipta sesuatu atau menjalankan bisnes yang baru, anda hanya akan lakukannya demi menyelesaikan masalah orang lain atau memenuhi keperluan sedia ada yang telah divalidasi.

Adalah mustahil untuk mengenal pasti keperluan atau masalah orang lain tanpa mempunyai keupayaan untuk meletakkan diri anda ke dalam tempat orang lain.

Ability to put yourself in another person’s shoes.

YouMe

Itulah tanda dari ahli perniagaan yang berjaya.

Tetapi, pemimpin yang sangat berjaya akan pergi selangkah lebih ke hadapan dengan sentiasa meletakkan diri dalam kasut pekerja mereka.

Kejayaan bukannya sentiasa ke atas. Kejayaan adalah seperti bulatan, kerana tidak kira berapa hebat bisnes anda pergi, kejayaan masih perlu kembali kepada pekerja anda.

BACA: Lelaki Ini Menerangkan Rahsia Sebenar Untuk Kekal Dan Gandakan Duit

5. Anda mempunyai sesuatu yang ingin anda buktikan kepada diri anda sendiri.

you

Ramai orang mempunyai keinginan membara untuk membuktikan diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Itu merupakan satu motivasi diri yang hebat.

Orang yang sangat berjaya pula didorong oleh sesuatu yang lebih mendalam dan lebih peribadi. Keinginan yang sebenar, komitmen, serta dedikasi yang hebat dan ingin membuktikannya kepada orang yang paling penting sekali.

Orang yang paling penting sekali itu adalah anda sendiri.

6. Anda tidak peduli kerja lebih 40 jam seminggu.

hardwork

Kajian ada menunjukkan kerja lebih masa daripada 40 jam seminggu boleh menurunkan produktiviti.

OK…

Tapi, orang yang berjaya akan berkerja lebih bijak walaupun lebih masa demi melawan pesaing mereka. Orang yang berjaya mahukan lebih dari apa yang orang lain capai. Mereka tidak berlembut diri, lebih-lebih lagi dengan diri sendiri.

7. Anda melihat wang sebagai satu tanggungjawab, bukan ganjaran.

Sering kita dengar usahawan yang berjaya membeli kereta yang banyak, barang antik yang mewah serta membelanjakan wang yang sangat banyak untuk kepentingan diri sendiri.

handle

Orang yang berjaya tidak melihat wang semata-mata sebagai ganjaran peribadi; mereka melihat wang sebagai satu cara untuk mengembangkan perniagaan, memberi ganjaran dan membangunkan pekerja, serta memberi kembali kepada masyarakat. Pendek kata, bukan sahaja mereka melakukannya demi kehidupan mereka sendiri yang lebih baik tetapi untuk memperbaiki kehidupan orang lain juga.

Dan yang paling penting, mereka berbuat demikian tanpa perlukan publisiti, kerana ganjaran yang sebenar adalah daripada perbuatan mereka itu, bukannya daripada pengiktirafan.

8. Anda tidak fikir anda istimewa.

Di dalam dunia media sosial, semua orang boleh menjadi idola untuk diri mereka sendiri. Ia adalah sangat mudah untuk sesiapa sahaja bercerita tentang wawasan dan pencapaian mereka.

Oang yang sangat berjaya tidak berlaku sedemikian. Mereka menerima kejayaan mereka adalah berdasarkan kepada impian, ketabahan, dan pelaksanaan oleh diri mereka sendiri. Mereka juga mengakui bahawa mentor, pekerja mereka yang luar biasa, dan tuah juga memainkan peranan.

Orang yang berjaya dengan luar biasa pula akan meraih ganjaran dengan rendah hati, sering bertanyakan soalan, mendapatkan nasihat, dan terutamanya mengiktiraf dan memuji orang lain kerana mereka tahu bahawa…

9. Anda menyedari bahawa kejayaan adalah sekejap, tetapi maruah dan rasa hormat kekal selama-lamanya.

rollercoaster

Menyediakan pekerja dengan gaji yang lebih tinggi, faedah yang lebih baik dan peluang yang lebih besar sememangnya penting. Tetapi tiada tahap gaji dan faedah boleh mengatasi keyakinan dan harga diri.

Perkara yang paling penting orang yang berjaya sediakan kepada pekerja-pekerja mereka, pelanggan, vendor dan kepada semua orang yang mereka temui ialah adalah maruah mereka atau kata lain, hormat mereka dengan baik sekali.

Inilah dia sifat-sifat orang yang bakal berjaya dengan luar biasa kerana tindakan mereka juga luar biasa.

Anda ada sifat-sifat berikut?

BACA: 1 Sebab Utama Kenapa Safee Sali Bermain Bola, Dan Orang Bisnes Membuat Bisnes

Sumber: LinkedIn

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram