Nama beliau bukanlah satu nama yang dikenali di Malaysia. Tapi jika di Indonesia Anton Krotov adalah satu nama yang cukup besar di kalangan para traveller di negara tersebut.

Anton Krotov, seorang backpacker muslim berasal dari Moscow, Rusia ini mula travel mengelilingi dunia sejak tahun 1991. Sehingga kini beliau telah berjaya menjelajah ke 86 buah negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengamalkan model travel tanpa duit, Anton berjaya mencetuskan satu budaya travel yang boleh dikira ekstrim. Pengalaman beliau ini kemudiannya telah dikongsikan di dalam buku bertajuk ‘Practice Of Free Travels’, di mana beliau berkongsi bagaimana untuk travel tanpa duit yang banyak (malahan hampir tiada duit).

Siapa saja boleh keluar mengembara asalkan telah bersedia dari segi mental

Menurut Anton pengalaman paling mengesankan di hati beliau adalah sewaktu mengembara di jajahan Soviet Union yang seluas 1/6 daripada keluasan dunia degan hanya membawa wang sebanyak 60 sen. Penjelajahan di negara beriklim ekstrim ini telah beliau lakukan selama 2 bulan.

Apa yang beliau lakukan adalah dengan menahan dan menumpang kenderaan di jalanan. Bermula dengan menaiki motorsikal, kereta, trak hinggalah lori membawa haian ternakan dan hasil pertanian.

Satu perkara unik yang sering menjadi amalan Anton adalah menterjemah bahasa asing ke satu kalimah iaitu “saya tak ada duit”. Ayat inilah yang paling beliau kuasai dan diucapkan ke dalam berbagai bahasa sewaktu mengembara meskipun hakikatnya beliau tidak pandai berbahasa asing.

anton-krotov-2
Via Anton Krotov

Gemar ke negara tidak popular

Anton juga sebenarnya lebih gemar mengembara ke negara tidak popular di kalangan pengembara. Bagi beliau itu merupakan satu peluang untuk melihat realiti sebenar di sesuatu tempat dan tidak hanya percaya kepada apa yang dipaparkan oleh media. Dan hasilnya pengalaman yang beliau rasai nyata jauh berbeza berbanding apa yang dilaporkan oleh media.

Sebagai contoh, menurut Anton negara yang sering diwar-warkan sebagai berbahaya dan tidak selamat dikunjungi seperti Somalia, Angola, Sudan, Madagaskar, Afghanistan, Pakistan, Tajikistan dan negara-negara mundur ternyata memiliki penduduk yang lebih ramah dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Segala pengalaman ini dikongsikan di dalam buku beliau dengan harapan ia dapat menyampaikan perkara sebenar dan seterusnya membetulkan persepsi salah yang telah dilaporkan oleh media.

Baca: 9 Tip ‘Hitchhiking’ Di Jepun Dan Mungkin Juga Boleh Guna Di Negara Lain

Melihat budaya yang semakin terhakis

Menjadi seorang traveller yang telah berkunjung ke berbagai negara di serata dunia, Anton turut menyaksikan bagaimana keunikan sesebuah negara terutama dari segi budaya dan adat resam serta perubahan yang berlaku seiring dengan peredaran zaman.

Namun menurut Anton, arus modenisasi turut menjadikan keaslian budaya sesebuah negara mulai terhakis terutama di negara-negara Afrika, Timur Tengah dan Asia. Kehadiran internet dan smartphone telah mewujudkan sikap materialistik dan masyarakat tidak lagi begitu mementingkan penjagaan budaya yang diwarisi sekian lama.

anton-krotov-1
Map of my traveling 1991 – 2016 via Anton Krotov
anton-krotov-4
Via Anton Krotov
anton-krotov-3
Via Anton Krotov
anton-krotov-6
Via Anton Krotov
anton-krotov-7
Via Anton Krotov

Belajar daripada pengalaman

Perasaan takut pastinya ada setiap kali akan berkunjung ke negara asing yang belum pernah dikunjungi. Perasaan yang sama turut dirasai oleh Anton.

Untuk itu sebelum pergi ke sesebuah negara, perkara utama yang beliau lakukan adalah menyediakan 20 kad bertulis pertanyaan petunjuk penting seperti makan, penginapan dan lain-lain. Di bahagian belakang kad pula adalah pertanyaan yang sama di dalma bahasa Rusia.

Setelah menjelajah berbagai negara, menurut Anton beliau kini boleh membaca peta dengan lebih tepat.

Bukan tu saja, beliau juga mampu membetulkan kesalahan yang terdapat di sesebuah peta seperti kesalahan garisan wilayah antara Afrika dan Timur Tengah. Anton juga mampu menambah jalan baru yang tidak terdapat dalam peta.

Berikutan daripada itu, Anton mengambil inisiatif dengan berkongsi pengalaman travel tanpa wang yang telah beliau amalkan dengan komuniti setempat di setiap negara yang beliau kunjungi.

Menubuhkan House for Everyone

anton-krotov-5
Via Anton Krotov

Setelah mengembara sekian lama, Anton turut berusaha meninggalkan jejak beliau di tempat yang telah beliau kunjungi dengan cara membangunkan rumah penginapan bernama ‘House for Everyone’. Antara negara yang telah berjaya beliau lakukan ini adalah di Madagaskar, Mexico, Rusia dan di Yogyakarta, Indonesia.

House of Everyone didirikan sebagai tempat tinggal bagi para pengembara di negara tersebut di mana mereka boleh menginap tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Kebanyakan yang menginap sementara di sini adalah para traveller yang telah mengembara bertahun-tahun.

Untuk info lengkap tentang House for Everyone, anda boleh rujuk di sini.

Hidup adalah tentang memilih. Setiap pilihan memiliki risiko masing-masing. Namun hanya yang berani dan mahu mengambil risiko tersebutlah yang mampu mengubah hidup mereka – Anton Krotov.

Anton turut berkongsi pengalaman travel beliau di blog peribadi a-kkrotov (dalm bahasa Rusia).

Hey, orang Malaysia pun sebenarnya dah pernah travel cara begini: Bagaimana Lelaki Ini ‘Hitchhike’ 9 Bulan Di Eropah Dan Lebih 2 Tahun Mengembara Tanpa Mempunyai Apa Apa

Sumber