Pada tahun 2014, Facebook berjaya membeli aplikasi permesejan Whatsapp dengan nilai $19 Billion USD. Pembelian ini bukan sahaja memberikan Facebook kuasa penuh untuk mengendalikan Whatsapp sebagai anak syarikat malah merupakan kerjasama awal diantara kedua-dua syarikat gergasi ini.

Whatsapp pada hari ini mengumumkan sebuah perubahan besar di dalam polisi syarikat mereka iaitu perkongsian data bersama Syarikat Facebook. Untuk pengetahuan anda, perkongsian data yang dimaksudkan adalah nombor telefon anda, gambar profile, status online, status anda serta last seen anda. Agak creepy bukan?

People are seen as silhouettes as they check mobile devices whilst standing against an illuminated wall bearing WhatsApp Inc's logo in this arranged photograph in London, U.K., on Tuesday, Jan. 5, 2016. WhatsApp Inc. offers a cross-platform mobile messaging application that allows users to exchange messages. Photographer: Chris Ratcliffe/Bloomberg via Getty Images

Dikatakan perkongsian ini sangat penting bagi membolehkan Whatsapp menambah baik servis mereka serta amat diperlukan sempena fungsi terbaru mereka yang bakal diumumkan kelak.

Soal apa yang akan terjadi dengan aplikasi Messenger apabila Whatsapp memulakan perkongsian bersama Facebook mungkin tidak menjadi masalah. Kami jangkakan pihak Facebook pasti sudah bersedia dengan ‘backup plan’ mengenai masalah ini.

Mengenai privasi anda, secara tidak langsung Facebook dan Whatsapp bakal memperoleh lebih banyak data daripada permesejan dan detail-detail yang dikongsikan di Facebook. Pihak whatsapp juga mengumumkan encrypted message tidak akan dikongsikan dan akan kekal tersimpan.

Adakah wajar untuk mengatakan penggunaan kedua-dua aplikasi ini sangat selamat? Tidak juga, namun tidaklah memudaratkan jika anda gunakan sebaiknya. Anda masih boleh menggunanya secara positif serta menghantar emoji-emoji comel kepada rakan anda.

Buat anda yang berminat mengenai data security Facebook artikel ini mungkin untuk anda.