1. Peniaga jual berus babi patuh arahan

Selepas isu melibatkan penjualan berus cat daripada bulu babi mendapat perhatian pihak bertanggungjawab, kebanyakkan peniaga yang menjual peralatan perkakasa terutama kedai alatan perkakas pembinaan telah pun mematuhi arahan dengan meletakkan tanda supaya pembeli dapat membezakan di antara berus cat yang diperbuat daripada bulu babi atau bukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Arahan mengasingkan dan melebalkan jenis berus cat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini adalah supaya mereka yang beragama islam tidak ragu menggunakannya. manakala mereka yang belum berbuat demikian memberi jaminan akan melakukannya secepat mungkin.

Sumber laporan

2. Zaidatul akhirnya berjaya jadi wanita terpantas di Malaysia

Walaupun sudah berjaya memecah rekod sebelumnya, pelari wanita kebangsaan Zaidatul Husniah bagaimanapun tidak diiktiraf apabila rekodnya terbatal kerana dikatakan menerima bantuan angin +2.5s.

Baca: Berjaya Pecah Rekod Tetapi Tidak Diiktiraf Kerana Terima Bantuan Angin

Namun begitu, beliau akhirnya berjaya membuktikan dirinya adalah wanita terpantas di Malaysia apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) yang berusia 24 tahun, awal pagi tadi. Atlet dari Pulau Pinang itu mencatat kepantasan 11.45 saat (s) dalam Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan, sekali gus memadamkan rekod lama 11.50s milik G Shanti yang dilakukannya pada aksi Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Sumber laporan

3. Maybank tawar cuti bersalin sehingga setahun

Berita baik buat semua kakitangan wanita Maybank apabila institusi kewangan itu mengumumkan tawaran cuti bersalin yang boleh dilanjutkan sehingga setahun. Sehubungan itu, Maybank menjadi yang pertama di Malaysia menawarkan cuti dalam tempoh panjang.

Manfaat ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf, dan ia sudah pun berkuat kuasa serta merta.

Berita penuh

4. Kena tetak dikepala kerana hidangan masakan biawak

MIRI: Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera di kepala setelah ditetak oleh rakannya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai, Niah di sini semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata sebelum kejadian 9 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan suspek lelaki berusia 32 tahun minum minuman keras bersama-sama.

“Punca kejadian suspek marah dengan mangsa, selepas mangsa mempersendakan hidangan masakan biawak yang dihidangkan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek hanya menetak sekali ke arah kepala mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa mendapat kecederaan ringan. Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar. Khoo berkata suspek ditahan 5.30 petang semalam dan polis turut merampas sebilah parang sepanjang 33 sentimeter.

Bernama

5. 705,562 pemohon BR1M yang ditolak bakal terima bayaran minggu depan

Dalam satu laporan, Seramai 705,562 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan atas alasan memiliki lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menerima bayaran masing-masing melalui akaun bank penerima pada minggu hadapan.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ibrahim pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.  Beliau berkata jumlah tersebut merupakan mereka yang pernah menerima BR1M tahun lalu dan telah awal mendaftar dengan SSM.

Bagaimanapun katanya, mereka perlu mengemukakan penyata kewangan atau lampiran pendapatan sebagai syarat untuk menerima baki bantuan tersebut pada Jun depan.

Sumber laporan