Tony Hsieh, CEO Zappos memiliki kekayaan bernilai USD$820 juta selepas menjual syarikatnya kepada Amazon dengan nilaian USD$1.2 billion. Dengan kekayaan sebanyak itu, dia mampu memiliki apa sahaja yang diingini tanpa banyak masalah. Contohnya seperti seorang billionair terkaya India yang telah membina bangunan setinggi 27 tingkat sebagai kediaman keluarganya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun demikian, Tony Hsieh yang turut dikenali sebagai jutawan paling kedekut di kalangan komuniti bisnes telah memutuskan untuk tinggal di dalam trailer ‘Llamapolis’ dengan keluasan 200 kaki persegi di taman tempat letak trailer di Las Vegas yang dimilikinya selepas menjual kondominium pada tahun lepas.

Dia melaburkan USD$350 juta untuk taman seluas 1 ekar dan beberapa buah trailers jenama Airstream di East Fremont Street, Las Vegas. Pelaburan itu juga merangkumi pembangunan semula koridor East Fremont dari Fremont Street Experience hingga Maryland Parkway dan menganjurkan pelbagai acara disitu.

Baca: Belajar Cara Hidup Di Dalam Van Seperti Sebuah Rumah

Dia merancang menjadikan taman itu sebagai satu tapak alternatif untuk menarik perhatian pengaturcara komputer Silicon Valley tinggal di situ buat sementara waktu. Maka, dia menyediakan fasiliti yang menarik bagi taman dan trailer iaitu 2 buat TV, sistem stereo Bluetooth dan wood paneling dan lain-lain. Disitu disediakan juga dapur kongsi di dalam kontena, campfire, skrin projektor untuk tonton filem, dan lain-lain. Ia seolah-olah satu ruang tamu terbuka bagi penyewa-penyewa trailer.

Ini trailer Tony Hsieh yang dinamakan ‘Llamapolis’:

tony1

tony3

tony5

Baca: Perkara-perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Para Jutawan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram