Pelakon terkenal Mat Kilau, Beto Kusyairy berkongsi video melakukan aksi ngeri dengan tubuhnya dibakar bagi telefilem Halimun di akaun Instagram miliknya.

Beto memaklumkan tindakan bahaya untuk telefilem itu merupakan kehendaknya sendiri dan bukan paksaan daripada pasukan penerbitan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut OhBulan, Beto berkata dia ingin membuat aksi ‘human torch’ ini dari dulu lagi dan akhirnya tercapai impiannya untuk berbuat aksi ngeri tersebut dengan bantuan pasukan produksi yang bagus.

Malah, selepas pelakon Nabila Huda memuat naik babak itu di Instagram, dia bergegas menghubungi isterinya, Tisha Sahar untuk memaklumkan dirinya selamat dan jangan risau mengenai aksi tersebut.

Dalam pada itu pelakon Juvana itu juga mengatakan dia mengalami kecederaan ringan semasa melakukan aksi badan terbakar yang mengambil masa 30 saat itu.

“Selepas babak itu, bibir saya melecur sikit. Ini kerana ketika pasukan produksi menyapu jel kebakaran (untuk elak kesan melecur) di muka, saya kemam bibir,” katanya.

Selain itu, Beto menambah bahagian bibirnya tidak disapu dengan rata, jadi bila babak terbakar itu dijalankan, maka bahagian bibir Beto melecur sedikit tetapi tidak begitu serius.

Menerusi ruangan komen di Instagram itu, ramai peminat yang salute dengan tindakan Beto yang berani mati itu serta mengatakan Beto idola mereka sejak dulu lagi dengan lakonan yang ‘mantap’.

Pelakon terkenal lain dalam filem seram terbitan Azura Pictures Sdn Bhd termasuk Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, dan ramai lagi. Selain itu, Halimun akan ditayangkan di platform Astro First mulai 5 November ini.