Sekali lagi Malaysia menempah nama di dalam laman web Lonely Planet untuk katergori 10 kawasan kejiranan paling cool di dunia. Dalam kategori ini, Damansara Heights berada di tangga ke 6 selepas Vesterbro, Copenhage dan Business Bay, Dubai. Disifatkan sebagai tempat tinggal eksklusif dan mewah, serta dilengkapi dengan fasiliti perniagaan yang hebat adalah antara faktor mengapa Damansara Height terpilih.

Tahun lepas, Lonely Planet menyenaraikan Perak sebagai destinasi popular 2017 , dan Ipoh di dalam kategori bandar yang wajib dilawati di Asia. Buat pengetahuan anda, setiap tempat yang tersenarai di dalam carta Lonely Planet merupakan pilihan terbaik di dunia. Pemilihan akan dibuat dengan mempertimbangkan beberapa kriteria seperti kekayaan sejarah sesuatu tempat, perubahan infrastruktur, dan ekonomi negara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam senarai terbaru ini membuktikan bahawa Malaysia kini tidak terkecuali untuk duduk bersama barisan bandar-bandar terkenal di dunia seperti London, New York, Seoul dan Dubai.

damansara heights
Sumber: Pavilion Damansara Heights

10 kawasan kejiranan paling cool di dunia yang di senaraikan Lonely Planet baru-baru ini:

1. Borgo San Frediano, Florence
2. Seongsu-dong, Seoul
3. The Triangle, Lisbon
4. Vesterbro, Copenhagen
5. Business Bay, Dubai
6. Damansara Heights, Kuala Lumpur
7. Sunset Park, New York City
8. Botafogo, Rio de Janeiro
9. Frelard, Seattle
10. Tooting, London

Sumber