Baru-baru ini kami ke Penang. Tuan Adam & Puan Roslina dari Cabai Kering menjemput kami makan di restoran steamboat mereka. Bagai pucuk dicita ulam mendatang!

Terletak di Pusat Perniagaan Setee Aisah, Seberang Jaya, restoran ini menyajikan set hidangan yang ‘too good to be true’  bak kata orang utara. Harga kita sembang kemudian, mari kami ceritakan menunya dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CK Front

Sesuai dengan nama, haruslah menu utama dalam setnya adalah hidangan steamboat dan gril. Didatangkan dengan 2 pilihan kuah, iaitu kuah sup dan tom yam. Rata-rata antara kami setuju tom yamnya agak pedas tapi memang lain macam sedapnya.

BACA: Nyonya Valley, Restoran Peranakan Yang Mungkin Orang Luar Cyberjaya Tidak Pernah Tahu

Pilihan makanan mentahnya memang mewah dan tampak segar. Menarik perhatian kami, adanya udang lipan sebagai pilihan. Jarang sangat nak jumpa jika di restoran steamboat di Kuala Lumpur.

CK RawSteamboat
Lebih 50 jenis makanan sebagai pilihan. – Gambar sumber Facebook Cabai Kering.

Anda perlu layan diri untuk mengambil makanan tersebut dan masukkan ke dalam kuah atau digril di meja anda. Paling kami suka adalah makanan yang diperap, memang sedap bila digril!

CK Steamboat FB
Beginilah bila digril dan dimasukkan ke dalam sup atau tomyam – gambar sumber facebook cabai kering

Lain-lain, rasanya tiada bezanya buat mereka yang sudah biasa dengan restoran steamboat di tempat lain.

Dalam set yang sama, jika anda datang berdua (dewasa), anda layak menikmati hidangan seekor ikan kerapu atau siakap (bergantung pada stok) dimasak pedas, masam manis atau 3 rasa mengikut selera anda. Ianya percuma!

New CK Ikan Siakap
RUPANYA PUN DAH CUKUP MENGANCAM!

Nak lagi? Ada senarai menu ala-carte, iaitu nasi goreng, mee, koay teow dan bihun dengan lebih 20 aneka masakan, juga boleh diorder secara percuma. Kami hanya mencuba salah satu daripadanya iaitu Nasi Goreng Ayam Kunyit. Didatangkan bersama telur mata, ia sememangnya menyelerakan!

CK NasiGorengAyamKunyit
nasi goreng ayam kunyit. licin kami kerjakannya.

Antara signature dish Cabai Kering juga adalah Adam’s Nasi Ayam. Kami secara peribadi kurang berminat dengan nasi ayam yang ayamnya terus diletak kicap dan sos sebegini, tapi bila dirasa, ternyata tidak mengecewakan. Ia juga dimasukkan ke dalam set secara percuma. Ya percuma! Kenapa, tak percaya?

CK NasiAyam
ADAM’s nasi ayam dengan keenakan rasanya yang tersendiri.

BACA: Siapa Sangka Resipi Nasi Ayam Ini Terima 14,000 Share Dalam Suku Hari

Tak cukup dengan itu, jika anda membayar dengan harga set, anda juga boleh memesan dari gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh (RBTM), dan masih lagi percuma! Terdapat 4 pilihan roti bakar iaitu Original Egg, Double Egg, Egg Cheese serta Egg Sosej. Keenakkan RBTM ini telah banyak dipaparkan di dada-dada akhbar seluruh negara. Ambillah peluang untuk merasainya di sini.

CK RBTM
Walaupun perut dah penuh, tetap berjaya habiskan Roti BakaQ Teloq Meleleh Egg Sosej ini.

Cerita percuma ni belum selesai. Sebagai penutup, tersedia 6 perisa ais krim sebagai pemanis mulut. Ya, ianya juga percuma.

CK IceCream
ais krim 6 perisa mengikut pilihan selera masing-masing.

BACA: Dua Jenis Aiskrim yang Patut Anda Makan Di Sangkaya, Cheras

Ok, mari kita recap di sini apa yang diberikan dalam set;

  • Steambot Buffet
  • Seekor Ikan Kerapu atau Siakap (bila makan berdua)
  • Lebih 20 pilihan masakan Nasi Goreng, Mee, Koay Teow dan Bihun
  • Adam’s Nasi Ayam
  • Roti Bakaq Teloq Meleleh
  • Aneka perisa Ais Krim

Berapa harganya? Semuanya hanya RM22.90 (dewasa), RM10.90 (6-11 tahun) dan RM6.90 (3-5 tahun). Memang murah hati pemilik restoran ini.

Beruntunglah warga Pulau Pinang, khususnya penduduk Seberang Jaya, kan?

CK OrgPenang
Mereka yang sudah merasa. Nampak gembira semuanya. – gambar sumber facebook cabai kering

Namun anda sentiasa diingatkan agar tidak membazir dalam memesan makanan. Bahkan anda akan dicaj RM10 bagi setiap 100g yang ditinggalkan. Ini bagi mengelakkan pembaziran. Membazir itukan sahabat syaiton.

Oh, sekiranya anda tidak mahu membayar untuk set, setiap item di atas juga boleh dipesan secara berasingan. Semuanya ada termaktub di dalam menu.

BACA: Kami Makan Di FizoMawar Kitchen Dan Ini 5 Perkara Yang Kami Lalui

Terdapat satu menu istimewa yang tidak disekalikan ke dalam set iaitu Adam’s Char Koay Teow. Dikatakan ada 2 chef yang dikhaskan untuk menggoreng char koay teow ini. Dengan hanya RM5 sepinggan, pelanggan boleh menikmati rasa char koay teow Penang yang sebenar di sini.

CK CKT
Adam’s char koay teow – rm5.00

Air pun ada banyak jenis. Yang disyorkan kepada kami adalah Jus Epal Asam Boi. Memang peh!

NEW CK Air

Cabai Kering dibuka setiap hari sehingga jam 11pm. Cumanya dapur ditutup jam 10pm, oleh itu datanglah awal, dan makanlah selagi pintu kedai tidak dikunci.

Nama Premis : Cabai Kering Steamboat & Grill
Lokasi : No7, Kompleks Wakaf Seetee Aisah, Jalan Seetee Aisah, Seberang Jaya, 13700 Penang (waze)
Layari Laman Facebook.
Waktu Beroperasi : Isnin – Ahad, 12.30pm – 11pm (ala-carte), 1pm-11pm (steamboat).

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram