Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Asri Kelantan di blog beliau CeritaKelantan. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada penulis asal. Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk anda yang ingin travel ke Thailand.

1. Khlong Saen Saep, Bangkok

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

percutian-ke-bangkok-thailand-2

Sejarah Khlong Saen Saep bukanlah sekadar terusan yang digali untuk mengalirkan air di dalam bandar Bangkok dan menjadikan ia tarikan untuk pengembara dan jalan pengangkutan rakyat yang semata-mata menghubungkan sungai Chao Phraya sehingga ke Prachin Buri dan Chachoengsao.

Jauh dari itu, sejarahnya sungguh pedih, menyakitkan dan mengalirkan beribu air mata manusia. Terusan ini dibina oleh ribuan rakyat yang dibawa dari Patani pada tahun 1837.

Siap dibina 3 tahun kemudian, galian terusan ini dilakukan atas arahan King Rama III semasa konflik Siam (Thailand) dan Annam (Vietnam) ke atas tanah Kemboja.

Pembinaannya untuk memudahkan urusan ketenteraan dan senjata dibawa ke sana. Jangan ketinggalan untuk meneroka terusan ini dengan perkhidmatan bot yang ada.

2. Sungai Chao Phraya

percutian-ke-bangkok-thailand-3

Menikmati Sungai Chao Phraya pada waktu malam sungguh mengasyikkan, begitu romantik.

Lagi romantik bila menikmati cahaya matahari pada waktu petang sehingga ke malam dengan lampu-lampu wat yang terpasang, asyik! Sudah menonton Sunset at Chao Phraya? Oh romantik!

3. Democracy Monument

percutian-ke-bangkok-thailand-4

Awal disember, ketika penulis berkunjung ke Bangkok, jalan sekitar Democracy Monument sungguh meriah dengan lampu-lampu yang dipasang sebagai persembahan untuk Raja sempena kelahiran beliau.

Kali ini program yang dianjurkan adalah ‘Bike for Dad’, dari sebesar-besar lorong jalan raya sehingga ke sekecil lorong promosi Bike for Dad begitu mendapat sambutan dengan jualan barangan promosi seperti baju dan segala barang lagi dengan logo Bike for Dad.

Democracy monument begitu dekat dengan Khaosan Road, kerana itu pada waktu malam kawasan ini hidup dengan ramai orang.

Baca:Itinerari Bajet Untuk Trip 4 Hari 3 Malam Ke Koh Lipe, Thailand

4. Victory Monument

percutian-ke-bangkok-thailand-5

Sebagai memperingati kemenangan Thailand dalam Perang Perancis-Thai, monumen ini telah didirikan sekitar Jun 1941.

Thailand merampas kembali beberapa wilayah di barat dan utara Kemboja dan selatan Laos yang ketika itu dijajah Perancis di Indo-China.

Sebelumnya, wilayah ini milik kerajaan Siam yang diserahkan kepada Perancis pada tahun 1893 dan 1904. Bercakap soal hak pemilikan yang ‘sebelum-sebelum’, tanah ini juga sebenarnnya bukanlah milik Siam.

Namun apabila politik menjadi pandangan terhadap sejarah, maka Siam mempunyai hak keatas kawasan tersebut. Begitu simplistik politik menguasai sejarah.

Cara ke Victory Monument

Mudah sahaja untuk sampai di Victory Monument, dari Hua lamphong MRT Station berhenti di stesen MRT Sukhumvit dan buat pertukaran dengan menaiki BTS di Asok yang bersebelahan dan terus menghala ke BTS Victory Monument.

Sistem MRT dan BTS dikendali oleh dua syarikat berbeza, jadi jika sekadar buat trip pendek ke Bangkok, tidak perlulah menggunakan kad kerana MRT sediakan satu kad khusus dan BTS juga satu kad khusus.

Bukan seperti di Malaysia, mana-mana kad touch n go boleh sahaja digunakan pada LRT atau Komuter dan lain-lain perkhidmatan.

5. Lopburi

percutian-ke-bangkok-thailand-6

Sebut sahaja Lopburi, kita akan terpesona dengan bunga-bunga matahari. Bukan sekuntum dua, tapi bejuta.

Ladangnya seluas mata memandang (lebih luas dari sawah-sawah padi yang ada di Kedah).

Selain tarikan bunga matahari, di sini kita boleh berkunjung ke kawasan istana lama (mirip Ayutthaya) yang sudah dijadikan muzium, menikmati bot melalui sungai, meyaksikan gelagat monyet yang banyak di sesetengah tempat dan melalui lorong-lorong kecil yang tidak jauh dari stesen keretapi.

Tidak rugi untuk berkunjung ke sini dengan tiket keretapi dari Bangkok hanya 50 Thai Bath.

Oleh sebab laluan keretapi untuk ke sini menghala ke utara (Chiang Mai) kita boleh merancang untuk berhenti seketika di Lopburi, kemudian barulah terus menyambung perjalanan ke Chiang Mai.

Atau kita boleh merancang dan membuat pilihan untuk berhenti di Ayutthaya atau Lopburi terlebih dahulu atau berhenti di kedua-duanya, Ayutthaya, kemudian Lopburi, dari Lopburi terus ambil keretapi ke Chiang Mai pada pukul 10 malam.

Dengan perancangan yang baik, kita boleh mengembara lebih dari satu tempat yang jauh-jauh jaraknya dalam masa sehari. Jimat wang dan masa!

Lopburi ada sejarahnya juga, semasa kerajaan Ayutthaya dibangunkan pada abad ke-14, Lopburi adalah kubu kuat pemerintah Ayutthaya.

Ia kemudiannya menjadi ibu kota kerajaan Ayutthaya semasa pemerintahan Raja Narai pada pertengahan abad ke-17 dan raja tinggal di sana kira-kira selama setahun lapan bulan. Tidak hairan, Lopburi dipenuhi tinggalan istana lama yang megah.

Baca: Gadis Ini Berkongsi Itinerari Lengkap Travel Dengan Keretapi Dari Malaysia Ke Chiang Mai

6. Kanchanaburi

percutian-ke-bangkok-thailand-7

Tiada apa yang harus dikesali Jepun hari ini akan perbuatan orang-orang tua mereka dahulu yang membuat ramai jiwa-jiwa tidak berdosa mati semata-mata rakus politik kuasa.

Jepun yang hari ini bukanlah Jepun yang dahulu. Pun begitu iktibar besar harus diambil oleh mana-mana negara yang mengamalkan politik kuasa (walaupun sememangnya yang menyertai parti politik sudah tentu sahaja memasukkan kakinya ke dalam kotak kekuasaan).

Iktibarnya mudah sahaja, jangan ulangi lagi peperangan, tapi tanpa iktibar dan amalan politik kuasa, walaupun dengan kemunculan teknologi canggih, sebenarnnya teknologi tidak menyelesaikan masalah.

Tanah syria masih menjadi mangsa peperangan.

Ramai pengunjung singgah di sini untuk menikmati keajaiban air terjun 7 tingkat, melihat jambatan yang masih digunakan sehingga kini untuk laluan keretapi di sungai Kwai.

Setakat pengalaman penulis, 2 check point jambatan yang dibina di atas sungai Kwai. Satunya di stesen Kwai Bridge (jambatan dibina menggunakan besi-moden) dan satu lagi di Tam Krasae (jambatan dibuat dari kayu).

Jarak dari stesen Kwai Bridge ke Tam Krasae mengambil masa 1 jam 20 minit manakala dari Bangkok (Stesen Thon buri) untuk sampai di Kanchanaburi mengambil masa selama 2 jam 40 minit.

7. Bas Kelas Bawah: 6.5 Thai Bath

percutian-ke-bangkok-thailand-8

Menaiki bas, bagi sesetengah orang yang ke luar negara bukanlah sesuatu yang membanggakan dan bukanlah sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada umum.

Kota pesat Bangkok sehingga sekarang masih mengekalkan perkhidmatan bas ini. Rakyat Thailand yang hidup di Bangkok mempunyai kuasa pasaran untuk memilih perkhidmatan awam yang lebih murah.

Bayaran setiap kali menaiki bas ini hanyalah 6.5 Bath (6.5 Sen). Sebagai pengembara, pengangkutan ini sungguh menjimatkan walaupun untuk sampai ke satu-satu destinasi mengambil masa yang agak lama.

Tetapi bukankah pengalaman yang tidak boleh dijual beli? Hanya orang yang menaikinya sahaja akan merasainya.

8. Stesen Keretapi Sungai Golok

percutian-ke-bangkok-thailand-9

Sungai Golok terpatri sejarahnya. Za’ba dalam menulis pengalaman pengembaraannya begitu cermat sekali.

Melalui Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan, beliau mencatatkan keretapi dari Thailand melalui Sungai Golok dan berhenti di stesen terakhir di Rantau Panjang.

Catatan tersebut asalnya diterbitkan dalam keluaran Majalah Guru pada tahun 1928 hingga tahun 1929, yang kemudia barulah dibukukan. Za’ba menyentuh tentang sosial, pendidikan dan ekonomi hasil dari pemerhatian beliau dari pengalaman pengebaraan beliau, disertai dengan komen dan kritikan sosial.

Malah Nippan (penulis Thailand), melalui karyanya Butterfly and Flowers yang diterbitkan pada 1977, memaparkan kehidupan masyarakat Selatan Thailand dengan kehidupan penyeludupan beras yang begitu memeritkan untuk mencari rezeki.

Walaupun secara halus Nippan tidak secara jelas menonjolkan di manakah kawasan sempadanan yang dilatarkan, namun kita tahu, di sempadanan Sungai Golok, kerja ini wujud.

Kos Dan Itinerari Ringkas

  1. Mengembara ke Bangkok, Lopburi, Kancahanaburi selama 3 malam ditambah dengan 2 malam di atas keretapi boleh dilakukan dengan kos hanya 3999.50 Thai Bath (RM477.46).
  2. Bermula dari Sungai Golok menaiki keretapi (Rapid 172, kelas 2) ke Bangkok – 917 Thai Bath
  3. Menginap di Everyday Bangkok Hostel selama tiga malam – 870 Thai Bath
  4. Naik bot di Khlong Saen Saep dari Pratunam ke Ramkhamhaeng – 16 Thai Bath
  5. Dari Hua Lamphong railway station ke Lopburi (pergi balik) – 100 Thai Bath
  6. Naik teksi ke ladang bunga matahari – 350 Thai Bath
  7. Thon Buri railway station ke Kanchanaburi/ Kwai Bridge (pergi balik) – 200 Thai Bath
  8. Bangkok – Sungai Golok-917 B, kos pengangkutan awam (MRT, BTS, Bas) – 315.50 Thai Bath
  9. Kos makan minum 314 Thai Bath

Baca lagi: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka