Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, sebut saja nama pelakon Daiyan Trisha sememangnya menarik perhatian orang ramai kerana penampilannya yang cantik dan fashionable’.

Ramai wanita di Malaysia menganggap Daiyan sebagai idola atau ikon mereka, bukan sahaja kerana kecantikannya tetapi juga kepandaiannya. Bak kata orang, ‘beauty with brain’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, baru-baru ini nama Daiyan menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi foto di Instagram miliknya yang dikatakan mencolok mata netizen dengan pakaiannya yang ‘sexy’.

Menerusi foto yang dimuat naik itu, pelakon yang berusia 28 tahun tersebut memakai pakaian berwarna krim yang jelas menampakkan susuk tubuhnya sehingga ada netizen yang mengecamnya.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mempersoalkan matlamat Daiyan ke tanah suci Mekah menunaikan umrah sekiranya masih berpakaian sebegitu. Sementara itu, kebanyakkan netizen turut memuji kecantikkannya yang tidak pernah jemu untuk dilihat setiap hari.

Sumber: Instagram @daiyantrisha
Sumber: instagram @daiyantrisha
Sumber: instagram @daiyantrisha

Terdahulu, Daiyan turut menarik perhatian orang ramai kerana didakwa melakukan pembedahan hidung untuk menjadikannya kelihatan lebih mancung.