Sememangnya tahun yang sukar buat Facebook. Awal tahun ini orang ramai dikejutkan dengan kerjasama Facebook bersama Cambridge Analytica sekaligus gerakan #DeleteFacebook dijalankan. Seterusnya saham Facebook terus jatuh dimana pelabur Facebook mahu Mark Zuckerberg dipecat.

Melalui laporan terbaru Facebook, sebanyak 50 juta akaun Facebook telah menjadi mangsa penggodam dari Taiwan baru-baru ini. Berita ini sekaligus membuatkan saham Facebook jatuh 3% berikutan kurangnya kepercayaan pelabur terhadap platform media sosial ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

facebook-fell-13-percent-this-week-to-below-160-the-stocks-worst-week-since-july-2012-1200×628

Selain itu, pihak penggodam turut mengatakan mereka mampu untuk membuang page Facebook Mark Zuckerberg. Walaubagaimanapun, mereka tidak meneruskannya bagi mendapat ganjaran yang lumayan daripada Facebook berikutan pemberitahuan bug laman media sosial tersebut. Setakat ini, pihak Facebook masih belum mengenal pasti apakah data yang berjaya diperoleh oleh pihak penggodam.

Buat anda yang mahu menggelakkan atau mengurangkan risiko daripada digodam, adalah lebih baik untuk anda menukar password anda secara berkala untuk mengelakkan daripada jadi mangsa penggodam.