Beberapa hari lepas seorang netizen bernama Amar Arif telah memuat naik dan berkongsi lokasi percutian singkat beliau di Pulau Pinang. Melihatkan gambar-gambar menarik yang telah dikongsikan, saya lantas terus menghubungi pemuda ini di akaun Facebook beliau.

Kunjungan Amar ke Bao Sheng Durian Farm adalah untuk short escape and getaway selama 1 malam sahaja. Namun begitu melihat kepada gambar yang beliau kongsikan, ia memang berbaloi untuk dikunjungi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seriously cun. Rasa macam kat Bali pula, haha. Bilik sangat luas. Balkoni di bahagian kiri dan kanan bilik. View memang terbaik – lereng bukit, mengadap laut dan hutan.

Menurut Amar juga, bilik-bilik di sini turut dihubungkan dengan kolam peribadi (private swimming pool). Berikut antara info lain yang turut dikongsikan oleh Amar kepada saya:

Lokasi

Terletak di Teluk Bahang. Alamat: 150 Mk2 Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Pulau Pinang. +60 12-411 0600

Harga bilik

Terdapat 3 jenis bilik dan harga bermula dari RM180 untuk 1 bilik. Bilik yang disewa oleh Amar berharga RM360 tetapi beliau dapat pada harga lebih murah melalui Agoda.com.

Bilik-bilik yang berharga mulai RM180 berkonsep seperti dorm tetapi dibahagikan ruang dan di setiap ruang disediakan 2 tilam single. Bilik air pula adalah berkongsi.

Walaupun begitu setiap bilik dibahagikan dengan dinding cermin dan pintu sliding, sama seperti bilik dengan harga yang lebih mahal.  Konsep begini memberi kemudahan kepada anda untuk menikmati view di sini termasuk sewaktu sedang baring dan berehat.

Bagi bilik jenis kedua yang berharga RM280 pula, ia masih mengekalkan konsep yang sama iaitu dinding cermin, pintu sliding, dan kolam renang peribadi di sebelah bilik. Saiz kolam renang agak kecil sedikit berbanding bilik jenis ke 3.

Bilik jenis ke 3 adalah paling mahal, berharga RM360 satu malam. Amar berjaya mendapatkan harga lebih murah iaitu RM304 untuk 2 orang sebilik, dengan membuat tempahan di Agoda.com. Bilik sangat luas, dekorasi bilik juga menarik dan saiz kolam peribadi yang lebih besar.

Semasa nak tidur saya buka semua langsir dan memang sangat-sangat berbeza perasaannya berbanding tidur di hotel atau resort-resort lain yang saya pernah kunjungi sebelum ini. Mungkin kerana saya dapat lihat pemandangan malam dari lereng bukit, bunyi-bunyi unggas dan cengkerik dan angin sepoi bahasa yang bertiup – Amar.

Untuk makluman semua bilik di sini mengadap laut tetapi kelihatan agak jauh disebabkan kedudukannya di lereng bukit. Selain daripada itu, anda akan turut dihidangkan dengan pemandangan hutan.

Baca: 12 Villa Di Malaysia Dengan Kolam Renang Persendirian Ideal Untuk Percutian Romantis

Makanan

Pakej yang diambil oleh Amar hanya menyediakan sarapan. Biasanya pakej penuh termasuk makan tengahari, makan malam dan makan durian hanya disediakan pada musim durian. Ini kerana hotel ini terletak di dalam kebun durian. Jadi jika anda ke sini di luar musim durian, anda perlu memandu keluar dari kawasan hotel atau bawa bekal makanan yang ringkas.

Tapi apa salahnya pandu keluar pun kan? Pulau Pinang memang ada banyak lokasi untuk diterjah bagi ‘acara jalan-jalan cari makan’.

Info tambahan

1. Lokasi hotel ini kira-kira 8km daripada ESCAPE. Jadi jika anda bercadang mahu ke ESCAPE, kenapa tidak menginap di sini saja.

2. Lokasi menarik lain yang terletak tidak jauh dari hotel ini adalah Empangan Teluk Bahang, Taman Ethiopia (dulu namanya Taman Rama-Rama), Taman Rimba Teluk Bahang dan Tropical Fruit Farm.

3. Hotel ini juga sesuai untuk percutian keluarga. Namun begitu disebabkan kedudukan kolam renang yang hanya bersebelahan dengan bilik, maka agak berbahaya bagi kanak-kanak kecil. Hotel juga telah meletakkan syarat hanya kanak-kanak di atas umur 12 tahun sahaja dibenarkan menginap di sini. Tapi jika anda ada anak kecil, masih boleh rujuk dan bertanya kepada hotel untuk ‘special request’. Yang penting anda awasi anak anda dan tidak mudah leka.

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari. Jika anda masih tidak pasti mahu bawa anak-anak ke mana, kenapa tidak ke Bao Sheng Durian Farm saja. Anak gembira, anda juga boleh berehat dengan tenang.

Baca: 7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai