Umrah dan ziarah kami pada 8 Febuari 2017 – 22 Febuari 2017.

Bismillahirahmanirahim, Alhamdullilah, dapat juga Nora kumpulkan beberapa tips untuk bawa anak kecil ke Tanah Suci. Ramai yang mesej Nora, tapi Nora baru ada kesempatan untuk kumpulkan semua. Perkongsian ini daripada pihak Nora, moga yang membaca dapat kebaikkan daripada apa yang Nora kongsikan.

Yang paling penting sekali sebelum dan sewaktu Umrah adalah niat. Niat niat dan niat. Sentiasa niat yang baik-baik sahaja. Sebab Allah tu maha mendengar. InsyaAllah kalau niat semuanya dipermudahkan, Allah tu akan permudahkan semuanya.

Lagi pun kita nak melakukan perkara baik. InsyaAllah akan dipermudakan. Be positif. Jangan langsung terniat bawak anak ni leceh, dan penyebab susah nak lakukan umrah. Always always positif. Kuasa doa dan niat jangan dipertikaikan.

Aulia pergi umrah masa umur dia 1 tahun 3 bulan. 2 hari sebelum kami berangkat Aulia dimasukkan ke hospital sebab batuk. Jadi memang dia agak meragam sikit. Kalau orang besar mengalami jetlag, apatah lagi kanak-kanak. Jangan paksa mereka. Follow the flow.

Perbezaan masa lebih kurang 5 jam. Ada yang dapat sesuaikan diri awal, ada yang tak. Biasa dalam 3 ke 4 hari. Untuk Aulia, dia perlukan dalam 4 hari untuk sesuaikan diri dengan perbezaan waktu di sana.

Alhamdullilah, sepanjang di sana Nora dan keluarga sihat walafiat, cuma bila dah balik sini tak berapat sihat. Penat dan sedikit selsema. Dah 2 minggu masih on-off. Dan sekarang Nora kena demam campak.

Mudah-mudahan dengan catatan ini dapat membantu ibubaoa yang teragak-agak sama ada nak bawa atau tidak anak mereka ke Tanah Suci. Secara peribadi bagi saya, sila bawa anak anda dan enjoy pengalaman sepanjang di sana.

Persediaan bila bawa anak kecil tunaikan umrah.

Sediakan mainan untuk Aulia Tapi disebabkan Aulia tak berapa sihat, mainan yang dah disediakan awal-awal tak guna sangat. Aulia tidur di sepanjang penerbangan dari KL ke Madinah. Bangun untuk makan dan susu je. Sebab mungkin badan dia pun masih penat lagi.

Berapa banyak mainan nak bawa?
Kita anggarkan sejam untuk satu mainan. Jadi bawa dalam 7 ke 8 mainan. Pastikan keluarkan satu-satu. Jadi kalau dia bosan boleh keluarkan mainan lain. Kalau boleh jangan tunjuk dulu mainan tu sebelum naik kapalterbang supaya dorang teruja nak main dengan mainan.

Contoh mainan yang boleh di bawa – sticker, berus atau sikat, Barbies, Hotwheels, buah-buah yang boleh potong tu. Anything that your baby love to play. You know your baby well. So just get whatever suit their preferences.

Gambar ni waktu kami tiba di Madinah jam 8 malam.

Kami naik Saudi Airlines. Quite Spacious. Yang bawa bayi boleh minta duduk di tempat yang ada bassinet (bakul bayi).

Sepanjang perjalana kami ke Madinah, Aulia tidur beriba saja. Tak guna bassinet sebab dia tak sihat. Jadi dia nak berdukung dengan Mami je. Tapi jangan risau, ruang di dalam Saudi Air memang luas, tandas pun besar jadi nak bawak anak pusing-pusing berjalan didalam kapalterbang tu Insha Allah senang. Tambahan pula FA Saudi Air ni semua Insha Allah baik dan sangat suka membantu.

Kami sampai di Madinah pukul 8pm. Imigresen di sana juga sangat ramah dan mudah.  Lagi senang di Madinah berbanding di Jeddah. Tak ada masalah waktu sampai.

Sampai je di Madinah, kami terus check in hotel dan terus rehat sebab waktu tu dah lepas Maghrib dan Isyak. Masa ambil gambar ni kami turun ke bawah beli jus dan roti, semuanya ada keju fuh sedapnya.

Pada asalnya kami nak bawa stroller ke sana, tapi di saat akhir tak jadi bawa sebab Aulia memang tak nak didukung sesiapa selain Nora. Siap dah beli Pockit Plus! Untuk yang nak bawa stroller, tak ada masalah tapi tak digalakkan sangat sebab di dalam masjid tak boleh bawa stroller. But really it depends on you.

Untuk ziarah boleh je bawa stroller tapi jika anda ada bayi yang meragam kerana sedang kurang sihat dan hanya mahu dengan ibunya seperti yang saya alami, lupakan. Hahah. Pilihan lain, boleh beli stroller di Madinah. Stroller biasa-biasa saja harganya dalam 100 – 200 Riyal. Nanti nak balik boleh sedekah stroller tu.

Dicadangkan bawah carrier seperti contoh yang Nora bawa – Babasling. Untuk bayi yang dah boleh berjalan, boleh bawa harnest sekali, sebab risau kalau bayi hilang waktu kita tak sedar.

RAUDHAH

Pada asalnya, tak rancang langsung nak masuk Raudhah di hari pertama tapi Alhamdullilah, ada rezeki untuk masuk ke dalam Raudhah. Waktu tu Aulia tengah main-main di sekitar kawasan air zam-zam di perkarangan Raudhah. Kemudian tak lama tu, ustazah panggil ajak masuk Raudhah. Masa tu rasa speechless sangat-sangat sebab  Nora tak sedia dan Aulia pula cranky sikit.

Masa nak masuk tu, mudah sangat-sangat. Kuasa Allah S.W.T. Nora terus masuk dengan Ustazah tanpa tunggu giliran Malaysia. Guard terus bagi masuk. Mungkin sebab dia nampak kita bawa anak. Tak rasa langsung kena tolak atau berhimpit. Mashallah nak nangis rasa.

Perasaan bila nampak karpet hijau tu, sangat speechless. Nampak je karpet hijau tu, terus pass Aulia kepada ustazah. Kebetulan Aulia tak banyak ragam walhal sebelum tu dia meragam. Nora terus solat doa nangis-nangis. Sampai lepas solat rasa sangat speechless sebab tak sangka dapat masuk.

Terus Nora terfikir sebenarnya Aulia yang mudahkan Nora untuk masuk ke Raudhah. Anak kita buka rezeki kita. Jadi seperti yang saya katakan sebelum ni, jangan fikir susah bila bawa anak sebab sebenarnya anak ini yang menyenangkan semua.

Pagar putih tu memisahkan antara lelaki dan perempuan. Ini kali ke 2 Nora dapat masuk Raudhah.

TIPS
Pakai jubah hitam, telekung atau tudung hitam, atau niqab. Senang nak masuk ke mana-mana sebab guard dorang akan fikir kita orang Arab jugak. Hihi. Gambar ni lepas kami semua dapat masuk Raudhah.

Di Madinah, sangat mesra kanak-kanak, sangat tenang dan tak risau sangat. Nak berkelah dalam perkarangan masjid pun boleh. Kalau yang nak solat di Masjid tu, cari ruang yang bertulis Women with Children, masuk InsyaAllah lebih mudah.

Takpun kalau Nora, Nora cari tempat yang ada tiang atau rak kasut, sebab yang ini senang nak monitor bayi yang nak merangkak ke, berjalan ke sebab ruang terhad untuk dorang bergerak.

Bagi Nora, Madinah ni sangat tenang dan tak sibuk. Lain keadaannya di Mekah. Mungkin sebab makam dan jasad Nabi Muhammad S.A.W ada di Madinah memang lain sangat ketenangan Madinah tu. Setenang Nabi Muhammad S.A.W.

TIPS!
Memandangkan Aulia tak berapa sihat sebelum ke Madinah, Nora tak mandikan dia selama 2 hari. Cuma lap-lap je bagi dia betul-betul sihat, kemudian baru Nora mandikan dia dengan air suam.

Waktu Nora pergi Umrah bulan Februari cuaca di sana sejuk. Suhu boleh jatuh sampai 9 darjah Celcius jadi kena bersedia takut kena demam dan selsema. Tolong bersedia dengan ubat sendiri daripada Malaysia ye. Lebih berbaloi. Ubat di sana mahal banyak hahaha. Bawa ubat-ubatan biasa macam ubat demam, ubat masuk bontot, cold fever, lotions dll.

Di Masjid Quba. Ye, memang Nora dukung Aulia sepanjang masa. Jenis yang kalau letak bawah pun tak nak. Hahaha. Tapi tak apa. Nora cuma fikir ini dugaan untuk Nora semasa di sana je hehehe. Fikir positive je.

Di Jabal Hud.

Jabal Hud. Ni Nora tak naik sampai atas tu hahaha.

Memang sangat tenang di Madinah. Masa ni Nora solat di masjid tanpa Aulia. Biasanya Nora akan tukar bergilir dengan adik beradik Nora jaga Aulia sebab keadaan dia masa tu masih selsema dan batuk. Nora nak pastikan Aulia dan sihat sebelum kami berangkat ke Mekah.

Jika korang datang dengan keluarga boleh je bergilir jaga bayi sebab ada masa kita nak solat dengan khusyuk sikit kan. Insha Allah, kerjasama antara ahli keluarga banyak menolong senangkan perjalanan kita di sana.

Masa ni Aulia dah sihat sikit yay! Baru lepas melawat Muzium Nabi.
Tips di Madinah. Di Madinah ni la korang boleh shopping semua barang. Jubah, kurma, tasbih semua sebab harga lagi murah di Madinah daripada di Mekah. Jubah yang dijual di Madinah juga lebih cantik daripada di Mekah. Hihihi.

Ziarah Bukit Magnet. Nora pergi sini dengan kawan yang menetap di Madinah. Tapi rasanya boleh je minta dengan travel agency kalau nak datang sini. Di Bukit Magnet ni kereta bergerak sendiri dalam mode gear bebas. Masha Allah, keajaiban Allah S.W.T.

Ni depan pintu 25. Pintu yang selalu Nora masuk. Waktu di Madinah, Nora menginap di Holiday Villa, dan Holiday Villa ni dekat dengan pintu 25 iaitu berdekatan dengan tempat solat perempuan dan Raudhah.

Di pintu 25 ni juga ada butik Next, Mothercare, H&M. Mashallah. Hahaha. Semoga korang tak tergoda dengan godaan tu ye. Hahahahaha.

OK INI PENTING!

Ibu-ibu yang menyusukan anak, tolong sangat. Never underestimate your period. Lagi-lagi yang memang tak pernah datang period, atau sesekali tu. Di sana, apa saja boleh terjadi. Jangan terlebih yakin macam Nora. Hahaha.

So ambil saja ubat tahan period. Ini Nora beli masa di Madinah sebab ada sikit spotting masa sana. Masa tu Nora period sikit-sikit. Macam ada, macam tak ada. Jadi bila tengok clear je, terus mandi wajib dan solat. Nora ulang setiap kali macam ada keluar period dan bila rasa clear.

Karpet yang membezakan Raudhah. Masha Allah. Boleh terbau lagi wangi di Raudhah.

Hari ke 6 di Madinah. Kami menetap di Madinah selama 6 hari 5 malam. Masa ni sebelum kami berangkat ke Mekah untuk membuat Umrah. Perjalanan daripada Madinah ke Mekah lebih kurang 5 ke 6 jam menaiki bas. Jalan sedikit bergegar. Sewaktu dalam ihram, jaga pantang larang. Ibu-ibu yang menyusukan bayi, boleh menyusukan bila bayi memerlukan.

Kami sampai di Mekah jam 9 malam. Kami menginap di Swissotel Mekah. 150m saja daripada masjid. Waktu sampai, Nora masih dalam ihram. Kami check in hotel, masuk bilik sekejap, tukarkan pampers Aulia, kemudian turun ke bawah semula. Pastikan tukar pampers anak supaya bebas daripada najis.

Nora pakai Baba Sling waktu lakukan Tawaf dan Saie. Memandangkan Aulia memang tak nak dengan orang lain, Nora dukung Aulia guna Baba Sling sehingga selesai Tawaf dan Saie.

Nora selesaikan umrah dalam sejam setengah. Penat? Hahahahaha. Penat tapi berbaloi. Macam tak percaya juga dah selesai umrah sambil dukung Aulia. Perasaan masa saie tu macam Siti Hajar dukung Nabi Ismail sambil ulang alik antara Safa dan Marwah. Hahaha. Tapi Mashallah, amazing feeling.

Ni selepas kami selesaikan Umrah pertama kami. Selesai mengerjakan Umrah pertama lebih kurang 10.45pm. Di Madinah dan Mekah ni, SENTIASA niat. Niat dan niat, agar semuanya dipermudahkan. InsyaAllah, dipermudahkan walaupun bagi kita macam mustahil.

Nora berada di Mekah selama 7 hari. Nora bertukar giliran dengan Arin dan keluarga bawaa Aulia solat di masjid. Takpun, Nora bawa masa solat Zohor atau Asar sebab masa ni kurang sikit orang. Mekah tak macam Madinah. Mekah lebih sibuk dan sentiasa penuh.

Dalam Menara Jam. Semua ada di sini. Butik Next pun ada, Mothercare pun ada. Adui pening. Hahahaha.

Ibu-ibu semoga tabah ye. Hahaha. Tapi harganya mahal. Baik beli dalam website. Eh.

Dari Malaysia dah tunjuk dan ajar Aulia sebut Kaabah bila tengok gambar atau dalam TV. Di Mekah setiap dia tengok tingkap, mesti dia cakap “Bah! Bah! Bah!” Alhamdullilah. Semoga Nur Aulia Inessa jadi anak yang solehah.

Dulu datang sini masa tingakatan 2. Masa tu doa moga-moga dapat couple dengan ‘Ahmad Dhani’ sebelah ni. Gatai kan? Kecil-kecil dah gatai. Hahaha. Kali ni datang bersama dan dah jadi isteri dia dan ibu kepada anak dia. Alhamdulillah, Allah S.WT is truly amazing. Maha mendengar dan Maha Mengetahui.

Hujan gerimis di Mekah. Cuaca waktu ni makin sejuk.

Biasanya Nora dan Arin akan buat tawaf sunat lepas pukul 9PM. Masa tu kurang orang sikit. Aulia, Nora akan minta keluarga jaga and kami akan buat tawaf sunat. Tawaf sunat ni bersamaan dengan SATU UMRAH kita kerjakan.

Jumpa dengan kawan di Mekah. Selalunya Nora tak ke masjid masa solat Maghrib dan Isyak sebab pukul 7-8PM Aulia dah tidur. Masa tidur dia Nora tak kacau takut dia lagi meragam.

Ziarah LADANG UNTA. Dan kami juga bersedia untuk buat umrah ke 3. Masa ni ambil miqat di Masjid Hudaibiyah.

Umrah ke 3. Nora dan Arin cuba naik skuter. Skuter ni dapat membantu orang tua, orang kurang upaya, wanita hamil, keluarga yang bawa anak kecil, dan orang yang ada masalah lutut. Sihat Walafiat, tak payah mengada ok?

Tempat nak naik skuter ni dekat dengan tempat saie. Naik tingkat Mezzanine nanti korang akan jumpa papan tanda. Dan skuter ni ada 2 jenis, untuk seorang atau berdua. Harga untuk skuter ni SR50 untuk tawaf sahaja, dan SR100 untuk tawaf dan saie. Umrah ketiga ni habis dalam masa sejam.

Sebenarnya naik skuter ni sama je masa dia dengan tawaf biasa sebab pusingan tingkat atas ni lagi besar. Cuma tak penat sangat je lah. Hehe.

Selesai pusingan akhir saie.

Kalau tak cuba aiskrim di sana tak sah. WAJIB!

Ok masa ni bawak Aulia tawaf sunat. Time ni dia dah nak orang Alhamdulillah. Kalau tak dengan dedi dia pun dia taknak. Hahaha. Time ni tak ramai orang Alhamdulillah.TIPSIf nak buat umrah or tawaf sunat, buat lepas subuh. Dalam pukul 8-9 am. Time ni kurang orang, dan cepat je settle buat umrah. Mungkin orang Arab time ni tido lepas Subuh haha.

Nai-post ni Noor Inora Putri Noorzainy noong Sabado, Marso 11, 2017

 

Ok masa ni bawa Aulia tawaf sunat. Masa ni dia dah nak dengan orang lain. Alhamdulillah. Kalau tak dengan ayah dia pun dia tak nak. Hahaha.Masa ni tak ramai orang Alhamdulillah.

TIPS
Jika nak buat umrah atau tawaf sunat, buat selepas subuh. Dalam pukul 8-9 am. Masa ni kurang orang, dan cepat saja selesai buat umrah. Mungkin orang Arab masa ni tidur lepas Subuh haha.

Baca: 15 Tip Umrah Dan Ziarah Di Mekah Dengan Anak Kecil

Suasana yang sentiasa dirindukan. Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada 3 perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” – (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah”.(Riwayat Abu Daud).

Sehari sebelum pulang ke Malaysia.

Nora dan Arin dapat cium kiswah sekali. Waktu tu dalam pukul 9 pagi. Masa terbaik nak pergi ialah selepas subuh. Ramai yang lepas subuh keluar ziarah dan berehat. Sebelum tu, waktu solat subuh, Nora doa moga-moga dapat pegang Kiswah masa tawaf sunat, dan Alhamdullilah, Allah SWT makbulkan. Terasa kerdil sangat diri ni waktu depan Kaabah.

Kalau nak buat umrah pun, lebih baik pagi selepas subuh, sarapan kemudian terus buat umrah. Alhamdulilah dapat selesaikan cepat. Mulai pukul 10 pagi ke atas orang dah mula tawaf dan lagi ramai.

Wangi sangat-sangat bau Kiswah ni.

Rukun Yamani.

Ni dah di Jeddah. Masjid Terapung. Bersedia nak naik kapalterbang pulang ke Malaysia.

Alhamdullilah dapat buat 3 kali Umrah sepanjang di Mekah. Tawaf sunat lebih kurang 3 kali juga. Rasa bersyukur sangat dapat buat Umrah dengan keluarga. Perjalanan balik dari Mekah ke Jeddah mengambil masa 2 jam mengunakan bas.

Penerbangan balik ke Malaysia, malam pukul 10.30pm. Sepanjang penerbangan balik pun Aulia tak meragam. Dia tengok movie, main, lepas tu tidur sampailah kami tiba di KLIA dalam pukul 12PM. Alhamdulillah.

Alhamdulillah pengalaman bawa anak ni seronok sebenarnya walaupun rasa mencabar sikit. Terutama kalau anak kita sihat dan fit, lagi best. Tapi kami ambil ini sebagai dugaan di sana di sepanjang masa Aulia tak sihat. Dalam erti kata lain semuanya banyak dipermudahkan.

Alhamdulillah, Allah senangkan perjalanan kami di sana. Jangan takut nak bawa anak ke Tanah Suci. Anak ni rezeki. Inshallah macam-macam rezeki Allah akan buka di sana. Doa, niat dan tawakal. Inshallah.

Baca lagi: Tip Lengkap Bagaimana Kami Mengerjakan Umrah Dengan Anak Kecil

Artikel di atas disumbangkan oleh Noor Inora Putri. Boleh ikuti beliau di sini.
0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤