Lain orang lain gaya travelnya. Ada yang gemar travel dalam 2 ke 3 minggu. Ada yang gemar mengembara sehingga berbulan-bulan di satu-satu lokasi.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Bagi Mazlan Zonan atau lebih mesra dengan panggilan Buyong di kalangan rakan-rakan, beliau lebih gemar berkelana dalam tempoh yang lama di lokasi yang dituju.

Merupakan anak bongsu daripada 4 beradik, berusia 28 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senireka Fesyen, Mazlan yang berasal dari Johor ini gemar mencuba perkara baru dan bergaul dengan penduduk tempatan di negara asing.

Faktor ini menjadi pendorong beliau berhenti kerja dan menjadi full time traveller sejak Disember 2013.

mazlan-15

Tekad berhenti kerja

Menurut Mazlan, tekanan kerja membuatkan beliau mengambil keputusan nekad menjual semua harta yang ada kepada adik-beradik dan kawan-kawan untuk mengelakkan komitmen.

Saya jual kereta, motor, rumah, dan mula travel di dalam dan ke luar negara sampai duit simpanan hampir habis. Pada akhir October 2014 saya terus keluar tinggalkan Malaysia dengan berbekalkan duit yang sedikit dan bertahan sampai hari ini – Mazlan.

Suka mencuba hidup di tempat orang dan bukan sekadar touch and go setiap kali mengembara memberi kepuasan dan pengalaman berbeza bagi Mazlan. Malahan jika ada peluang bekerja beliau akan cuba lakukannya meskipun hanya sekadar diberi tempat tinggal dan makan, tanpa menerima bayaran wang tunai.

Kalau ada bayaran saya tinggal lama sikit supaya boleh kumpul duit untuk ke destinasi seterusnya – Mazlan.

Menurut Mazlan beliau sanggup lakukan apa saja kerja halal untuk ‘survive’. Prinsip beliau mudah, tahu mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Keperluan utama beliau semasa travel adalah makan, tidur dan pengangkutan.

“Jika semua saya dapat dengan percuma, contohnya volunteering dan hitchhiking, saya tak perlukan duit. Tapi bila memerlukan duit saya akan bekerja apa sahaja walau bayaran tak setimpal. Kerja yang saya pernah buat adalah cleaner hostel, kedai makan, barista, cafe, tourguide, personal shopper, busking, kerja di ladang dan macam-macam lagi” – Mazlan.

Baca:  Catatan pengalaman Mazlan bekerja di guesthouse di Korea

mazlan-3

Mamat ni nak balik Malaysia dah. Ada siapa-siapa nak kirim barang? Acah-acah nak jadi personal shopper. Tapi jangan la kirim bukan-bukan sampai segan nak masuk kedai.

Setakat baju Hard Rock, kasut Redwing ke, beg Playnomore ke boleh la tolobg belikan. Seluar hiking ke. Btw bagasi ada 15kg je. Tak boleh banyak-banyak. Kirim pakai duit tau. Kalau pakai kahak terpaksa la aku kahak kan tuan kedai nanti. Hahaha!

Pengalaman berbeza

Bagi pemuda yang pernah bekerja sebagai fashion designer untuk pengantin ini, menjadi full time traveller memberi peluang untuk beliau mengumpul beribu kawan dari seluruh dunia. Tinggal dengan orang asing dan mengharungi berbagai suka duka bersama memberikan satu pengalaman yang jauh berbeza.

“Bagi saya mereka keluarga saya. Saya belajar budaya orang-orang setempat. Saya belajar bergaul dan menyesuaikan diri dengan pelbagai manusia. Paling penting saya asah skill berkomunikasi saya dan belajar bermacam bahasa.

Travel dalam tempoh yang singkat tidak beri saya peluang untuk rasai semua ini. Terlalu sikit yang saya dapat belajar dan saya terkejar-kejar dengan masa untuk melihat segala tourist attractions” – Mazlan.

mazlan-7

“Pagi yang indah bersama orang-orang positif. Sekali lagi aku jumpa orang baik-baik kat sini. Dulu kat Sri Lanka satu pasang adik-beradik jaga aku, layan aku macam keluarga. Dan sekarang kat Siem Reap aku dapat keluarga baru. Owner guesthouse dan keluarga dia tolong aku dan aku pula tolong dia.

Walaupun dia ada krisis kewangan tapi dia masih jaga makan tidur aku. In return aku tolong jaga guesthouse dia dan carikan customer  untuk dia.

Guesthouse ni antara yang paling murah kat sekitar ni. Dekat dengan night market, dekat dengan masjid. Harga dorm 2USD, bilik 5USD untuk 2 orang. Tapi kena jual nama aku. Kalau tak, tak dapat harga tu sekarang. Hahahhaa. Salam dari rantau” – Mazlan.

mazlan-11

Travel lama di Korea

Bila di tanya negara manakah paling lama beliau menetap dan kenapa? Jawab Mazlan, setakat ini negara paling lama beliau menetap sewaktu mengembara adalah di Korea.

Pada awalnya tujuan beliau ke Korea hanyalah untuk travel dan belajar perkara baru. Tetapi selepas bergaul dengan penduduk tempatan di sana, beliau berjaya mendapat peluang untuk buat duit.

Sekarang saya ada ramai kawan di sana yang boleh bantu saya dapatkan modal untuk sambung travel ke tempat lain bila duit simpanan saya hampir habis. Tapi yang betul-betul dapat simpan duit adalah masa jadi freelance tour guide – Mazlan.

Sejak daripada itu juga, Mazlan tidak lagi memilih kerja. Malahan apabila pulang sebentar ke Malaysia, beliau tetap tidak mahu terikat dengan apa-apa komitmen kerja.

Saya buat kerja-kerja yang simple-simple seperti menyertai krew squad TV3 di bulan puasa dan berniaga pasar malam bersama abang ipar saya. Jadi bila saya bosan dan mahu travel lagi saya tak akan ada masalah untuk berhenti kerja.

mazlan-12

Pengaruh rakan-rakan kembara

Ditanya bagaimana beliau terdorong untuk meninggalkan kerja dan kehidupan selesa yang pernah dinikmati satu ketika dulu dan keluar mengembara, ujar Mazlan segalanya bermula selepas beliau aktif dalam couchsurfing, menjadi host dan bergaul dengan traveller dari luar.

Pergaulan dengan traveller sepenuh masa ini yang telah mencuci otak saya. Selain daripada itu, saya turut terpengaruh dengan travel partner yang saya jumpa di sepanjang perjalanan saya.

Mereka mampu buat kenapa saya tidak? Kerana mereka kaya? Kerana nilai duit mereka tinggi? Tidak. Sebab mereka memang sudah dididik untuk keluar mengembara seawal usia 16 tahun. Jadi hari ini saya buat apa yang mereka buat – Mazlan.

mazlan-14

“Malam last melepak dengan abah aku. 3 bulan lagi la baru jumpa orang tua tu lagi. Hari ni kena tarbiah lagi. Hahahaha. Nasib la anak bongsu degil.

Dia kata, “kita merantau ni kena ada ilmu. Aku belayar dari muda bukan tangan kosong, kau ingat kalau tali gantung depan muka kau, kau boleh lepas ke? Kalau usaha dengan tenaga dah tak lepas kena mintak dengan tuhan. Amalkan surah ni. Surah ni. Insya Allah lepas. Polis datang rumah cari aku pun boleh duduk minum teh semeja. Padahal orang yang dia cari depan mata.”

Aku terkebil-kebil. Teringat kes aku tak lepas masuk Turki. Mmmmmm… banyak benda nak kena belajar lagi ni. Padahal guru travel depan mata. Orang tua tu belayar secara haram merata dunia dari muda. Hahahaha.

Dia pesan lagi, “pergi la mana kau nak pergi. 2 tahun sekali kau balik la. Aku umur-umur kau dah cari ilmu kat luar, dah hantar duit ke kampung” – Mazlan.

mazlan-5

Suka duka sewaktu travel

Ditanya apakah pengalaman paling lucu pernah dilalui sepanjang jadi full time traveller, ujar Mazlan perkara lucu pasti akan terjadi bila beliau mendapat kawan yang gila-gila.

“Banyak benda-benda bodoh yang kami buat bersama. Bagi saya buat la apa saja. Kalau bukan hari ini bila lagi kita nak merasa sebab semua ni akan jadi kenangan bila kita tua” – Mazlan.

mazlan-13

“Biar tak ada duit yang penting ada gaya. Masuk kebun pakai Audi R8? Mampu? Hahaha. Nasib la dapat budak rumah gila. Bos aku pun layankan je. Hahahahah!”- Mazlan.

mazlan-1

“Contohnya di Australia saya dan kawan-kawan pergi nude beach. Bila sampai sana nampak semua lelaki. Rupanya pantai tu dikenali sebagai gay beach. Nasib baik tak ada jumpa Malaysian kat pantai tu. Jika tak mau kena cop gay, wahahhaha!” – Mazlan.

mazlan-16

Tu la. Hairstylist jadi pemetik anggur. Sudahnya aku jadi mangsa. Orang suruh stay Malaysia kerja dalam saloon tak nak. Nak jugak mai Aussie. Aku redha je la perangai sorang-sorang. Ahhahaaha!

Tambah Mazlan lagi, terlalu banyak pengalaman menarik dan gila yang telah beliau lalui. Seringkali apabila beliau berikan idea dan  dipersetujui oleh kawan-kawan lain tanpa banyak alasan, pastinya ia menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang.

Sewaktu di Australia kami pergi cliffjump di laut masa suhu mencecah 10°C. Gila sejuk. Bagi saya travel ni bukan ke mana saya pergi tapi perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan itu sendiri dan kawan-kawan yang saya temui – Mazlan.

Pengalaman tak dapat dilupakan di Australia

Dari segi pengalaman ngeri pula ujar Mazlan, ianya tidaklah begitu ngeri tapi agak menakutkan apabila terlibat dalam pergaduhan di macam-macam tempat. Kebanyakannya berpunca daripada mabuk di bawah pengaruh alkohol. Namun yang paling teruk bagi pemuda ini adalah sewaktu di Australia apabila beliau hampir di ditikam dengan pisau dapur.

mazlan-2

“Ni kubur kat sekitar rumah aku. Kalau fikir balik cerita-cerita aku kat Aussi entah-entah aku dah masuk tanah dah. Macam biasa mana aku pergi mesti ada cerita gaduh.

Masa aku lepak-lepak dalam bilik tiba-tiba bising kat luar bilik aku. Budak rumah aku nak pukul budak bilik aku pasal kes duit judi. Masalahnya depa mabuk. Aku macam biasa jadi front liner cuba menenangkan keadaan.

Tapi sudahnya dengan aku sekali bertumbuk. Dah la aku keluar pakai tuala je. Tuala londeh tinggal boxer je. Kalau tak ada boxer confirm tak jadi gaduhnya masa tu sebab semua lari. Wahahahaha! Dah macam wrestling gaduh pakai boxer.

Pusingan 1 selesai lepas dinding rumah pecah sebab mamat tu angkat dan hempas badan aku kat dinding.

Tiba pusingan 2 masa tu kat luar umah, bertekak-tekak sebab aku panas jugak bila dia tarik rambut aku. Dah la mahal aku buat. Wahahahha. Mamat tu pergi ambil pisau nak rodok aku. Wahahha. Angkat kaki wooo. Lari.

Aku sempat capai batang besi dab patah balik. Masa tu aku masih lagi dengan tuala tapi masih nak bergasak lagi. Hahahaha. Abang-abang yang dah tua-tua tahan aku suruh blah je sebab tak nak jadi panjang”.

End up bila dia dah sedar dia masuk bilik mintak maaf. Tak tau nak cakap. Ni cerita seram ke cerita lawak. Moral of the story jangan bergaduh pakai towel saja. Pastikan ada boxer kat dalam. Wahhahaha. Tak… tak..  Jangan mabuk dan main judi. Tak pasal-pasal pulak kena bergaduh lagi nanti. Hahaha.

Pengalaman menarik lain

mazlan-8

“Baru sampai di Poipet. Crazy border without proper immigration office. Boleh menyeberang sempadan tanpa stamping. Hahahah. Sunny and very-very hot weather. But still better than India.

Sorang kawan hilang laptop masa dalam van. Dan sekarang tengah cuba ke Thailand semula untuk dapatkan laptop tu tapi tak boleh sebab kena dapatkan chop imigresen Cambodia dulu.

Dan salah sorang dorm mate kena scam oleh mafia Filipina. Habis hilang USD2.5K di Pnom Penh.  Feel sorry to you guys. Hope everything going smooths for me” – Mazlan.

Insan paling diingati

mazlan-9

Berkenaan insan yang paling tidak dapat dilupakan pula, bagi Mazlan adalah teman serumah beliau sewaktu di Korea yang bernama Li Dongeun.  Li Dongeun adalah orang Korea yang pervert dan tak boleh berbahasa Inggeris tapi sering mengorat gadis-gadis barat dengan bahasa isyarat.

1001 benda-benda bodoh kami buat bersama yang buat saya gelak sendiri bila kenang balik. Hahahaha!

Perubahan positif

Sejak melangkah keluar dan mengembara, perubahan positif yang paling dirasai oleh Mazlan adalah beliau kini tiada masalah bergaul dengan sesiapa saja.

“Saya tak kisah siapa pun yang nak berkawan dengan saya even budak-budak. Kadang-kadang saya boleh join budak-budak bermain dan saya sorang je bapak budak kat situ. Hahahaha!” – Mazlan

mazlan-6

Pesanan buat pembaca Vocket

“Sebelum bermula kita kena tahu tak semua perancangan kita akan berjalan lancar. Jadi kena sentiasa bersedia dengan backup plan. Tak cukup plan A, B dan C. Alphabet ada 26.

Dari segi kebaikan travel solo dan lama ni kita boleh push kita punya kemampuan sampai limit dan boleh belajar banyak benda baru dari pergaulan, belajar cara hidup orang dan bangsa lain kerana kita tinggal bersama mereka. Dari situ baru kita betul-betul tau budaya mereka.

Dari segi keburukannya pula, kemungkinan untuk kita terlungkup tu ada.  Contohnya bila duit habis, duit hilang dan bila kena samun. Begitu juga bila tak ada kerja, tak ada tempat tinggal dan makanan. Jadi apa yang kita boleh buat?

Kita kena belajar hadapi kemungkinan ni. Selagi mampu bertahan jangan susahkan keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Yang paling penting buat research sebelum pergi ke satu-satu negara dan tahu di mana kita boleh cari info berkaitan terutama untuk survive.

Antara laman web yang sering jadi rujukan saya adalah Couchsurfing.com, helpx.net, woof.net, blog-blog travel dan group travel di Facebook” – Mazlan.

mazlan-4

Ramai yang PM aku tanya pasal package backpacking, nak ikut aku travel, nak follow, nak join and what so ever.

“Ni aku nak cerita sikit.

Kat luar ni kena sanggup buat apa saja untuk survive. Kalau aku cerita dari A-Z belum tentu ramai yang sanggup follow apa yang kami buat kat luar ni. Busking dengan cara kami di tengah-tengah winter. Perform dengan tak ada baju asal dapat lepas makan bela anak tekak.

Malam tadi bergaduh dengan polis pulak. Depa tak bagi kami busking sebab orang kedai depan tempat kami busking call polis cakap crowd kami block kedai dia. Nasib baik dapat deal dengan geng-geng yang buat magic. Kita orang guna tempat dia kejap.

Gaduh dengan foreigner dah, dengan Korean dah, dengan owner guesthouse dah, dengan pelacur dah (ni kes member aku pergi record depa masa lalu kawasan depa, depa marah). Semalam gaduh dengan polis. Mmmmm kaki gaduh sungguh” – Mazlan.

mazlan-20

Ni time tengah bergaduh dengan polis.

mazlan-10

Benda yang paling buruk jadi dalam hidup kita ni mati je. Kalau kita masih bernafas maknanya kita masih beruntung. Kalau masih ada keluarga dan kawan-kawan maknanya nasib kita masih lebih baik dari orang lain. Kenapa mesti takut? – Mazlan

Terima kasih kepada Mazlan yang telah sudi berkongsi pengalaman beliau di Vocket. Saya doakan perancangan dan impian beliau untuk travel ke Eropah selama yang boleh, dan seterusnya ke USA dan Amerika Selatan akan tercapai.

Hang memang sempoi Buyong!

Baca lagi perkongsian travel Mazlan: Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Travel. Lelaki Ini Telah Buktikan

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group