Nota Editor: Tidak semuanya seronok sewaktu travel. Apatah lagi bagi mereka yang telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meninggalkan segala keselesaan yang ada semata-mata untuk travel dalam tempoh yang lama.

Kali ini kami ingin berkongsi pengalaman Mazlan Zonan yang telah bekerja secara sambilan sewaktu travel di Korea Selatan. Semoga coretan ini dapat mengetengahkan sisi berbeza tentang tanggapan travel bagi individu yang menyangka semuanya manis. Benarlah, tak semua traveller itu kaya raya dengan wang, tapi  mereka kaya dengan kisah dan pengalaman.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

korea-3

Merujuk article “pasangan berhenti kerja dan travel bertahun-tahun end up poor dan cuci jamban” yang ada seorang sahabat tag aku beberapa hari lepas. Aku pun ade cerita tentang ini.

Aku tak nak comfort korang dengan gambar-dengan travel aku yang buat korang jeles. Yang buat korang cakap aku manusia paling bahagia dalam dunia ni sebab travel non stop. Kali ni another side of my travelling story.

Aku sampai-sampai Korea aku terus kerja. Hari ke 3 aku dah kerja dengan guesthouse (GH). Jangan salah paham ni bukan guesthouse yang hostel yang orang cek in sewa bilik. Ini guesthouse yang orang sewa untuk satu rumah untuk buat party. Geng BBM yang awal-awal pernah jumpa aku kat Korea aku ada invite pergi GH tu. Boss aku ada 2 GH satu banglo 2 tingkat and satu penthouse di kawasan Iteawon.

Untuk makluman Korean sangat suka berparty. Hampir setiap malam dia orang mabuk. So setiap hari GH bos aku ni akan di booking untuk party. Kerja aku tak lama. Start guest check out pukul 11 pagi sampai pukul 3 petang masa guest baru check in.

Baca: Bagaimana Lelaki Ini ‘Hitchhike’ 9 Bulan Di Eropah Dan Lebih 2 Tahun Mengembara Tanpa Mempunyai Apa Apa

korea-1

Gambar tu benda-benda yang aku pernah jumpa dan kedaan GH yang aku kemas. Banyak soju (arak Korea) dengan beer. Hahahahhaha!

Jangan tanya apa benda kat penjuru bawah kanan gambar tu kalau tak nak kena penerajang.

Selama aku kerja dengan GH ni macam-macam benda aku pernah jumpa. Kondom terpakai tu perkara biasa. Dildo. Paling best jumpa jam dan duit. Makanan macam aiskrim Haagen Dazs. Minuman bikarbonat dan jus-jus yang tak bukak. Tu semua sisa-sisa party.

Of course cuci jamban part of aku punya kerja. Hahahahha nasib la. At least aku cuci kat Korea. Obersea kata orang, hahahaha!

So far tak ada la aku jumpa ikan keli dalam jamban tu. Paling worst pun muntah la. Selimut penuh ngan muntah,  dalam bathtub penuh dengan tuala-tuala dan muntah. Itu je la paling jijik pun.

Paling bangsat perangai Korean ni bila dia party botol-botol arak banyak gila. Aku yang kena kutip bawak keluar dari GH. Aku yang cuci lap muntah-muntah dia orang. Hahahhah! So sad.

By the way bos aku bagi tempat tinggal. Dan jaraknya 10km untuk ke dua-dua GH dan balik semula ke rumah. Dengan keadaan Itaewon yang berbukit gila-gila sampai 90 darjah. Aku rasa Spiderman punya kereta yang lalu 90 darjah tu padahal time aku sampai Korea tu baru sebulan lebih aku keluar hospital sebab operate kaki aku keluarkan besi. Berjalan la aku hari-hari dengan kaki berbalut kat tengah-tengah bandar Seoul tu sejuk-sejuk.

Tapi teruk-teruk kerja aku cuci jamban tu pun kadang-kadang aku enjoy gak makan cheese ball sambil layan movie kat penthouse. TV besar gajah, makanan semua ada. Tuna satu tin besar macam-macam cara aku masak tuna tu dengan telur. Hahahha! Nasib baik aku rajin masak.

Aku buat semua ni untuk pengalaman. At least aku merasa duduk kat bawah. In case aku jatuh tersungkur tak ada la aku melatah.

Baca lagi: Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Travel. Lelaki Ini Telah Buktikan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka