Pada bulan lepas Apple mengakui sengaja memeperlahankan prestasi model iPhone terdahulu bermula dengan iPhone 7. Syarikat ini telah menerima kritikan hebat oleh pengguna kerana memperlahankan prestasi iPhone tanpa memberitahu kepada umum.

Melihatkan kepada syarikat ini yang bakal disaman disebabkan kemaskini yang dibuat, Apple telah menawarkan kemaskini iOS 11.3 yang membolehkan pengguna mematikan fungsi memperlahankan prestasi iPhone ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

red-iphone-7-angle

Kemaskini ini bakal membolehkan pengguna memeriksa kesihatan bateri di skrin tetapan pada model iPhone 6 keatas. Pengguna turut akan turut menerima notis sekiranya bateri sudah tidak dapat berfungsi dengan baik.

Seterusnya fungsi mematikan sistem memperlahankan peranti pula akan diberikan kepada iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Buat anda yang menggunakan model yang lebih lama, mungkin sudah tiba masanya anda tukar bateri atau upgrade iPhone anda.

iphone7_review_adam_3_home-100683668-orig

Kemaskini terbaru ini juga bakal memperkenalkan beberapa Animoji terbaru untuk iPhone X yang menampilkan animasi haiwan seperti singa, naga, tengkorak dan beruang. Buat anda yang ingin mecuba iOS 11.3 ini anda boleh memuat turun kemaskini developer preview bermula hari ini. Kemaskini rasmi bakal hadir sekitar bulan Mac ini.

Baca lagi: Penghasilan Apple iPhone X Mungkin Dihentikan Pertengahan Tahun Ini

Sumber