Aku nak kongsikan itinerary beserta kos all in dari langkah pertama keluar pintu rumah sehingga kaki melangkah masuk rumah balik.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Kadar pertukaran wang masa tu PHP100 bersamaan RM9. Ini adalah solo trip aku ke Cebu dan Manila dari 27 – 31 Ogos, 2016

26 Ogos 2016

8.00 pm : Dari rumah di Batu Pahat, Johor ke Shah Alam, tumpang member, free of charge (sebenarnya dah burn tiket bas berharga RM23.50).

11.30 pm : Sampai Shah Alam, makan kat Seksyen 7, nama kedai dah lupa, RM9.

12.30 am : Tumpang tidur rumah member untuk satu malam, free of charge.

KIRA-KIRA :
Tiket bas, RM23.50
Makan, RM9.

JUMLAH HANGUS SEJURUS MELANGKAH KELUAR = RM32.50.

27 Ogos 2016

7.30 am : Member tolong hantar ke KLIA2. Member baik hati. Free of charge.

10.40 am : Berlepas ke Cebu. Flight Air Asia, tiket berharga RM283 sehala. Set nasi lemak Pak Nasir + kopi susu, RM14. Tambah nasi ayam RM13. Excited sangat nak terbang sampai lupa nak sarapan. Dalam flight lapar gila. Tak apa, isi perut penuh-penuh dulu, boleh terus jalan nanti. Tak payah cari makan.

2.40 pm : Tiba di Mactan International Airport. Beli simcard GLOBE, 5 hari internet unlimited, PHP300-00.

3.15 pm : Ambik White Taxi luar airport ke SM City Mall. Aku kena scam dengan driver teksi yang tak nak guna meter. Kalau harga sebenar lebih kurang PHP250, bergantung juga pada trafik. Tapi aku bayar PHP300. Takpelah, aku halalkan je.

Takdelah rugi sangat. Pakcik teksi tu pun peramah gila siap bagi akaun FB anak buah dia yang cun melecun kat aku suruh berkenal-kenalan dengan dia sebab masih single. Haha.

4.30 pm : Tiba di SM City Mall. Jem teruk dari Airport ke Cebu City. Ronda-ronda SM City Mall, tengok tournament Counter Strike. Usha-usha barang, usha-usha makwe Filipina. Comel-comel betul makwe-makwe Filipina ni.

Aku rasa Filipina ni syurga dunia untuk lelaki. Haha. Lepak kedai kopi kejap untuk contact dan double confirm dengan guide untuk program esok sambil cuci-cuci mata. Kopi ais dalam SM City Mall, PHP115.

7.30 pm : Ambik Jeepney di terminal jeepney sebelah SM City Mall untuk ke Cebu South Bus Terminal. PHP 7. Tak ingat jeepney nombor berapa, kena tanya orang-orang kat situ.

8.00 pm : Tiba di South Bus Terminal. Cari bas Ceres Liner warna kuning dengan signboard Bato via Oslob. Beratur lebih sejam sebab ramai gila orang tempatan balik kampung. Aku naik non air conditioned bus, PHP150. Cakap dengan konduktor bas nak turun kat Whale Shark Briefing Area, Tan-Awan, Oslob.

11.00 pm : Bas rosak kat Dalaguete. Ramai-ramai tersadai tepi jalan tunggu next bas.

12.30 am : Naik next bas untuk teruskan perjalanan.

1.30 am : Sampai di Oslob, Whale Shark Briefing Area. Sunyi sepi, hotel dan kedai semua dah tutup. Tidur tepi jalan bertemankan anjing-anjing yang sangat meriah.

KIRA-KIRA :
Flight sehala, RM283
Makan dalam flight, RM27
Sim Card GLOBE, PHP300 (RM27)
White Taxi, PHP300 (RM27)
Kopi di SM Mall, PHP115 (RM10-35)
Jeepney, PHP7 (RM0.63)
Ceres Liner PHP150 (RM13.50)

TOTAL HANGUS HARI PERTAMA = RM388.48.

28 Ogos 2016

6.30 am : Jumpa guide kat Whale Shark Briefing Area (FB : Happy Guilmore) Recommended. Peramah, friendly, tepati masa, tak kisah aku pau rokok dia banyak mana pun.

8.30 am : Whale Shark Watching, PHP1000 for foreigner (snorkeling).

10.00 am : Sarapan. Nasi + Sotong kering + telur goreng + kopi susu + air mineral, PHP150. Winston 2 kotak PHP120.

10.30 am : Sumilon Island. Bot PHP350 satu kepala. Harga bot sebenarnya PHP2000 satu bot. Jadi, sebelum aku fly, aku join group DIY Travel Philippines kat FB untuk cari siapa boleh kongsi bot dengan aku.

Nasib baik kawan si Guilmore ni hubungi aku dan masukkan aku untuk join group traveler daripada Filipina bawah Gilmore. Paling untung, dalam group tu semuanya gadis-gadis Filipina. Huhu. Kalau takde geng, memang kena sewa bot tu sorang-sorang PHP2000.

1.00 pm : balik ke darat semula. Lunch Nasi + Ikan Goreng + Coca Cola, PHP150.

1.30 pm : Bergerak ke Aguinid Falls. Oleh sebab group Filipina tu nak ke Kawasan Falls dan lalu Aguinid Falls, aku mintak tolong Guilmore untuk hantar aku ke Aguinid Falls dengan bayaran PHP150 dari Oslob ke Aguinid Falls di Samboan. Kalau naik habal-habal atau tricycle memang mahal.

2.00 pm : Tiba di Aguinid Falls. Entrance fee dan simpan beg, PHP40. Tips kepada guide di Aguinid Falls, PHP500.

3.30 pm : bergerak ke Osmena Peak di Deleguete. Pick up service by Nino di Aguinid Falls, PHP200. Transfer to Osmena Peak PHP800. Nino adalah pembantu John, guide untuk Kawasan Falls canyoneering.

5.00 pm : Tiba di Osmena Peak, enterance fee PHP30. Menikmati sunset. Tips kepada guide di Osmena Peak, PHP100.

7.00 pm : bergerak ke rumah guide Pescador Island Hopping dan Kawasan Falls Canyoneering aku di Badian untuk bermalam. 1 malam PHP300. (FB : John Lucero) Recommended. Friendly, boleh mintak diskaun kaw-kaw dari harga asal, siap tanya aku nak diskaun berapa, kawan-kawan dan pembantu dia semua friendly, rumah tepi jalan laluan utama bas.

8.30 pm : Tiba di rumah John di Badian, dinner maggie cup bawak sendiri, tidur.

KIRA-KIRA :
Whale Shark watching, PHP1000 (RM90)
Breakfast PHP150 (RM13.50)
Rokok, PHP120 (RM10.80)
Sumilon Island Boat, PHP350 (RM31.50)
Lunch, PHP150 (RM13.50)
Transfer from Oslob to Samboan, PHP150 (RM13.50)
Enterance Fee Aguinid Falls and beg locker, PHP40 (RM3.60)
Tips untuk guide Aguinid Falls, PHP500 (RM45)
Pickup Service and Transfer to Osmena Peak, PHP1000 (RM90)
Osmena Peak Enterance Fee, PHP30 (RM2.70)
Tips untuk guide Osmena Peak, PHP100 (RM9)
Bermalam di rumah John, PHP300 (RM27)

TOTAL HANGUS HARI KEDUA = RM350.10.

tip-travel-ke-cebu-1

Ambik kau! Beratur panjang gila tunggu bas untuk ke South Cebu.

tip-travel-ke-cebu-2

Tolong! Tolong! Ada makhluk besar nak gigit kaki abang!

tip-travel-ke-cebu-3

Whale Shark, the gentle sea giant.

tip-travel-ke-cebu-4

Sumilon Island. Air dia jernih gilo!

tip-travel-ke-cebu-5

Sumilon Island.

tip-travel-ke-cebu-6

Aguinid Falls.

tip-travel-ke-cebu-7

Aguinid Falls.

tip-travel-ke-cebu-8

Keluarga ni la nak jodohkan aku dengan anak buah diorang. Dah usha FB dia, boleh tahan! Hahaha. By the way, orang-orang sana sangat peramah.

tip-travel-ke-cebu-9

Sunset di Osmena Peak, tapi mendung sikit.

tip-travel-ke-cebu-10

29 Ogos 2016

8.00 am : Bergerak ke Moalboal untuk Pescador Island Hopping (Snorkeling, Sardines Run and Turtle watching), pakej termasuk transfer dari Badian ke Moalboal, PHP1500. Kali ni aku bayar bot untuk sorang. Aku gagal cari geng untuk join aku. Jadi, bot tu untuk aku sorang. Haha. Guide, Nino pembantu John. Beli air mineral PHP15.

11.30 am : Balik ke rumah John, lunch Maggie cup bawak sendiri. Beli ice candy (macam ais krim Malaysia tapi ni manis dan sedap gila) kedai depan rumah John, 5 batang aku beli, PHP25.

12.00 pm : Bergerak untuk aktiviti Kawasan Falls Canyoneering, PHP700-00 untuk pakej termasuk guide. Nino jugak guide aku sebab John sibuk jaga anak kat rumah. Haha. Lepak-lepak kat Kawasan Falls.

4.00 pm : Bergerak pulang ke rumah John, singgah beli choconut (roti ditabur kacang inti cokelat) 3 biji PHP60. Beli gula-gula untuk anak-anak John dengan Marlboro sekotak, PHP120.

5.00 pm : Tunggu bas untuk balik ke Cebu City depan rumah John. Bas banyak tapi asyik penuh. Pukul 8.00 malam jugak baru dapat bas ke Cebu City. Ceres Liner Air Conditioned bus, PHP150.

11.30 pm : Tiba di Cebu South Bus Terminal, ambik White Taxi ke Mactan International Airport, PHP250-00.

12.15 am : Tiba di Mactan International Airport, pekena chocolate shake kat airport, PHP150.

1.00 am : Tidur dalam airport.

KIRA-KIRA :
Pakej Pescador Island hopping, PHP1500 (RM135)
Air Mineral, PHP15 (RM1.35)
Ice Candy, PHP25 (RM2.25)
Kawasan Falls Canyoneering, PHP700 (RM63)
Rokok dengan gula-gula, PHP120 (RM10.80)
Choconut, PHP60 (RM5.40)
Bas ke Cebu City, PHP150 (RM13.50)
Teksi ke Airport, PHP250 (RM22.50)
Chocolate shake, PHP150 (RM13.50)

TOTAL HANGUS HARI KETIGA = RM267.30.

9.25 am : Flight ke Manila, Air Asia, RM179.25.

10.45 am : Tiba di Manila dan lost count dah. Dah tak buat kira-kira sebab banyak sangat ambik public transport, teksi, jeepney, train, van, makan, apa semua sampai tak ingat. Anggaran belanja kasar di Manila PHP1500 dan tiada itinerari. Aku just follow host Couch Surfing kat sana pusing-pusing Manila, overnight untuk tunggu flight balik ke KL next day.

KIRA-KIRA :
Flight dari Cebu ke Manila, RM179.25.
Perbelanjaan kasar di Manila PHP1500 (RM135)

TOTAL HANGUS HARI KEEMPAT = RM314-25.

31 Ogos 2016

12.55pm : Flight balik ke Malaysia, Air Asia, RM253-26.

4.50pm : Tiba di KLIA2.

8.00pm : Bas dari KLIA2 ke Batu Pahat, RM50-00.

11.30pm : Tiba di Batu Pahat, member aku ambik dan hantar sampai rumah, free of charge.

KIRA-KIRA :
Flight, RM253.26
Bas ke Batu Pahat, RM50

TOTAL HANGUS HARI TERAKHIR = RM303.26.

Ground cost (tidak termasuk tiket flight) di Cebu + Manila (anggaran) = RM830.88.

Ground cost (tidak termasuk tiket flight) di Cebu sahaja (termasuk perbelanjaan merepek-repek seperti rokok, ice candy, air mineral dan sebagainya) = RM695.88

Jumlah perbelanjaan keseluruhan (all in) = RM1655.89.

Baca: Itinerari Travel 6 Hari Ke El Nido Dan Pulau Palawan, Filipina

tip-travel-ke-cebu-11

tip-travel-ke-cebu-12

tip-travel-ke-cebu-13

tip-travel-ke-cebu-14

tip-travel-ke-cebu-15

tip-travel-ke-cebu-16

tip-travel-ke-cebu-18

TIPS

1. Buat kajian

Perkara paling penting sebelum pergi, buat kajian pasal cuaca sebab Filipina negara yang selalu dilanda ribut taufan. Tarikh aku pegi tu sebenarnya musim hujan, tapi tarikh aku pilih tu hujan dah kurang belah Cebu.

Kebetulan juga Typhoon Dindo masuk ke kawasan Filipina masa tu, tapi tak masuk ke darat. Nasib baik masa kat sana hujan sekali je, tu pun malam, siang cuaca cerah dan cantik.

2. Sebaiknya pergi berkumpulan ke Cebu

Cebu tidak berapa sesuai untuk pergi secara solo kerana kebanyakan perbelanjaan boleh dikongsi. Tapi sebab aku sorang, aku tanggung semua sorang. Contohnya sewa bot di Moalboal, teksi dan lain-lain lagi. Jadi kos memang tinggi sikit kalau pergi solo.

3. Bawa makanan

Standby bawak maggie, brahim, sardin, roti yang secukupnya sebab makanan halal memang sangat susah nak cari.

4. Airport tax

Airport tax PHP750 untuk penerbangan antarabangsa dari Filipina dah termasuk sekali dalam harga tiket flight . Sejak bila, tak ingat pulak staff airport tu bagi tau aku. Rasanya baru lagi.

5. Bajet masa secukupnya

Dari Airport ke Cebu City dan sebaliknya akan makan masa yang banyak jugak sebab heavy traffic. Pandai-pandai la nak bajet masa.

6. Bawa universal adapter

Kena ada universal plug adapter sebab pin plug sana tak sama.

7. Bersedia dianggap Pinoy

Jangan pelik kalau diorang pun ingat kau orang Pinoy. Bila diorang cakap Tagalog ke, bahasa diorang ke, balas je “taga Malaysia ako.” Kebanyakan mereka fasih berbahasa Inggeris.

8. Pinoy peramah

Orang-orang sana sangat peramah sampai bila diorang tanya aku single lagi ke, terus diorang beriya-iya nak kenalkan aku dengan sedara la, dengan anak buah la, dengan kawan la. Siap bagi akaun FB suruh berkenalan. Haha.

9. Sebutan yang betul

Sebutan Cebu adalah “Sey-bu”. Badian adalah “Ba-jan”. Moalboal adalah “Mo-al-bo-al”. Osmena adalah “Os-me-nia”.

Baca: Bagaimana Saya Jadikan Pengalaman Kembara Di Manila Sebagai Bahan Mengajar Di Dalam Kelas

tip-travel-ke-cebu-19

tip-travel-ke-cebu-20

tip-travel-ke-cebu-21

tip-travel-ke-cebu-23

10. Lokasi menarik

Tempat-tempat tarikan utama yang aku pergi semuanya di belah Selatan Cebu iaitu di Oslob, Samboan, Badian, Moalboal, Dalaguete. 3-4 jam dari Cebu City.

11. Bas

Laluan utama untuk bas Ceres Liner ke tempat-tempat menarik di Selatan Cebu ada 2. Bato via Barili akan lalu Moalboal, Samboan dan Badian, dan Bato via Oslob akan lalu Oslob dan Dalaguete.

12. Ambil bas berhawa dingin

Lebih baik ambil air-conditioned bus untuk rehat atau tidur sebab perjalanan 3-4 jam dan perlu all out untuk semua aktiviti. Jadi kena rehat yang cukup. Harga dia beza sikit je, tak banyak mana pun dengan non air-conditioned bus.

Dua-dua aku dah rasa. Non air-conditioned bus agak sempit dan gerenti tak boleh tidur sebab padat dan kerusi dia tegak je. Orang sebelah aku pun bawak barang banyak siap bawak ayam hidup lagi. Aku duduk hujung-hujung je. Hampeh betul.

13. Hotel

Kalau sampai Cebu City dah petang, better stay Cebu City dulu dan ambik bas ke Selatan Cebu seawal 3 pagi kalau taknak tidur tepi jalan macam aku. Bas terakhir dari Selatan Cebu (Bato) ke Cebu City adalah pukul 8 malam, dan bas paling awal adalah pukul 1 pagi kalau tak silap. Kalau nak kejar flight pagi, kena bajet masa perjalanan 3-4 jam dan tambah lagi 1-2 jam sebab heavy traffic kat Cebu City ke airport.

14. Suasana malam di Cebu

Aku ingat Selatan Cebu ni macam kawasan perlancongan yang maju, rupanya macam kampung je dan kawasan pedalaman. Cuma ada pekan-pekan kecil. Jadi jangan expect malam sana ‘hidup’.

15. Aktiviti wajib

Masa aku pegi, Full Canyoneering Kanla-ob River ke Kawasan Falls masih ditutup oleh kerajaan Filipina atas tujuan keselamatan dan dibuka semula pada 1 September 2016. Aktiviti ni memang mesti buat kalau pergi. Aku cuma dapat buat separuh je dari Pool 3 ke Pool 1 Kawasan Falls.

Kena ada guide untuk aktiviti ni dan kena book awal sebab kerajaan Filipina tetapkan kuota berapa orang boleh buat aktiviti ni dalam sehari. Boleh contact John (FB : John Lucero) untuk aktiviti Canyoneering dan pakej aktiviti-aktiviti lain.

16. Tour guide

Boleh je pergi sendiri, tapi bagi aku lebih baik cari guide or contact person siap-siap sebelum pergi untuk aktiviti-aktiviti kat sana supaya memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa dari satu tempat ke satu tempat.

Setiap satu tempat agak jauh-jauh dan akan memakan masa dan kos yang banyak jika naik habal-habal, multicab atau tricycle lagi-lagi kalau pegi solo. Kalau pegi by group boleh la share. Contact person aku kat sana, Guilmore (FB : Happy Guilmore) dan John (John Lucero).

17. Tips untuk guide

Sediakan tips untuk guide-guide di Osmena Peak dan Aguinid Falls. Diorang ni kira guide yang dilantik untuk jaga kawasan tu. Tak ada bayaran khusus untuk guide, lebih kepada donation dan seberapa ikhlas.

Tapi janganlah kedekut sangat sebab diorang layan korang memang terbaik dan tolong ambikkan gambar.

18. Waktu siang lebih cepat

Sana pukul 5.30 am dah cerah, pukul 6.30 pm dah gelap walaupun waktu sana dengan sini sama. So aktiviti harian diorang akan start lebih awal.

19. Bawa powerbank

Kebanyakan masa akan dihabiskan untuk aktiviti di luar. Jadi akan jarang jumpa plug. Tempat-tempat kat sana memang cantik-cantik gila dan mengujakan. Jadi sediakan power bank yang cukup power dan bateri extra untek gadget-gadget korang. Korang akan rasa menyesal kalau tak ambik gambar banyak-banyak.

20. Bawa baju yang sesuai

Kebanyakan aktiviti adalah aktiviti air, so pandai-pandai la nak bajet berapa banyak baju nak kena bawa. Aku guna 2 baju, satu seluar renang yang jenis dry-fit dan senang kering, tak payah salin banyak-banyak kali. Senang.

21. Banyak lagi tempat-tempat menarik seperti Leah Temple di Cebu City, downtown Cebu City, Hidden Falls, Oslob Heritage Park, dan banyak lagi, cuma aku tak sempat nak cover semua dan bajet pun tak banyak.

22. Tumalog Falls juga antara tempat menarik untuk pergi tapi sekarang dry season dan air dia dah kering. Jadi aku tak singgah.

23. Kalau korang jenis yang suka adventure + nature + culture + local people, aku rasa Cebu memang sangat sesuai untuk korang. Bersedialah untuk rindu nak datang balik bila dah balik semula ke Malaysia.

Baca lagi: Itinerari Bajet 5 Gadis Ke Macau, Manila Dan Cebu Selama 7 Hari

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Amir. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group