Rider penghantar makanan merupakan antara pengguna jalan raya yang banyak menghabiskan masa di atas jalan raya. Jadi tidak terkejutlah jika kita sentiasa nampak kelibat mereka di dalam video-video yang tular.

Terbaharu, seorang penghantar makananan dirakam sedang bertungkus-lumus memotong pokok tumbang yang menutup sebahagian lorong jalan sehingga mengganggu aliran trafik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@diamlahbodo

#foodpandamalaysia

♬ original sound – amin – amin

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian warganet yang memuji ‘Abang foodpanda’ itu kerana mencuri sedikit masa untuk membantu memotong serta mengalihkan pokok yang tumbang di tempat kejadian.

Tambah orang ramai lagi, mereka cukup kagum dengan rider penghantar makanan yang sentiasa menjadi ‘First Responder’ dalam membantu orang awam sekiranya berlaku apa-apa masalah.

Sumber Gambar: TikTok @@diamlahbodo
Sumber Gambar: TikTok @@diamlahbodo
Sumber Gambar: TikTok @@diamlahbodo
Sumber Gambar: TikTok @@diamlahbodo
Sumber Gambar: TikTok @@diamlahbodo

Ini bukan kali pertama rider penghantar makanan dirakam sedang membantu orang ramai, sebelum ini ada yang pernah bantu polis kejar suspek melarikan diri, cuba selamatkan pemandu pitam dan selamatkan satu keluarga daripada lemas.

Semoga setiap kebaikkan yang mereka lakukan akan dibalas dengan rezeki lebih baik dan bertambah pada masa akan datang.

Baca lagi kisah-kisah lain mengenai rider penghantar makanan yang pernah menjadi ‘First Responder’ semasa berlakunya insiden kemalangan.

Grab Cari ‘Abang Rider Kajang’, Hero Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam

Selamatkan Keluarga Daripada Lemas, Kumpulan ‘Rider’ GrabFood Ini Berjaya Raih Pujian Netizen

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor

Sumber