Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Kisah menarik kanak-kanak kecil ini telah disiarkan di Facebook Page The Patriot dan kami kami kongsikan semula di Vocket dengan izin daripada admin page ini.

street children

Adik ini namanya Shriep. Umurnya 5 tahun.

Keluar saja dari Angkor Thom, Shriep terus menyapa saya dan isteri.

3 for one hundred Pesos sir. 3 for one hundred Pesos” sambil tangannya menunjukkan fridge magnet yang ada dalam bakul yang dibawa.

Kami cakap “It’s ok. Thank you“, namun Shriep tetap mengekori kami sampailah ke tuk tuk.

Saya cakap dekat isteri, Pesos bukan matawang Filipina ke? Kenapa dia jual dalam Pesos dan bukan Riyal atau USD?

Kemudian Encik Ravy, pembawa tuk tuk kami bagitau pada Shriep kami dari Malaysia.

“3 for ten Ringgit. 3 for sepuluh Ringgit” Shriep terus tukar penggunaan matawang dalam tawar-menawarnya.

“Hebat. Rupanya tadi dia ingat kami dari Filipina. Sebab tu dia guna peso.” bisik hati saya.

Masa ni saya dan isteri dah mula lembut hati. Kami dah sedia untuk membeli.

Bukak dompet, tak ada not RM10. Hanya ada RM1 dan RM20. RM1 tak cukup 10 keping.

We don’t have change. We don’t have 10 ringgit.” kata isteri kepada Shriep.

No change? Wait I get change. Wait ok.” kata Shriep, kemudian berlari ke arah sebuah gerai yang tak jauh dari kami.

Baca: Kenali Pembawa Budaya Trendy Minum Bubble Tea Di Malaysia

Tak lama Shriep datang balik. Berlari juga.

I have no change madam” kata Shriep.

Then how?” tanya isteri.

“You have dollar? 10 ringgit how many dollar?’ tanya Shriep.

Gelak kami bertiga. Hebat betul usaha dan skil budak kecil berumur 5 tahun di depan kami ini. Tinggi Shriep belum melepasi level pinggang saya pun.

2 dollars. 10 ringgit is 2 dollars.” jawab saya.

Ok, 3 for 2 dollars sir.” Shriep menyambung tawar-menawar.

But I can get 5 for 2 dollars in Malaysia.” kata saya.

“Oh no. 5 cannot. 4 can. 4 for 2 dollars. Very cheap.” Shriep counter balik.

“Ok deal.”

Saya pun keluar 2 dollar dan Shriep bagi kami 4 fridge magnet. Shriep senyum melebar. Dapat closing pelanggan hari ini.

Di pihak saya dan isteri juga tersenyum. Senyum dan kagum melihat kepetahan, kepandaian dan closing skill dari seorang anak kecil.

Ini bukan urusniaga “kasihan”, itu saya yakinkan anda semua.

Ini adalah urusniaga yang berjaya oleh seorang sales person yang hebat.

– JB –

Ps: Ada satu persamaan diantara anak-anak di Indonesia dan Cambodia. Mereka tahan lasak, ‘confidence level‘ dan ‘survival skill‘ yang tinggi.

Baca lagi: 5 Pesanan Berharga Buat Graduan Yang Ingin Mula Berniaga

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka