Perjalanan ke wilayah Kabupaten Lebak, Banten untuk menuju ke perkampungan suku etnik Baduy Dalam yang terkenal dengan adat dan peraturan hidup lamanya nyata berbeda dengan perjalanan yang pernah aku lalui di Afghanistan, Ethiopia, Timor Leste mahupun Bangladesh.

Walaupun hanya di seberang laut dari Malaysia, pengalaman menginap semalaman di rumah bapak kang Aldi suku kaum Baduy Dalam seperti menyeberang masa 200 tahun dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakan tidak, adat dan peraturan mereka adalah memencilkan diri dari pengaruh dunia luar.

Di perkampungan Baduy Dalam sebarang peralatan elektronik tidak dibenarkan sama sekali, baik suku Baduy mahupun tamu yang datang menginap.

Itu belum lagi peraturan lain yang harus diikuti seperti tidak boleh mengunakan sabun ketika mandi di sungai, tidak dibenarkan mengambil sebarang foto, audio mahupun rakaman video ketika berada di dalam perkampungan Baduy Dalam.

Bagi tetamu yang datang juga tidak dibenarkan memberi sebarang permainan kepada anak-anak di Baduy. Itulah yang diceritakan oleh Kang Aldi dirumahnya ketika malam mula memekat sekitar 6 petang.

Bagi suku Baduy Dalam juga tidak dibenarkan memakai sebarang alas kaki dan hanya ‘berkaki ayam’ sepanjang hidupnya.

Menaiki sebarang kenderaan juga adalah dilarang bagi setiap suku Baduy Dalam dan jika mahu kemana-mana hanya dibenarkan berjalan kaki tanpa sepatu.

Bila ditanya sejauh mana Kang Aldi pernah berjalan. “Sudah sampai di Jakarta, perlu 2 hari jalan kaki”

Kata Kang Aldi lagi jika sebarang adat dan peraturan dilanggar, mereka akan diusir dari kampung oleh ketua adat.

Baca: 15 Tip Travel Di Flores, Indonesia Beserta Itinerari Bajet Gaya Backpacker

kembara-ke-kampung-baduy-dalam-1
Kang Aldi melintasi jambatan yang diperbuat dari bambu.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-2
Pemandangan gunung perjalanan menuju perkampungan Baduy Dalam.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-3
Di Ciboleger inilah aku berjumpa sama Kang Aldi.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-4
Jambatan gantung buluh.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-5
Rilek je Kang Aldi naik turun gunung tak pakai sepatu.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-6
Melalui salah satu perkampungan badut Luar yang semakin menerima arus kemodenan.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-7
Jambatan Gantung.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-8
Sekitar desa Ciboleger untuk menuju ke Baduy Dalam. Dekat sini boleh jumpa Suku BAduy Dalam untuk dibawa masuk ke dalam.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-9
Kawasan Perkampungan Baduy Luar
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-10
Perjalanan pulang, lebih kurang ada 3 jalan untuk masuk dan keluar dari Baduy Dalam.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-11
Ganteng? Salah seorang anak suku Baduy Dalam.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-12
Kang Aldi dengan rakannya dari Baduy Luar. Boleh tengok perbezaan pakaian Baduy dalam yang dipakai Kang Aldi.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-13
Anak Suku Baduy Dalam sedang mengusahakan ladang untuk bertani. Biasanya untuk tanam padi bagi kegunaan sendiri.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-14
Salah satu perkampungan Baduy Luar.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-15
Anak kecil suku kaum Baduy dalam turut dibawa pergi ke ladang.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-16
Kaum wanita Baduy Luar.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-17
Stesen Rangkasbitung, 2 jam perjalanan dari Tanah Abang.

Berbual bersama Kang Aldi dirumahnya yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun sulah nyanda nyata menyenangkan.

Apatah lagi banyak cerita-cerita mitos dan ngeri yang selama ini hanya dibaca nyata ada yang ditokok tambah.

Antara adat dan peraturan yang diceritakan Kang Aldi lagi adalah hal poligami. Bagi suku Baduy Dalam tidak dibenarkan untuk berpoligami.

Tapi yang paling menarik tidak dibenarkan bercerai. “Kalau dapat yang jelik, nasib”. Hal itu buat aku tertawa.

Tapi sepanjang 2 hari di perkampung ini harus diakui cowok dan cewek suku Baduy Dalam memiliki paras yang ganteng.

Memiliki kulit yang halus dan putih, mungkin hasil dari mandian air sungai dan tanpa mengunakan sebarang bahan bahan yang tercemar.

Bagi anak-anak di Baduy Dalam tidak mendapat pendidikan formal sebaliknya diajar tentang cara hidup bertani.

Bagi setiap suku Baduy Dalam kemahiran untuk mencari makan dititik beratkan sejak dari kecil.

Jadi bukan perkara yang kekok melihat anak kecil seumur 3 tahun di sini sudah tersemat parang di pinggang dan bersama teman bermain di gunung ganang.

Perjalanan ke Baduy Dalam yang merentasi gunung ganang dimulai dari stesen Keretapi Tanah Abang menuju Rangkasbitung yang memakan masa selama 2 jam.

Perjalanan dilanjutkan lagi menaiki angkot menuju Ciboleger yang memakan masa hampir 1 jam sebelum diteruskan dengan berjalan kaki selama 2 jam yang merentasi 7 perkampungan baduy luar.

Perjalanan boleh memakan masa hampir 4 jam, itupun bergantung kepada kecergasan individu kerana perjalanan terpaksa menempuhi kawasan pergunungan, terutamanya ketika mendaki di ‘tanjakan cinta’.

kembara-ke-kampung-baduy-dalam-18
Perkampungan Baduy Luar
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-19
Rehat sekejap sebab hujan. Kang Aldi dengan saudaranya. Lupa nama.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-20
Nak cepat sampai Bandara terpaksa naik ojek.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-21
Ini bukan rumah, tapi tempat simpan padi yang ditanam. Biasanya padi yang ditanam tidak boleh dijual kepada orang luar. Sebaliknya digunakan untuk kegunaan sendiri sahaja.

kembara-ke-kampung-baduy-dalam-22

kembara-ke-kampung-baduy-dalam-23
Singgah di rumah salah satu penduduk Baduy. Sedang menghasilkan perusahaan tangan.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-24
Warna putih atau hitam. 2 warna yang boleh dipakai oleh Suku Baduy Dalam.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-25
Salah satu perkampungan Baduy Luar yang terlihat sewaktu perjalanan.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-26
Suku Baduy Dalam sedang dalam perjalanan pulang ke kampung.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-27
Kalau dapat tengok view macam ni. Penat pun tak rasa.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-28
Jambatan gantung yang diperbuat dari buluh. Tiada tiang yang dipacak di bawah sungai. Sebaliknya digantung diatas pokok.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-29
Pemandangan sewaktu perjalanan.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-30
Perjalanan melintasi perkampungan Baduy Luar.
kembara-ke-kampung-baduy-dalam-31
Baduy Luar

kembara-ke-kampung-baduy-dalam-32

Di Ciboleger untuk bertemu dengan suku Baduy Dalam tidak sukar kerana boleh dilihat dari segi pakaian yang berbeza dengan masyarakat sekeliling.

Bagi setiap suku Baduy Dalam mereka tidak dibenarkan membeli pakaian diluar sebaliknya pakaian yang dipakai harus ditenun sendiri hanya mengunakan 2 warna sama ada hitam mahupun putih sahaja. Manakala bagi perempuan mereka berpakaian dengan hanya berkemban sahaja (wow).

Untuk ‘tetamu’ yang datang dan berniat menginap di salah satu rumah suku Baduy Dalam, Tuan Rumah ada firasat atau mimpi nya yang tersendiri.

Ini di beritahu oleh Kang Aldi kerana dia mempunyai firasat bahawa ada tetamu mahu menginap di rumahnya. Jadi tidak hairanlah kenapa perjalanan aku ke Ciboleger untuk bertemu Suku Baduy Dalam amat mudah.

Tiba saja di Ciboleger sewaktu menaiki tangga aku ternampak Kang Aldi sedang bersembang dengan penduduk di situ.

Aku bertanya sama ada dia mahu ke dalam (Baduy Dalam), terus diajaknya aku ke Kampung Baduy Dalam dan terus menginap di rumahnya bersama isteri dan 5 orang lagi anaknya.

Jangan risau kalau nak datang ke sini kerana penduduknya ramah dan mesra kalau diajak berbual. Cuma mungkin kaum wanita Baduy Dalam masih agak malu-malu jika bertemu penduduk luar.

Kalau datang kesini jagalah adab dan ikutilah sahaja peraturan dan adat yang telah mereka amalkan sejak ratusan tahun dahulu. Sebagai tetamu itu adab yang perlu diamalkan.

Nota: Memandangkan gambar tidak dibenarkan diambil di Baduy Dalam, semua gambar yang dipaparkan ini hanyalah pemandangan sekitar perjalanan di Baduy Luar yang sudah menerima tempias arus kemodenan.

Baca lagi: 22 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Acheh Indonesia