Ini anak murid saya. Namanya Chai Chee Rong. Dia pelajar pendidikan khas tetapi diserap dalam kelas biasa. Dia berada di kelas kedua terakhir di mana kelas ini cikgu-cikgu hanya seperti pengasuh di nurseri sahaja.

Tapi Chee Rong ini istimewa. Saya pernah mengajarnya matematik semasa di tingkatan 3. Terpisah di tingkatan 4 dan kemudiannya kami bertemu semula di tingkatan 5.

Murid ini hanya ada SEBELAH TANGAN saja. Tetapi kerjanya cekap dan cepat mengalahkan orang yang sedia ada 2 tangan. Bila diberi nota untuk disalin atau latihan untuk dibuat, mesti dia orang pertama yang siap.

Kadang-kadang terpaksa beri dia kerja tambahan sebab dia dah bosan menunggu kawan-kawan lain yang masih main-main.

Hari ni mengajar tajuk Graph of Function. Bila dengar tajuk ni dia akan mengeluh sedikit sebab agak sukar baginya untuk melukis garisan menggunakan pembaris.

Namun dia tetap orang pertama yang siap dengan BAIKnya! Memang grafnya kalah kawan-kawan yang normal.

Baca: Guru Ini Perlu Mengajar Seorang Anak Autisma. Apa Yang Dia Temui Selepas Itu Speechless

chee-rong-1

chee-rong-2

chee-rong-3

chee-rong-4

chee-rong-5

chee-rong-6

chee-rong-7

Pelajar ni betul-betul membuatkan diriku terasa bersyukur. Maluuuu sebab selalu mengeluh kalau pegang anak sebelah nak pegang sudip sebelah pun susah then malas nak buat atau lipat baju guna sebelah tangan tu, remeh. Akhirnya stress tak tentu pasal.

Tapi pelajar ini sabar dan tabah saja. Betullah kata pepatah – ‘Alah bisa tegal biasa’.

Walau sesukar manapun sesuatu perkara itu, jika kita ISTIQAMAH, SABAR dan TEKUN melakukannya ia akan menjadi biasa dan mudah.

Terima kasih Chee Rong kerana mengajar saya erti hidup..Tak semestinya kehidupan yang COMPLETE itu baru kita akan bahagia.

Kadang kala dalam KEKURANGAN itulah yamg akan memberi kita KELEBIHAN yang berganda dan KESYUKURAN tak terhingga.

Baca lagi: Kisah Benar Seorang Pesakit Yang Bergantung Pada Mesin Gigih Menulis Satu Perkataan Yang Bakal Menginsafkan Kita