
Selepas tular plot cerita filem Avengers 4 dan Spider-Man 2, kini berlegar pula lakaran konsep Avengers 4 di media sosial yang hangat diperkatakan peminat setia Marvel.
Jika lakaran konsep ini benar, ianya bakal memberi sedikit gambaran tentang apa yang akan berlaku dalam Avengers 4 nanti. Dari gambar ini, kita dapat lihat Captain America kembali menyarung kostum asal beliau, Hulk dengan pakaian yang lebih awesome serta kemunculan rasmi Ronin, Ant-Man dan Captain Marvel.
A few things about this "leaked" Avengers 4 image:
• Why is the Hulk decked out in a full-body suit?
• Huh. So Ronin isn't making an appearance?
• Black Widow got tired of the blonde lol
• That new War Machine armor looks exceptionally badass
• WHERE'S THE BEARD, CAP pic.twitter.com/m6KGcVnLpK— Infinity Lar ∞ (@hilarion) June 5, 2018
Oops. Did I just leak AVENGERS 4 concept art? pic.twitter.com/JEhMZayjGF
— Butch Hartman (@realhartman) June 5, 2018
Pihak Marvel tidak mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkenaan lakaran konsep ini dan terpulang kepada peminat untuk percaya atau pun tidak. Dengan adanya Ant-Man dalam filem ini, kemungkinan besar Quantum Realm akan jadi ruang yang penting dalam mengembalikan para Avengers.
Disebabkan itu, kita mungkin mendapat klue penting tentang Avengers 4 dalam filem Ant-Man dan Captain Marvel yang akan ditayangkan kelak. Jadi terpulang juga kepada anda untuk percaya atau tidak kerana masih ada masa setahun sebelum Avengers 4 dan sesiapa sahaja boleh membuat spekulasi. Jika ianya benar, adakah anda suka dengan rupa baharu para Avengers ini?
- SUMBER
- Movie Web