Pada masa hadapan, swipe menggunakan jari di permukaan telefon bimbit akan menjadi sesuatu yang antik – sama seperti antiknya memutarkan dail di telefon rotari sekarang.

Sekiranya Google berjaya dalam penyelidikan ini, anda mungkin tidak lagi memerlukan skrin sentuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Makmal syarikat Google untuk projek tahap lanjutan (Advanced) berkongsi tentang teknologi baru Jumaat lalu, yang membolehkan pengguna untuk mengawal objek alam maya hanya dengan menggerakkan jari di udara.

Projek ini dipanggil Projek Soli, dan ia menggunakan gelombang radar untuk mengesan pergerakan dan ‘micro-motions’ jari jemari.

Hasilnya bagaikan daripada filem sains fiksyen seperti Minority Report, di mana karakter di dalam filem itu mampu untuk mengawal objek maya dengan menggerakkan tangan atau jari di udara.

Projek ini dimajukan dalam makmal ‘Advanced Technology And Projects’, sebuah makmal penyelidikan yang memfokuskan kepada teknologi masa hadapan diketuai oleh Regina Dugan. Makmal ini adalah berbeza daripada makmal Google X yang bertanggung jawab untuk membangunkan teknologi kereta pandu-sendiri.

Google mempamerkan prototaip awal teknologi Soli yang menunjukkan keputusan memberangsangkan. Google menunjukkan betapa teknologi itu mampu mewakili kemahiran motor halus dengan tepat, seperti mencubit ibu jari dengan jari telunjuk, atau menggosok kedua-dua jari pada kelajuan yang berbeza, dan ia boleh digunakan untuk mengawal pelbagai perkara tanpa benar-benar menyentuh mereka.

Di dalam satu demo, pengasas Projek Soli Google, Ivan Poupyrev, menendang bola sepak maya dengan menjentik di hadapan skrin. Dalam satu lagi demo, beliau mengubah masa jam dengan mengubah satu dail khayalan dengan jarinya, dan kemudian mengubah minit dengan mengangkat tangan beliau lebih jauh daripada skrin dan mengubah dail sekali lagi.

Google berkata selepas 10 bulan projek itu berlangsung, mereka telah berjaya mengecilkan teknologi radar dan membolehkan Soli di-enkod dalam sebuah chip bersaiz kuku jari. Ideanya adalah untuk menggunakan chip sebegini kecil dalam peranti elektronik yang kecil seperti jam pintar, di mana skrinnya yang kecil tidak membolehkan kaedah input seperti swiping dan stylus digunakan dengan mudah.

Semakin peranti wearables menjadi semakin popular dan skrinnya menjadi semakin kecil, ia menjadi semakin sukar untuk pengguna klik pada elemen-elemen berbeza, tegas Regina Dugan. Maka di sinilah terciptanya keperluan untuk mempunyai teknologi seperti Soli.

Teknologi Soli juga akan memainkan peranan penting dalam teknologi realiti maya, dengan membenarkan orang ramai berinteraksi dengan objek digital yang mereka temui dalam dunia maya. Facebook, telah membeli syarikat headset realiti maya Oculus sebanyak $2 bilion pada tahun 2014, juga telah membincangkan kepentingan memajukan bidang ini.

Anda boleh menonton video tentang teknologi hebat ini di bawah:

BACA: Bagaimana Xiaomi Menganggu Ekosistem Industri Teknologi Dekad Ini

BACA Lagi: 8 Teknologi Yang Akan Mengubah Cara Anda Menjalani Kehidupan Seharian

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram