Samsung bakal mengumumkan siri Galaxy terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S7 pada 21 Februari ini di MWC 2016 di Barcelona.

Berdasarkan ura-ura yang tersebar, Samsung Galaxy S7 bakal hadir dengan reka bentuk melengkung di bahagian tepi seperti ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Bagaimana Xiaomi Menganggu Ekosistem Industri Teknologi Dekad Ini

Ura-ura ini semakin hangat dibincangkan setelah gambar telefon pintar Samsung yang terbaru dikatakan akan dibantu dengan sistem operasi Android Marshmallow 6.0.

samsung-galaxy-s1

Seperti tahun-tahun yang lepas, Samsung akan mengumumkan 2 telefon pintar terbaharu mereka yang mungkin diberi nama Samsung Galaxy S7 Edge yang mempunyai skrin lengkung di bahagian tepi.

Samsung Galaxy S7 bakal hadir dengan spesifikasi seperti berikut:

Skrin: 5.1 inci (Super AMOLED, Force Touch bersama  TouchWIZ UI)
Processor : Octa Core Snapdragon 820 / Exynos 8890, 64 bit Chipset
GPU: Adreno 530
RAM: 4 GB Memory 32/64/128 GB
OS: Android v6.0.1 (Marshmallow OS)
Kamera: kamera belakang 12.2 MP serta 5 MP kamera hadapan
Fungsi Lain: Pengimbas cap jari

Pihak Samsung juga telah memuatnaik teaser untuk Samsung Galaxy S7 yang akan diumumkan pada 21 Februari ini. Hari yang sama LG bakal umumkan LG G5

https://www.youtube.com/watch?v=3g3O94WALV8

Baca lagi: LG G5 Bakal Hadir Dengan Skrin Yang Sentiasa Aktif

Sumber