Pemilik Sambal Nyet, Khairulaming menjadi perhatian netizen apabila membawa kesemua stafnya bercuti atau ‘retreat’ di Lalang Resort & Spa, Jeli Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian itu sedikit sebanyak membuatkan netizen ‘cemburu’ dengan staf Khairulaming yang kerap dibawa untuk company retreat oleh Khairulaming yang sebelum ini dibuat di Genting Higlands pada bulan Jun yang lalu.

Selain itu, ramai netizen berharap untuk mendapat bos seperti Khairulaming yang menghargai setiap usaha dan kerja keras staf jenamannya itu.

Aktiviti yang dijalankan di sana juga bebas dan tiada sebarang hal syarikat dibawa ke sini kerana Khairulaming mahu semua pekerjanya relaks dan santai sepanjang berada di resort tersebut.

Lebih manis, Khairulaming turut sama menyediakan sendiri dessert buat pekerjanya dan juga pekerja hotel.

Netizen juga memuji ‘level’ percutian yang santai yang sangat high standard serta mengatakan Khairulaming betul-betul menjaga pekerjanya dan didoakan oleh netizen agar sentiasa dimurahkan rezeki.